Bab : 13

1.8K 178 0
                                    

🌷Family Bias🌷

Pinggan kotor yang telah kosong di angkat oleh pelayan sewaktu semua yang ada di situ selesai makan.

Mereka yang ada duduk menenangkan diri dengan senyuman lebar di bibir setelah melantak seperti orang tidak cukup makan.

Tidak satu pesanan demi pesanan yang mereka order. Mujur la kebanyakannya habis, kalau tidak membazir saja.

"Lama kita tak kumpul macam ni...." ujar paklong Kayden di seberang meja. "Walaupun Brian sudah tiada, kamu tetap kami anggap seperti ahli keluarga sendiri...maaf la kalau susahkan kamu ke sini.."katanya merujuk mengenai suami Elisa.

Kayden sudah membuat muka.

Sementara Elisa yang dengar hanya tersenyum nipis. "Tak ada apa-apa la...saya pun tak kisah.."beritahunya.

"Oh ya...dari kita cakap pasal kita je...ni anak awak bila nak habis belajarnya?Apa yang dia ambil di akademi tu?"

Kening Kayden naik taktala dia lemparkan pandangan ke makngahnya. Mula dah...

Elisa yang sentiasa murah dengan senyuman dan ramah itu pun menjawab sambil pandang kakak ipar ngah dia. "Kayden sedang berada di tahun terakhir dia...Di akademi itu dia ambil major engineering computer."

"Apa tu?Adakah ia seperti yang di war-war kan di televisyen...programming game?Permainan computer?Ada masa depan ke??"

"Yalah...mendiang Brian pun ambil computer prorgramming juga...sampaikan abdikan diri dia terlalu banyak pada kerjanya itu...hingga sampai mati pun..."

Kayden menggaru kening sewaktu dia berasa jengkel dengan komen dan kata-kata makciknya itu. Kalau yang mati pun di kutuk ini kan yang hidup?Memang tiada batas langsung jadi pendengki ni kan?

Elisan hanya tunduk tersenyum nipis mendengarnya. Tidak berani hendak membalas komen itu kerana tidak suka memanjangkan sebrang topik yang melibatkan suaminya.

Pada masa itu jugala pelayan datang, membawa resit untuk membuat pembayaran. Semua mata saling mengarah antara satu sama lain. Memberi isyarat seperti mahu menunding siapa yang perlu bayarkan untuk makan mereka itu.

"Siapa yang kena bayar ni?"tanya maklong.

"Lah..bukan akak ke?"tanya makngah pula.

"Kenapa?Bukan ke kamu yang adakan makan-makan ni?"

"Yalah..memang saya..tapi saya ingatkan angah. Saya tak bawa kredit kad ni..cash pun tak tahu cukup ke tidak.."ngelat maklong.

Makngah mengetap bibir menyampah saat menjeling maklong.

Mereka mula saling tunding antara satu sama lain sehinggakan pelayan di situ sudah buat muka kepisangan menyaksikan situasi tersebut. Sudah jelas dalam fikirannya ketika itu dia akan dalam masalah besar sekiranya pelanggan mereka ini tidak mahu membuat bayaran.

Akhirnya Elisa la yang menawarkan diri terlebih dahulu untuk membayar semua itu. Dia malu di pandang pelayan di situ.

"Tak mengapa...biar saya bayar.."kata Elisa sambil capai bil dari pelayan itu.

Jelingan tidak puas hati Kayden terarah pada mamanya ketika itu. Dia sudah agak hal akan jadi begini, jadi sikit pun tidak terkejut mengenainya. Mahu tak mahu dia hanya mampun mendiamkan diri mengetap gigi tahan diri dari menghamun semua saudara maranya di situ juga.

Selesai membuat bayaran, mereka semua di situ terus beredar dengan muka toya tak tahu malu masing-masing. Pandang Elisa dan Kayden pun tidak. Menonong je keluar tanpa mengucapkan terima kasih.

Setiba di dalam kereta Kayden yang sudah mendiamkan diri sejak tadi meledak naik angin akan itu dan ini.

"Mama!"panggil Kayden yang bengang kerana mamanya hanya mendiamkan diri sejak tadi.

"Ada apa?"balas Elisa semasa tunduk melihat skrin telefon sentuhnya.

Kayden menarik nafas lalu di hembuskan kasar, cuba menenangkan diri dari meninggikan suara kepada mamanya.

"Mama tak dengar ke apa yang mereka semua katakan tadi?Apa dia?Tak ada masa depan?Habis duit yang bayar makan dia orang tu dari apa pulak?Kalau bukan hasil dari syarikat papa!"sungutnya. "Ini la sebabnya kenapa Kayden tak suka keluar makan dengan dia orang.."

Mendengar rungutan itu, Elisa sikit pun tidak marah, malah dia hanya berdengus kecil melepaskan tawanya. Dia angkat kepalanya lalu palingkan kepala ke sisi seat driver. Belakang badan anak lelakinya di usap.

"Bersabar la nak...berkongsi kesenangan tiada salahnya pun..."pujuk Elisa.

"Tapi kenapa?Kenapa mama layan dia orang baik-baik?Mama sendiri nampak kan macam mana dia orang pandang kita?Bagi Kayden dia orang ada ke tak ada...sama je hidup kita..elok je ni hah.."luah Kayden bersama kerutan di kening kerana tidak puas hati. "Masa kita susah ada tak dia orang tolong?Masa papa kemalangan ada tak mereka jenguk dan lawat?Tak ada kan...sebaliknya kita jugak ni yang tolong masa dia orang semua merangkak-rangkak nak duit....sekarang senang-senang je nak memperlekeih orang yang dah banyak tolong dia orang.."getusnya dengan panjang lebar.

Tangan Kayden di pegang Elisa. Dia ramas lembut tangan anak lelakinya memberi sokongan. "Sebab mama sudah tiada keluarga. Hanya keluarga papa kamu sahaja yang kamu ada. Macam mana kalau kamu kahwin nanti...atau bila mama sudah tiada?Siapa lagi kalau bukan mereka yang uruskan kamu dan datang?Cuma mereka sahaja yang boleh hadir ke majlis kamu...mama kan anak yatim..tiada saydara mara lain untuk hadiri mana-mana majlis kamu nanti...sabar la. Dalam hidup ni bukan semuanya bakal menyenangkan hati kita. Kadang-kadang kita kena belajar untuk terima orang yang datang dalam hidup kita sama ada mereka itu baik atau buruk untuk kita..."'jelas Elisa dengan berhemat. Dia nak didik anaknya untuk tidak menanam perasaan benci terhadap sesiapa. Terutama sekali ahli keluarga Kayden sendiri.

Seperti disiram air pada api yang marak, marah Kayden terus surut, keningnya yang berkerut tadi kendur taktala mendengar kata-kata mamanya itu. Lama dia tatap wajah itu. Sampai tahap begitu sekali mamanya sanggup lakukan demi kebaikan dirinya. Tidak kira sebegitu teruk layanan yang diterima, mama dia sanggup hadap demi masa depan dia?

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now