Bab : 58

1.6K 146 1
                                    

🌷Bad News🌷

Angin dari kipas siling di atas bertiup-tiup menerbangkan rambut yang dibiarkan lepas itu. Helaian demi helaian rambut jatuh menyapu permukaan buku semasa Hera tunduk menulis sesuatu pada muka surat teks ketika itu. Oleh kerana dia terlupa hendak mengenakan kanta lekap rabunnya dan tertinggal cermin mata gara-gara lewat, terpaksa la dia tertunduk-tunduk mendekat semasa dengar dan mencatat pada masa yang sama.

Semuanya salah Kayden. Disebabkan perjanjian dengan lelaki itu. Hera terpaksa berubah jadi Budak baik. Syaratnya ialah hadir awal ke akademi dan kelas sepanjang sesi kuliah. Sebagai ganjarannya, Kayden bantu Alan dan Joshua kekal dalam pasukan ragbi sementara yang membuli mereka berdua di gantung akademi selama tiga bulan atas kesalahan membuli dan melakukan kekerasan. Disebabkan Kayden dah lunaskan janjinya itu, maka Hera gilirannya pula tunaikan syarat Kayden terhadap dirinya.

Dan sejak itu hari-hari Alan dan Joshua mudah lancar tanpa tekanan. Dua orang itu langsung tak tahu menahu yang semua itu atas pertolongan Hera. Apa mereka tahu pembuli mereka digantung sebab Kayden yang dapat tangkap kesalahan mereka. Jadi mereka jalani hari mereka macam biasa la. Hadir kelas sama dengan Hera, berborak dengan gadis itu sekiranya bertembung atau ada peluang.

Disamping itu, sejak kes Hera selamatkan mereka, sejak itu Alan dan Joshua semakin terbuka dengan Hera. Tidak lagi membencikan gadis itu malah dilayan dengan baik. Yang mana buatkan Hera agak kekok pada awalnya. Namun setelah itu dia buat tak tahu sahaja akan mereka berdua.

"Leonardo Da Vinci adalah orang pertama yang mencipta lakaran kapal terbang pertamanya pada awal abad ke 18 yang mana banyak memberi manfaat kepada pencipta pesawat kemudiannya. Tetapi perinciannya adalah daripada Albert Einstein....Dari yang mudah hingga paling sukar. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau menyiapkan lakaran penuh sebuah pesawat ringat yang mana keluar pada abad ke 19 kemudiannya."jelas pensyarah yang berjalan dari hujung podium ke hujung podium.

Syarahan itu di dengar oleh Hera dengan tekun. Sekejap-sekejap tu dia jari jemarinya menguak rambut ke belakang kerana terganggu dengan rasa gatal dek rambutnya sendiri.

"Abad ke 18 ke abad 19 dia mati?"tanya Hera semasa tekun mencatat pada orang di sebelahnya di makmal seni itu. Oleh kerana dia rabun dekat, maka agak sukar untuk dia menulis tanpa cermin mata mahupun kanta lekapnya.

"Abad ke 18...."jawab orang di sebelah Hera dengan perlahan.

Sedang Hera tekun tunduk mencatat, muncul satu tangan dari tepi lalu memegang tepi rambut yang asyik jatuh mengenai tepi matanya, Satu penyepit kertas warna hitam tersepit di tepi kepala bersama-sama dengan anak rambutnya.

Hera pun tersentak, dia menoleh ke kanannya dengan kening berkerut. Melihat lelaki di sebelahnya sedang bersahaja pandang ke depan dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Berasa curiga dengan apa yang dibuat akan lelaki itu, dia pun meraba rambut, nak cari apapulak yang di lekatkan dekat rambutnya tu. Lepas dapat tahu ianya hanya penyepit baru la dia kembali focus menulis semula.

Alan melirik ke orang sebelahnya dengan sengih meleret sebelum kembali memandang ke depan. Memberi perhatian kepada pensyarah tetapi bukan syarahannya. "Kau tak pakai contact lens ke?"tanya dia dengan perlahan. Sejak tadi di dalam kelas itu, dia duduk di sebelah Hera, menjadi mata kedua gadis itu untuk mencatat nota. Disebabkan Joshua ambil aliran sain, kelas elektif terpaksa berasing pada pagi itu.

"Tak."jawab Hera pendek. Kalau Kayden tak suruh dia cepat, memang sempat dia pakai. Ini tidak lelaki tu hon depan rumah macam nak satu kawasan kejiranan tu dengar!Kalau sekali dua tak apa. Ini hampir setiap kali lelaki tu jadi driver dia ke akademi kalau maksunya tak dapat nak hantar sebab ada meeting, memang tak la! Macam siut je perangai mamat tiga suku tu!Ugh!

"Cermin mata?"tanya Alan lagi.

Hera mengangkat kepalanya semula. Dia kerutkan kening sambil kecilkan mata mendekatkan wajah ke Alan kerana wajah lelaki itu agak kabur buat pandangan mata dia saat itu. "Kalau aku bawak...ada aku macam ni ke?"balas dia separa berbisik. "Tanya soalan tu biar yang patutlah...dah jelas-jelas aku tak bawa...kalau aku bawa lama dah aku pakai.."gerutunya.

