Bab : 60

1.6K 145 2
                                    

🌷Terlambat🌷

"Mana dia?" tanya Hara sewaktu menepis tangan Alan yang cuba menghalangnya dari bergerak ke depan. "Dia dekat mana!!!"tengking Hera lagi sewaktu berhenti dari melangkah dan berdiri menghadap Alan ketika itu. Naik turun kencang dada dia kerana terlalu berang.

Alan pun turut berdiri menghadap Hera, tangannya berada di kanan dan kiri Hera tetapi tidak menyentuh gadis itu. "Bawalah bertenang dulu...kau jangan naik angin macam ni. Apa yang Que buat adalah untuk bersihkan nama kau...itu je."beritahunya dengan kening mencerlung susah hati. "Dia tak tahu apapun pasal kau nak lindungi nama kolej"

Mata Hera mula berkaca, dia ketap gigi kuat-kuat hingga timbul urat belirat di pelipisnya.

"Aku tak suruh dia buat semua tu!Aku tak perlukan sesiapa untuk tolong aku!"luahnya dengan kesal.

Alan mengangguk kepala sambil cuba memegang lengan Hera. "Aku tahu tu ta"

"Tak kau orang tak tahu!"Hera tampar tangan Alan ke tepi. "Kau orang tak tahu apa yang aku dah korbankan demi semua ni!Dan dia apa...dedahkan macam tu je!Bawa aku jumpa dia sekarang!Atau aku sumpah!Aku takkan pandang muka kau sampai bila-bila lagi!"kakinya di hentak berang. "Aku nak jumpa Que sekarang!"

Alan mengangguk kepala lagi.Berserah. "Okay...okay..aku bawa kau jumpa dia...sini."ajaknya yang masih mahu memegang lengan Hera, tapi Hera jauhkan diri dan jalan ke depan terlebih dahulu dengan langkah yang marah.

Melihatkan keadaan itu, Alan di belakang hanya mampu melepaskan hela nafas tak percayanya lalu ikut Hera dari belakang.

Tidak lama mereka berjalan, kedua-duanya kemudian tiba di sebuah koridor bangunan Jabatan Kejuruteraan dan Teknikal. Alan yang berada di depan kelihatan menoleh kanan dan kiri mencari kelibat seseorang sebelum dia berhenti ke arah kolam air pancur di depan tangga lobi itu. Lantas dia berpaling menghadap Hera di belakangnya.

"Sana..."tunjuk dia ke arah tersebut pada Hera.

Hera pandang jari Alan dengan kening berkerut. Dia menjengah kepala sebelum ternampak akan susuk tubuh Que yang sedang berdiri di depan seorang pelajar perempuan. Berbual rancak sambil tersenyum. Dia yang lihat itu semakin merinding sakit hati! "Lelaki tak guna tu kan.."desisnya hendak mahu ke depan mendapatkan Que. Namun di hadang Alan.

"Aku suruh dia datang.."Alan hulur tangan di depan badan Hera mahu menghalang. "Kau tunggu."arahnya.

Hera buka mulut hendak menegah, tetapi Alan telahpun beredar dari situ. Jadi mahu tak mahu terpaksa la dia tunggu di situ. Dengan sabar dia tunggu Que menghampirinya. Dari jauh lagi Hera Nampak Que perasan akan Alan dan sapa rakan mereka dengan gembira. Mungkin Alan cakap sesuatu pada Que hingga buatkan lelaki itu pandang ke arah dia. Terus dia larikan pandang ke arah lain.

Dan beberapa langkah sebelum tiba dekat dengannya, Hera menghalang Que dari maju ke depan lebih lagi. "Berhenti dekat situ."arahnya semasa pandang wajah ceria Que. "Kau berdiri dekat situ."

Alan dekat sebelah Que sudah tidak tenang. Dia pandang silih ganti akan Que dan Hera. Berharap sangat yang dua orang itu tidak bertengkar teruk.

"Hai Hera..."sapa Que dengan nada perlahan.

"Jangan kau nak berhai dengan aku."sentap Hera sambil menggengam jari jemarinya dengan erat. Keningnya mencerlung tajam.

Que cuba dekati Hera. Dia nak jelaskan kepada Hera apa yang dah berlaku. "Hera...aku dah tahu apa yang terjadi...aku datang nak mintak maafaku tahu yang ahli kumpulan ragbi aku yang bertanggungjawab untuk insiden kelab malam tu...aku tahu dia orang yang sebarkan fitnah tak baik pasal kau jual body tu...aku tahu aku salah sebab aku dekati kau semata nak dapatkan kedudukan dalam pasukan dan kelayakan akhir. Aku tahu aku pentingkan diri sebab tak cuba pertahankan kau..aku mintak maaf Hera...aku tahu selama ni kau diamkan diri sebab nak lindungi aku, Alan dengan Joshua...aku tak Nampak tu...tolong maafkan aku..."

Tapi Hera undur selangkah ke belakang mahu jarakkan diri. Dia pandang Que seperti lelaki itu adalah manusia paling jahat dekat muka bumi ni. Air mata mula bergenangan di kelopak. Dia tak perlukan semua ni. Sebab segalanya sudah terlambat. "Jadi sebab tu kau buat semua tu?Sebab kesian dekat aku?"tanya dia dengan sedih.

Que buat muka pelik. "Buat apa?"tanya dia yang tak faham akan soalan itu.

Alan yang ada di situ sudah tundukkan pandangan ke bawah kerana serba salah.

Hera mengetap giginya kerana berasa begitu sedih. So..apa gunanya kalau Que dah tahu semua tu. Hati dia sudahpun retak seribu, namanya sudah tercemar...kain yang sudah Kotor kalau di tutup macam mana sekalipun tetap Nampak buruk. Ucapan maaf Que takkan dapat merubah apa-apa lagi."Kenapa kau dedahkan hal sebenar tentang aku?Kenapa kau laporkan Natalia adalah pelakunya...kau tahu tak apa yang kau buat?"tanya dia yang sudah mahu menangis.

Tergamam Que sebaik mendengarnya. "Kau dah tahu Natalia pelakunya?"dia tak faham. Jadi maksudnya, Hera memang dah tahu dirinya telah dianiaya?Tapi tak buat apa-apa mengenainya.

"Kalau aku tahu ke tak...mahunya aku nak meringkuk dalam penjara tu semata nak cover up kegiatan jenayah Natalia yang bila-bila masa boleh jejaskan nama baik kolej...kau nak ke semua orang tahu pelajar dari New West penagih dadah?Kau tak fikir ke after effect tindakan kau tu?"marah Hera dengan semahunya. Dia tidak peduli kalau ada yang dengar. Apa yang dia tahu dia benar-benar marah. hanya kerana tindakan Que habis sia-sia semua pengorbanan dia selama ini!

"Aku tak tahu yang kau tahu Natalia pelakunya...aku cuma nak tolong bersihkan nama kau.."beritahu Que dengan kening berkerut.

Masa ini la Hera terhambur ketawa. "Bersihkan nama aku?"tanya dia sambil tu. "Jangan nak bergurau la...kalau kau nak bersihkan nama aku patutnya kau buat semua tu dari awal lagi..bukan sekarang.lagipun...sama ada nama aku tercemar atau tidak memangnya apa urusannya dengan kau?Kau dengan aku dah lama tak ada apa-apa. Berhenti berlagak macam kau ambil berat pasal aku!"

Terkedu Que mendengar kata-kata itu. Dia pandang tidak berkedip akan Hera.

Air mata mengalir turun dari pipi Hera setelah dia menghabiskan kata-kata. Lantas dia tersenyum.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now