Bab : 14

1.8K 162 0
                                    

🌷Bad Luck Cassy🌷

Sekeping filem x-ray milik seorang pesakit di letakkan pada papan lampu pendaflour, di tayangkan hadapan tiga orang yang duduk menghadap meja doctor tersebut. Doktor yang bertugas merawat pesakit dan meneliti filem itu berkerut kening risau sebelum pandang ke mereka bertiga dengan wajah serius.

"Seperti yang puan dan tuan lihat, Cassy mengalami keretakkan tulang rusuk di sebelah kanan dan trauma pada bahagian perut serta ususnya. Berdasarkan darah beku yang terkumpul di sekitar organ pertu dan usunya menunjukkan kecederaan yang di alami oleh Cassy telah lama..ianya seperti kecederaan berulang.."jelas doctor itu.

Sir Liam sudah berkerut kening dan menggigit hujung ibu jari susah hati. Sampai begitu parah sekali ya keadaan Cassy? "Dah lama?Maksudnya sebelum dia cedera di bahagian rusuk, dia dah dapat kecederaan yang lain?"tanya dia setelah itu.

"Ya...berdasarkan lebam dan kesan pada tubuh Cassy sepertinya dia telah di belasah dengan sangat teruk berkali-kali..."sambung doctor lagi. "Buat masa ini saya akan pantau keadaan dia sehingga semuanya kembali stabil dan normal.."

Wanita yang sejak tadi mendengar dan perhatikan doctor serta Liam akhirnya bersuara kerana tidak tahan dengan apa yang di dengarnya sejak tadi.

"Anak saya tak apa-apa kan doctor?"tanya Ibu Cassy, iaitu Joey.

Doktor pun pandang akan wanita itu dengan kening berkerut. Dia berbelah bahagi hendak memberitahu sama anak wanita itu baik-baik saja atau tidak. Sebab Cassy masih dalam pemerhatian dia. Maka tiada keputusan yang jelas untuk di katakan.

"Dia baik-baik sahaja...cuma perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Jadi puan jangan la risau mengenainya."beritahu doctor dengan perasaan mahu tak mahu.

Sir Liam mengerling ke ayah Cassy pula, Loui. Dia turunkan tangannya yang di gigit hujung jari ke bawah. Resah dan kebingungan. Sebab Sir Liam tahu selepas ini pasti dua orang ibubapa Cassy ini akan bertanya lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.

Joey yang begitu sedih dengan apa yang menimpa anak perempuan itu tunduk menekup mulut mahu menenggelamkan tanggisannya ketika itu. Semuanya bermula sewaktu anak perempuannya itu mengadu sakit perut semasa dia mahu bangunkan anaknya untuk ke akademi. Tidak sempat apa-apa, anaknya terus muntah darah. Kerana kejadian itu la Joey berada di hospital.

Ayah Joey pula tanpa berlengah terus lingkarkan tangan ke sekeliling bahu isterinya untuk tenangkannya. Dia tepuk-tepuk tepi lengan itu dengan lembut tanpa berkata apa-apa.

"Terima kasih doctor...tolong jagakan Cassy sehingga dia sembuh ya.."pesannya. Sir Liam hulur tangan kepada doctor itu untuk berjabat sewaktu pasangan suami isteri itu berlalu keluar dari pejabat doctor tersebut. Dia kemudiannya menyusul mengekori dari belakang mereka.

Sebaik sahaja mereka berada di luar, lengan Liam di pegang oleh si ayah. Menunjukkan Bahasa isyarat kepada Liam kerana Ayah Joey tidak dapat mendengar. Loui beri isyarat mengenai pertanyaanya apa yang telah menimpa anak perempuannya.

Liam memandang sedih ke Loui sebaik faham apa maksud isyarat itu. Dia berkerut kening serba salah. Berat mulutnya hendak menyampaikan berita apa yang menimpa Cassy. Dengan berat, jari-jarinya di gerakkan, menunjukkan isyarat untuk ceritakan segalanya kepada ayah Joey.

Mata Loui terbutang luas sebaik faham. Dia terus palingkan kepala ke Joey dengan terkejut. Bahu isterinya di pegang hendak dapatkan kepastian dari wanita itu. Joey pun mengangguk kepala dengan linangan air mata.

Melihatkan anggukan itu terus membuatkan Loui gerak ke tepi lalu memukul dinding tersebut sebelum kepalanya di hantuk-hantuk beberapa kali pada dinding itu kerana begitu berang dan marah.

Liam tersentak, dia terus dapatkan ayah Joey dan berdiri di sebelah lelaki itu. Dia memegang kedua-dua belah bahu Loui kemudiannya Tarik lelaki itu menjauh dari dinding. Dia hendak bercakap pun tiada gunanya sebab Loui tidak akan dengar.

Macam mana la semua ni boleh terjadi?

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now