Alan tersenyum, dia perhatikan Hera yang begitu hampir dengannya. "Dah macam nenek...muda-muda lagi dah rabun.."dia ketawa kecil saat tunduk menyelak muka surat buku yang seterusnya. Melihat isi syarahan yang sedang di sampaikan oleh pensyarah.

SLAP!

Hera memukul lengan Alan kerana tidak puas hati dengan komen itu. Setelah itu dia kembali menyambung tulisnya. Sampai berkerut-kerut kening dibuatnya.

Tidak lama mereka diam tidak bercakap, Alan menoleh ke sisinya semula. Memandang tepi wajah Hera yang tiada secolet mekap pun padanya. Nampak sangat la miss gangster yang seorang ini tergesa-gesa hendak hadirkan diri ke akademi. "Hera...aku ada sesuatu nak beritahu kau ni.."bisiknya dengan perasaan berdebar. Mana tidaknya, sejak petang semalam lagi dia dah berpeluh dingin memikirkan kedatangan Que ke sini dan niatnya hendak memberitahu Hera mengenai hal itu. Kalah orang kena tangkap sebab curang je rasanya!

"Asal?"Hera mengangguk kepala sewaktu pandang ke tulisannya ketika itu.

Buat seketika Alan teragak-agak. Dia gigit bawah bibir kerana resah. Dia pandang Hera sekejap lalu ke suatu arah yang rambang. Sedaya upaya nak hilangkan rasa gelabahnya. Ah!Lantak la! "Que ada dekat sini...dia pindah ke major Engineering Technical.."beritahunya dengan satu nafas.

Tangan yang sedang mencatat itu berhenti saat mendengar berita itu. Hera perlahan-lahan mengangkat kepala. Dia memandang tak percaya ke Alan. "Kenapa dia dekat sini?"

Alan duduk tegak saat menoleh memandang Hera. "Sebab kita orang..."

"Kau orang?Kau dengan Joshua?"terkilan sekejap dia lepas dengar. Ingatkan sebab dia ke apa. "Gara-gara kau orang dia pindah ke sini?Buang tebiat apa?"Hera berkerut kening tak faham.

"Sebab...kes kita orang sebelum tu...dan dia tahu siapa yang laporkan hal tu pada Dekan."kata Alan dengan wajah serba salahnya.

Air muka bingung Hera jatuh, dia pandang terkesima. Mereka dah tahu?"Ka-kau orang dah tahu?"

Alan mengangguk kepala. "Kau pun dah tahu dari awal siapa?"muka Hera di pandang dengan perasaan serba salah. Keningnya berkerut sedikit.

Hera balas renungan Alan sambil gigit bahagian dalam bibirnya. Ha'ah. Dia dah tahu dari awal. Tapi tak sampai hati nak beritahu. Yalah, Alan, Joshua dan Que sayangkan sangat ahli pasukan ragbi mereka tu. Jadi Hera diamkan diri dan biarkan saja dirinya di salahkan supaya Alan, Joshua dan Que tidak kecewa. sekiranya dapat tahu."Aku-"

Alan mengetap bibir menahan perasaan terkilan. "Still...kau biarkan diri kau di salahkan.Buatkan kita orang Nampak jahat dekat sini.."bisiknya dengan sedih saat tunduk memandang jari jemari."Dulu ke sekarang...kau tetap utamakan orang lain..tak hairan la kenapa kita berpecah..."

Dengusan kecil lepas dari dia. Sambil berkata dia kuak rambutnya ke belakang."Nak buat macam mana...keadaan mendesak aku untuk buat semua tu."katanya Hera bernada tidak peduli.

"Apapun hal kita bukan isunya...isunya sekarang adalah kes kau dengan Cassy.."tambah Alan yang mengalihkan topik perbualan memurungkan itu.

Kening Hera terangkat sebelah. "Kenapa dengan kes aku?"bukan ke dah settle.

Alan memandang ke depan, melihat pensyarahnya sedang gigih memberi syarahan sambil menunjukkan rajah di slide. "Ada yang sengaja rancang semua tu supaya buatkan imej kau terjejas. Dengan tu kedudukan kau sebagai pewaris boleh dilucutkan...dan Que dah laporkan hal sebenar. Natalia dah kena tahan. Jadi semua orang dah tahu yang kau tak bersalah."

Mata Hera terbutang luas. Berderau laju darah dia naik ke otak hingga buatkan urat sarafnya senak!

Laju-laju Hera berdiri tegak di situ."Dia apa!?"tanya dia dengan nada yang tinggi. Membuatkan semua yang ada di situ palingkan kepala memandang ke arahnya.

Pensyarah yang ada di depan turut berpaling. Dia memandang pelik ke tengah kelasnya dimana Hera dan Alan berada. "Kenapa Cik Hera?"tanya pensyarah itu kemudian.

Hera tersedar dari shock, lantas dia menggeleng kepala memandang pensyarahnya. "Tak ada apa-apa...maafkan saya.."ucapnya sebelum kembali duduk. Dia memandang Alan dengan kening berkerut susah hati nak mampus!

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now