Bab : 81

1.6K 141 22
                                    

🌷Suka Dalam Benci🌷

Seperti dua ekor monyet berebutkan makanan, dua orang itu saling berguling atas jalan tar dengan tangan masing-masing mencekau kolar baju. Biar seorang berada di atas yang bawah menjadi mangsa tumbukan amuk itu. Tetapi sesaat kemudian kedudukan berubah, yang di bawah berada di atas, yang atas berada di bawah.

"sudah lah tu Kayden!"Haling Noah yang cuba menarik badan Kayden jauh dari pemain quarterback pasukan ragbi baru akademi itu.

"Siapa kau untuk halang aku dari dapatkan Hera semula!"marah Que sewaktu menghalang tumbukan Kayden dengan lengannya tetapi gagal!

"Aku teman lelaki dia b*d*h!"maki Kayden dengan bengis sekali menumbuk tepi tulang kiri Que sampai berdarah tepi pipi tu.

"Lepaskan dia la setan!"ngaum Joshua yang merempuh tubuh Kayden ke tepi hinggakan dua orang itu bergolek ke tepi.

Sesaat selepas Que bebas dari Kayden. Alan pulak muncul membantu. Dia dapatkan Que untuk bangun dari situ. Sementara Joshua sedang bertumbuk dengan Kayden. Tapi sekejap saja, disebabkan Kayden lebih power, jadi Joshua dengan mudah ditumpaskannya.

Disaat Que sedang terbatuk-batuk memegang dada kerana sebu dek di tumbuk dan di tendang pada dadanya tadi, ketika itu Kayden meluru mendapatkan Que. memandangkan Alan ada dekat situ, dia la yang terima tumbukan padu dari Kayden.

"Cukup Kayden!"ngaum Arion dengan berang semasa lemparkan dirinya di depan Kayden agar berhenti. Dia tolak dada Kayden ke belakang supaya rakannya mengundurkan diri.

"Aku bagi amaran dekat kau!jangan dekati Hera lagi atau muka sampah kau tu aku jadikan penyapu lantai tar ni!!"dengking Kayden dengan berang sewaktu tunding jari ke arah Que.

Dengan berat, matanya yang sedang berdenyut sakit dipaksa buka kerana tekaknya berasa dahaga. Dibuka saja matanya dengan luas, pandangannya pertama-pertama sekali disapa dengan wajah yang tidak asing buat dirinya selama ini.

Buat seketika Que baring pandang akan orang di depan matanya tanpa berkedip. Mungkin efek dari demam yang dialaminya, sampaikan dia terbayang-bayangkan wajah itu. Oleh kerana takut kalau dia berkedip, orang itu akan hilang sesaat kemudian, Que tidak kelipkan matanya sampaikan air mata hangat demamnya mengalir dari tepi mata turun jatuh ke telinganya.

"Maafkan aku.."lafaz Que dengan perlahan. Mata merah orang sakitnya memandang tepat ke wajah bersih dan bercontact lens coklat hazelnut di situ. "Kalau aku boleh putar balik masa, akan aku lindungi kau Hera...dari ayah kau yang tamak...dari ibu kau yang sadis...dari mereka yang nak tengok kau susahdan pertahankan relationship kita.."

Tiba-tiba orang di depannya yang disangkakan sebagai khayalan itu bersuara

"Haih...sudah-sudah la mengenang apa yang dah lepas.."keluh Hera sewaktu menyeka air mata dari tepi mata Que dengan jari telunjuknya. Dia yang duduk di katil bujang tempat dimana Que sedang berehat sudah berada di situ hampir 10 minit. Mulanya dia masuk, Que masih terlena, malas nak ganggu dia cuma tengok saja la mula berlebam itu buat seketika.

Sekali tu.

"Kau real ke?"tanya Que dengan kening berkerut bingung.

"Habis tu?Kau nak aku real macam mana lagi?"Hera menjuling mata menyampah.

Que gerak mahu bangun dari situ kerana berasa tidak percaya. Dia mahu pastikan yang Hera benar-benar Bersama dengannya ketika itu.

"Eh..apa kau buat ni..baring je.."tetapi Hera cepat-cepat pegang kedua belah bahu itu untuk di baringkan semula.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now