Bab : 84

1.6K 148 2
                                    

🌷Berbaik Tak Jadi🌷


Dring!

Dring!

Dring!

Tanpa henti sesi notifikasi berkumandang di tengah malam itu. Sampaikan pemilik telefon itu sendiri tidak senang tidur. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri.

Dring!

Dring!

"Urghh!!!"ngerang Hera semasa bangun dari baring marah-marah. Macam nak maki hamun pun ada saat ini.

Lantas telefonnya di ambil dari night stand sebelah kanan katil. Setelah di pegang dia baca isi pesanan yang dihantar. Dan bila dia baca, kening Hera terus terangkat tinggi kerana terkejut.

'Kenapa tak jawab call aku?'

'Kau okay?'

'Hera?'

'Babe?Answer me please...😭'

'Hera!Mana kau?Kenapa tak balas chat aku?'

'Hera please.....'

'Kenapa kau ni?'

'Aku cari kau...call kau...mesej kau. Kenapa kau tak reply?'

'Aku nak jumpa kau...'

'Sekarang...'

Brittt!

Britt!!

Hera melompat terkejut kerana bunyi itu. Ada panggilan masuk.Bila tengok pemanggil itu adalah Kayden, dia melepaskan keluhan mengalahnya. Lelaki ni memang degil ya?masih tak faham Bahasa agaknya dengan apa yang dia cuba lakukan sekarang ni? Nak tak nak kena jugak jawab call tu.

Butang putih di slide ke tepi.

"What the f*ck!" deram Kayden dalam panggilan serta merta."Apa masalah kau ni Hera!"

Yang mendengarnya pula buat muka. "Cantik betul bahasa?"balas Hera.

"Turun sekarang!"arah Kayden. "Atau aku pekik depan rumah kau.."

Mendengar makluman itu, Hera terus tersentak turun dari katil dan gerak ke jendela.

"Do you know how hard im trying to reach you for one day?"tanya Kayden lagi dengan marah.

Berdiri saja di jendela itu, Hera nampak Kayden berhoodie putih sedang berdiri dekat laman. Betul-betul menghadap jendela biliknya. Sambil pegang telefon di telinga, Hera duduk dekat tembok batu jendelanya lantas menopang dagu dengan tangan satu lagi.

"Memangnya kau nak apa cari aku?"tanya Hera sambil memandang Kayden di bawah laman itu.

"Sebab aku risaukan kau la...apa lagi. Aku dapat tahu Sarah jumpa kau...tampar kau...yang kau tak balas kenapa?Kau biar je dia sakiti kau!?Seriously?"bebel Kayden.

Hera tarik sengih meleretnya. Rasa hendak ketawa kerana berasa sakit hati yang amat sangat. "Oh really?Kau risaukan aku?Such a sweet boyfriend are you..."ucapnya dengan nada menyindir.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now