Bab : 6

2K 171 1
                                    

🌷Tak Seindah Rupa🌷

Happy?

Perkataan itu tidak wujud dalam kamus hidup Hera.

Kenapa?

Sebab sejak dia tahu apa itu erti hidup, sekalipun dia tidak pernah rasa perasaan itu.

Orang kata jadi anak tunggal dan lahir di dalam keluarga yang kaya seronok.

Tapi tidak semua hidup anak orang kaya ni menyenangkan. Even, sejak kecil telah dicurahkan dengan segalanya sehingga tiada yang kurangnya. Semua itu masih tidak dapat buatkan dia rasa puas dalam hidup ni.

Antara banyak-banyak perkara yang Hera telah miliki, hanya satu saja perkara yang dia belum peroleh dalam dunia ini.

Iaitu kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Kontra jadi anak orang senang ini adalah terpaksa hadapi kenyataan yang ibubapa mereka menjadi hamba pada pekerjaan hingga tiada masa buat keluarga.

Syukur?

Lebih dari tu!

Hera kesal!

Sebaik kaki di atur masuk ke dalam rumah, telinganya terus menangkap suara marah-marah yang sayup kedengaran dari arah anak tangga. Lalu semakin jelas dan lantang apabila pasangan suami isteri itu menuruni tangga sambil bertekak akan sesuatu.

"Boleh tak awak berhenti Nadia?Saya rimas tahu tak bertekak dengan awak tentang hal yang sama!"

"Mana saya tak bising pasal hal yang sama...sebab Itu je la yang awak tahu...golf..golf..makan malam dengan klien konon...awak ingat saya tak tahu ke yang selama ni awak keluar Bersama dengan perempuan lain keliling pinggang dekat luar sana"tengking Nadia di belakang Nathan ketika itu.

Melihat keadaan itu, Hera berdiri dekat situ memerhati ibubapa dia bertengkar lagi dengan pandangan jengkel dan rimas. Ini la sebab kenapa dia suka luangkan masa di luar dan clubbing dari duduk di rumah.

"Suka hati awak la nak cakap apa!Saya dah malas nak cakap."ujar Nathan yang hendak berlalu turun dari situ namun langkahnya terhenti apabila melihat Hera sedang memandang ke tempat di mana dia sedang berdiri Bersama isterinya. "Hah...baru nak balik Hera?Sekarang dah pukul berapa?11 malam?"tanya Nathan yang mengalihkan perhatian marah Nadia serta merta.

Nadia terus memalingkan kepala ke Hera sebaik nama anaknya itu diungkit.

Hera menjuling mata menyampah. Sejak bila orang tua dia ni kisah tentang hal ehwal kehidupannya?Seingat dia la, parents dia ni takkan peduli apa-apa mengenai diri dia kecuali wang dan harta warisan semata. "Sejak bila pula papa peduli Hera balik jam berapa?"balasnya sewaktu daki tangga untuk naik ke tingkat atas dan melewati ibubapanya begitu saja.

Nathan hanya mematai langkah Hera dengan mulut terbuka sedikit kerana tidak terkata.

Tetapi tidak Nadia, dia malahan berkerut kening sambil mencekak pinggang sedia hendak naik angin.

"Ni...mama nak tanya kamu...siang tadi dekan hubungi mama..apa lagi masalah yang kamu dah buat kali ni Hera?Tak cukup dengan papa kamu...kamu menambahkan lagi"bebel Nadia.

Langkah Hera terhenti, dia menoleh memandang dua wajah itu Bersama perasaan kecewa. Masalah mereka dia yang dipersalahkan?Orang tua dia ni memang jenisnya suka saling salah menyalahkan antara satu sama lain ke?

"Boleh tak kamu jangan libatkan kami dalam masalah kamu tu?Buat malu je la.."tambah Nathan pula.

Hera menjungkit kening sassy sewaktu berkata. "Dah habis?"tanya dia.

"Apa?"tanya Nadia dengan marah.

"Hera tanya...dah habis ke?Ke ada nak tambah lagi?"ulang Hera dengan berani.

Dua orang itu terdiam tidak mengatakan apa-apa lagi.

Lantas Hera pun menggeleng kepala kesal sewaktu pandang letih ke ibubapanya. Apa nak jadi dengan mereka ni!Tak faham dia la.

"Patutnya Hera yang tanya papa dan mama begitu. Memangnya dalam sehari tu tak boleh ke kalian tidak bertekak dan bergaduh?Tak malu ke di dengar maid dan pekerja dalam rumah agam ni?Orang kaya, berada, berpangkat tinggi tapi tidak bahagia. Lagisatu...Hera tak pernah nak libatkan papa dan mama dengan masalah Hera, tapi masalah tu sendiri yang nakkan Hera so bear it or leave it...then berhenti membebel macam selama ni semua masalah Hera, papa dan mama selesaikannya"katanya sebelum bergerak naik mendaki tangga meninggalkan ibubapanya di belakang.

"Hera Xiana!We not done yet!Bring your ass back here!"ngaum Nathan dengan garang sekali.

Namun ianya sikit pun tidak hentikan Hera, gadis itu hanya terus mendaki anak tangga lantas menghilang di puncak tangga tersebut.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now