Bab : 46

1.7K 162 4
                                    

🌷Tutor🌷

Buku tebal Calculus terbentang luas di atas meja ketika Hera dan tutor dia a.k.a Kayden duduk di meja bulat warna putih sebelah jendela dalam bilik menelaah matapelajaran itu.

Sejak pulang jam 2 petang tadi, Hera yang rancang hendak layan cerita di Netflix tidak dapat meneruskan rancangannya malahan terus menghadap buku serta formula sejak 30 minit lepas.

Awalnya Hera tidak bersetuju tetapi dia terpaksa akur selepas di ugut oleh Kayden yang lelaki itu akan datang menemui dia pada hujung minggu sekiranya Hera tidak mahu tutor bersama dengannya pada hari itu.

Mahu tak mahu terpaksa la....

Siapa je yang nak hujung minggu mereka di ganggu!?

Dan tak cukup dengan tu, Hera turut ditemani seseorang.....

"Salah tu... "ketuk Arion dengan hujung pen pada permukaan buku dimana jalan kira-kira Hera berada.

Kening Hera berkerut, sambil gigit hujung pensel tekan dia lentokkan kepala sedikit sewaktu meneliti jalan kerjanya itu. Rasanya dah betul dah step yang dia gunakan untuk dapatkan jawapan. Kenapa salah?

"Mana yang salah?"tanya Hera.

"Langkah kedua kau... pertama dh betul... yg lain salah."jawab Arion sewaktu tengok skrin telefon.

Hera pun angkat la mata dia sekali bila dipandang lelaki di depannya sedang bersandar malas di kerusi dengan mulut sibuk mengunyah buah anggur. Sikit pun tak nampak macam nak peduli beri tunjuk ajar. Menyesal pulak rasanya dia bersetuju!

Grr! Menjengkelkan.

Yang mengajak orang lain.

Yang mengajar orang lain.

What the heck!!!!

"Cuba la tengok betul-betul.... "seloroh Kayden sambil tangannya gerak mahu mengambil buah anggur yang Hera hidangkan buat snek mereka ketika belajar. Tapi nampaknya, Kayden lebih kepada makan dari mengajar.

Hera buat muka semasa perhatikan tingkah Kayden yang saling tak ubah seperti tuan muda!

Dasar si Tiga Suku Tak Guna!

"Ni... aku nak tanya... kenapa kau yang ajar aku bukan mamat tiga suku ni?" soal Hera kepada Arion sewaktu memadam jalan kerjanya untuk di betulkan semula. Pelik betul!

Arion kerling ke Kayden lalu berdengus mengejek. Nak buat macam mana! "Kayden lemah subjek Calculus.. " beritahunya sewaktu tunjukkan Hera nombor dan step yang betul Hera perlu ikut. "Disebabkan subjek tutor kau orang hari ni Calculus... Dia mintak aku ajarkan kau... "

Hera ikut apa yang Arion tunjukkan dan mula menulis. Tapi masih tak puas hati. "Dah tu kenapa kau setuju untuk ajar aku? Apa benefitnya?" tanya dia sambil catat nombor ikut soalan yang ditunjukkan. Siapa lah yang cipta subjek melecehkan ni! Fed up betul la!

Arion tersentak.

Begitu juga Kayden.

Lantas dua orang lelaki itu saling memandang ke antara satu sama lain. Menghantar isyarat secara sembunyi dengan bahasa tubuh.

Seorang menjungkit kening seakan bertanya 'dia tak tahu?'

Seorang menjegil mata menegah supaya tidak beritahu.

Bila soalannya tidak di jawab Hera angkat kepalanya semula untuk pandang Arion yang duduk di sebelah kiri meja bulatnya itu.

"Asal?"tanya Hera dengan kening terangkat hairan.

