Bab : 72

1.6K 146 9
                                    

🌷Big Boss🌷

Dua hari selepas Hera sedarkan diri, dia dijaga ioleh maksunya selama seminggu di hospital kemudiannya. Semuanya berjalan lancar seperti tiada apa-apa yang berlaku. Disebabkan Riana sendiri adalah dekan akademi tempat Hera belajar dia yang uruskan semua urusan kelas Hera sepanjang ketidakhadiran anak saudaranya ke kelas.

Kemelut Hera bersama Alan, Joshua dan Que telah reda.

Hal Kolej New West sudahpun reda sewaktu Hera di dalam hospital. