Bab : 47

1.6K 154 3
                                    

🌷Buli🌷

Riana berjalan lekas merentasi koridor tingkat atas itu dengan beg bimbit dan fail terkepit di bawah ketiak sebelum berhenti depan pintu sebuah bilik. Dipegang saja tombol pintu itu, tanpa ketuk tanpa salam, terus dia melangkah masuk ke dalam ruangan itu.

Serta merta suhu sejuk dari aircond menyapa sebaik masuk ke situ.

"Isy! Sejuk betul. Kutub utara apa ni.. " bebel Riana sendirian sewaktu raba suis lampu bilik di tepi pintu.

Flik!

Suis ditekan.

Cahaya lampu terus menerangi seluruh bilik tidur bertemakan pink itu.

"Hera... "panggil Riana setelah itu.

Riana yang kemas dan lengkap mengenakan pakaian formal berjalan mendekati katil dimana anak saudaranya sedang baring.

Tidak terkutik dengan cahaya terang dan panggilan itu, Hera diam tidak bergerak dalam keadaan meniarapnya itu.

"Hera... Bangun."Riana menggoyangkan badan Hera dalam.keadaan tergesa-gesa.

"Hurm... "ngigau Hera tidak terbuka mata. Masih terlena.

Riana melepaskan keluhan. Susah betul la nak kejutkan Hera ni. Tidur mati macam beruang hibernasi! Jenuh benar menghadapnya.

"Bangun la... "panggil Riana lagi sewaktu paksa buka kelopak mata Hera dengan jarinya.

Sambil berkerut kening dan mengerang kejengkelan, akhirnya Hera membuka matanya.

Terang dan menyilaukan! Itulah perkara pertama yang Hera nampak lepas buka mata.

"Kenapa?"tanya dia dengan suara bangun tidur. Terpisat-pisat mengiringkan badan menghadap maksunya. "Rumah terbakar ke aunt? "

Riana kuak rambut Hera yang bersepah dekat muka tu ke belakang sambil berkata. "Ni... Maksu ada kerja dekat kota."

Hera kerling ke langsir biliknya. Melihat keadaan masih gelap, cukup beritahu dia waktu belum masuk 7 pagi.

"Pukul berapa ni? Kenapa awal sangat?"tanya Hera dengan lesu. Dia mengeliat sekejap.

"5 pagi. Maksu tak dapat hantar kamu ke akademi. Jadi maksu minta Kayden jemput kamu nanti..."pesan Riana.

Dengar saja nama itu, Hera buat muka, dia gosok matanya yang kesat dan berat itu supaya boleh di buka. Asyik mamat tu je! Tak ada orang lain apa? "Asal Kayden? Hera boleh je naik teksi untuk ke situ.. "jawabnya.

"Kebetulan dia duduk berhampiran dengan rumah kita. lagipun aunt tak mahu kamu naiki teksi bagai.. risau kalau apa-apa berlaku semasa dalam perjalanan nanti... "jelas Riana.

Dengusan kecil kedengaran dari Hera setelah itu.

"Oh so sweet of you.. "sengih Hera. "You worry about me?"

Tepi lengan Hera di tepuk manja. "Aunt tak risaukan kamu tapi sebaliknya masalah yang kamu akan beri pada orang lain nanti.... " seloroh Riana.

Terus jatuh sengih Hera dari bibirnya. "Ada ke cakap macam tu.... "Dia menjuling mata menyampah sejurus itu. Hampeh betul punya maksu.

"Dah... aunt pergi dulu. Ingat siap awal biar Kayden tak tunggu kamu lama-lama... "pesan Riana buat kali terakhir sebelum bangun dari katil itu dan gerak ke arah pintu.

Hera perhatikan langkah maksunya itu sehingga wanita bersanggul itu menghilang dari pintu itu. Namun tidak lama selepas itu, tanpa mengambil masa yang lama Hera terlena semula.

Sejam selepas itu, bunyi loceng mengejutkan Hera sekali lagi dari lena. Seperti kebiasaanya, dia akan berlengah sekejap dengan melihat telefon serta media sosialnya. Lepas ketawa dan post komen atau status baru la Hera bangun untuk bersiap.

Selesai mengenakan uniform akademi, Hera buat sarapan sendiri iaitu roti bakar dengan scramble egg dan jus oren. Seusai dia sarapan, Hera buang masa lagi di bilik untuk memerut.

Tepat jam 7 baru la Hera gerak keluar dari rumahnya.

Sama sekali lupa akan pesanan Riana bahawa Kayden yang akan menjemputnya. Tanpa berfikir panjang, Hera terus order Uber untuk menjemput dia. Namun destinasinya tidak terus ke akademi tetapi ke bandar.

Slurrpp!

Slurpee perisa merah strawberi disedut Hera dengan berselera sekali walaupun ketika itu masih di awal-awal pagi.

Di laluan pejalan kaki kelihatan mereka yang sepertinya dalam perjalanan untuk ke tempat kerja masing-masing. Ada yang berjalan lekas, ada yang bercakap melalui telefon, ada juga yang minum dan makan pada masa yang sama sewaktu berjalan. Dan situ Hera berada di pejalan kaki yang lain.

Bersama langkah bersahajanya, Hera enak menikmati minuman bergulanya seawal pagi itu sambil hirup angin kesibukan bandar.Sikit pun tidak kelihatan terganggu atau susah hati. Wajahnya pula ceria seperti tiada masalah.

Tidak lama gadis itu menikmati saat-saat healing sendirian di situ, dia terserempak dengan masalah.

"Dasar anak orang kaya tak guna!"

"Harap saja kaya tapi lembik!"

"Hahaha... ambik je semuanya tu...kot mahal dia orang sekali.. "

Suara dari lorong di tepi sebuah dining menarik perhatian Hera ketika itu. Dia yang hanya berjarak lima langkah dari lorong tersebut menghentikan langkahnya untuk pasang telinga.

"Memandangkan kita orang tak boleh buli kau orang dalam akademi.... luar je la yang selamat dari konco Kayden dengan Royal Team dia tu..."

Mendengar nama Kayden buatkan kening Hera terus terangkat tinggi. Memangnya lelaki tu bagus sangat ke? Asal mana-mana dia pergi mesti nama mamat tiga suku tu jugak di sebut! Tertarik sebab nak tahu siapakah orang itu, dia pun jengahkan kepala ke balik dinding batu lorong tersebut.

Empat orang lelaki lampai mengenakan jaket padding berdiri di menghadap dinding di situ. Membelakangkan tempat Hera sedang pandang. Dan mereka berempat tunduk memandang ke bawah.

Bila Hera turunkan pandangannya ke kaki mereka di situ, terus menahan nafas terkejut dia dibuatnya. Matanya terbutang luas.

WTF!

"Kau orang berdua nak stay lama dalam pasukan ragbi ni kan... jadi pastikan tiada siapa tahu pasal ni... kalau ada yang tahu siap!"

"Cuba la bukak mulut, memang nama kau orang kita orang deduct dari senarai pemain pilihan..."

"Ahahaha..... jom la.. kelas nak mula kejap lagi."

Apabila keempat-empat itu beralih ke tepi, baru la Hera nampak dengan jelas siapakah yang menjadi mangsa buli mereka tadi.

Terperanjat dia melihat keadaan tersebut.

Tidak sana.

Tidak sini.

Apahal malang sangat nasib dia orang berdua ni!?



35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now