Arion buat muka serba salahnya. Yalah... kan semua ni urusan Kayden. Kawan baiknya itu beritahu kalau Kayden bantu Hera, anak kepada dekan mereka, Kayden akan dibantu oleh dekan sendiri untuk masuk ke mana-mana universiti berprestij. Dia sebagai rakan Kayden mesti la akan turut bantu sekiranya Kayden perlukan bantuan. Dan dia serta rakan yang lain turut bersetuju untuk membantu Kayden. Tanpa syarat. Mereka hanya hendak bantu Kayden sahaja.

"Nak tolong orang perlu sebab ke?" balas Kayden akhirnya. Dia tatap wajah Hera yang kelihatan tidak suka.

Hera ketawa kecil.

Dia letakkan tangan atas buku Calculusnya dan sondong sedikit ke depan menghadap Kayden.

"Well... mengikut pengalaman aku la... sesiapa yang dekati aku ada udang di sebalik batu mereka."beritahu Hera sewaktu jungkit kening kanan, pandang judging akan Kayden dalam-dalam. "Aku tak terkejut kalau kau pun macam tu... "selorohnya.

Kayden balas renungan Hera dengan kening mencerlung. Dalam diam dia mengetap gigi. Cis!

Sementara Arion sudah kecut perut di situ. Dia pandang tepi muka Hera dengan kagum. Tidak menjangka yang Hera akan timbulkan hal itu.

Hera lirik akan reaksi mereka berdua dengan muka funny.

"Hahaha.... kenapa serius sangat?"
ketawa Hera tiba-tiba bila dia mengesan suasana dalam bilik tidurnya menjadi tegang yang semacam. "Aku tanya je tak payah la cuak... sebab yalah. Mana tau kan kau dekati aku macam orang lain, sebab nak benefit... " katanya dengan bersahaja sambil conteng sesuatu di atas kertas dalam buku calculus di bawah tangannya.

Kayden tersedar dari perasaan cuaknya. "Kenapa kau cakap macam tu... memangnya ada ke orang dekati kau sebab nak benefit?"

Hera berdecit kecil mendengar soalan itu. Matanya di bawa naik dari memandang contengannya ketika itu. Dia pandang akan Arion lalu ke Kayden. "Of course la... kalau tak mana aku ungkit.."

"Pasal apa?"tanya Arion yang tiba-tiba rasa tertarik nak tahu lebih tentang gadis misteri di depannya itu.

Kayden ikut tertarik mahu mengetahuinya. Dia pandang Hera diam-diam.

"Pasal apa ya?"Hera buat muka berfikir sambil ketuk pipi dengan hujung jarinya. "Hm..last aku ingat... aku ada bercinta dengan seorang mamat ni...tapi sekejap je sebab aku dapat tahu dia dekati aku semata nak dapatkan kedudukan dalam pasukan ragbi. Dia tahu siapa aku....jadi gunakan pengaruh yang aku ada... dia pun terpilih dan jadi ahli pasukan ragbi... kemudian...kawan-kawan perempuan yang dekati aku cuma nak kesenangan yang aku ada demi kepentingan dia orang termasuk la jadikan aku kambing hitam. untuk kesalahan yang dia orang buat sampai aku di label sebagai perempuan murahan.." cerita Hera.

Kayden dan Arion terdiam di situ. Masing-masing sudah memulas perut kerana terasa dengan kata-kata Hera.

Bersama senyuman sinis di bibir termenung mengenang masa lalu dia dengan perasaan kecewa dan terkilan. Dia berfikir... agaknya la kan... bila je dia boleh dapat kawan dan teman yang sejati tanpa mengira latar belakangnya?

"So... betul tak jalan kira aku ni?"sua Hera bukunya ke Arion untuk di periksa. Dia belek muka surat lain. Nak tengok berapa banyak lagi soalan dia kena settle kan selama dua jam ni.

Dengan bingung Arion pandang Hera lalu ke buku itu. Dia tunduk memandang coretan Hera di situ sekejap sebelum kerling ke Kayden. Dia yang dengar sendiri rasa malu, inikan Kayden sendiri yang hadapinya. Agaknya apa la rakan dia sedang fikirkan?


Kayden tundukkan matanya, dia pandang skrin telefonnya dengan perasaan berkecamuk dan terganggu.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now