🌷Snow White & 7 Orang Kerdil🌷
Dua hari kemudian...
Kepulan wap beruap-ruap keluar dari alat berbentuk bebuli kaca mengenai wajah Hera yang sedang terlena. Sudah tidak lagi mengenakan topeng oksigen dan kelihatan sudah bermaya. Hanya mata itu masih terpejam sejak pembedahan di jalankan.
Hari itu petang, matahari terik memancar dari tingkah berbinding di tepi ruangan itu. Dan ketika itu dua orang lelaki berkemeja putih duduk di tepi katil berborak akan sesuatu sewaktu melihat skrin ipad.
"hei..cuba tengok ni.."panggil Noah semasa tunjuk skrin dimana gambar buku cerita snow white terpapar. Ini mesti kerja adik kecilnya yang guna ipad dia malam tadi. Sebab itu ada buku cerita dalamnya.
"Asal?"Kyle jungkit kening sewaktu jengah kepalanya ke tepi. Bila dia pandang skrin ipad itu, dia berdengus tak percaya. "Kau dah apahal?Sejak bila minat cerita Budak-Budak ni?"
Kepala Noah berpaling memandang ke Hera yang masih terlantar lalu Tarik sengih meleret. "Kau tahu...cerita Snow White dan 7 Orang kerdil?"kata dia.
Kyle mula pandang curiga ke Mr. Playboy di depannya. "Hah..asal dengan cerita tu?"
"Aku tahu aku tak patut gurau pasal ni..tapi kau tak rasa ke Hera ni macam cerita Snow White. Bezanya yang jahat bukan mak tiri tapi ayah kandung...dan kita bukan empat orang bukan kerdil..tapi putera charming..."seloroh Noah dengan sengih menampakkan barisan giginya yang teratur.
"Merepek je la kau ni.."Kyle menggeleng kepala dengan muka pelik.
"Dalam cerita tu, lepas Snow White di racun dengan epal ajaib, putera charming datang untuk bangunkan dia dari lenanya"Noah bangun dari duduknya lalu berpusing menghadap katil Hera. "Rasanya kan kalau aku buat macam tu Hera sedar tak?"
Malas hendak hiraukan otak kartun Noah, Kyle kembali memandang skrin telefonnya. Membelek video tiktok yang sedang di mainkan ketika itu.
Disebabkan hari ini Arion dan Kayden ada latihan bola keranjang, dua orang itu tidak dapat hadirkan diri ke hospital. Sementara Dekan Riana terpaksa hadirkan ke akademi kerana sibuk buat persiapan peperiksaan untuk pelajar tahun akhir. Maka mereka berdua yang lapang ini la yang ditugaskan untuk lihat-lihat Hera.
Dengan berhati-hati, Noah duduk di birai katil itu, menghadap Hera yang tidak sedarkan diri. Sebaik dia selesakan diri di situ, tangannya di letakkan tepi bantal dan sondong sedikit ke bawah mendekati wajah Hera.
"Siapa putera charming yang boleh sedarkan Hera?"bisik Noah di depan muka itu.
Hera tidak terkutik, seperti orang sedang tidur mati, mata itu sikit pun tidak bergerak-gerak dari balik kelopak mata.
"Yang pasti bukan kau.."jawab Kyle tanpa memandang Noah.
"Kenapa aku tak boleh pulak?Aku boleh tahan apa."seloroh Noah dengan kepala terlentok sedikit sewaktu memandang muka Hera.
Kyle berdengus mengejek. Dia tarik sengih sinis saat matanya gerak naik dan turun melihat skrin telefon. "Boleh tahan apanya...suruh jaga adik kecik kau pun dah lari lepak rumah aku..ini kan lagi nak jaga anak perempuan orang?"
Noah ikut tertawa kecil, tetapi perlahan. Dia tatap wajah Hera dalam-dalam sebelum tersenyum senang. "Cepat la bangun...rindu dah ni nak dengar suara kau membebel memarahi Kayden...dan aku rasa Kayden lagi rindukan kau Hera.."bisiknya bernada memujuk. Selama ini dia sangka Hera adalah seorang gadis yang suka tunjuk tough, berlagak nak mampus macam anak orang kaya terlebih manja. Walhal, Hera hanya la seorang gadis biasa. Yang perlukan tiang untuk bersandar dan tali untuk bergantung. Seorang yang bersederhana dan merendah diri.
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Tienerfictie"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...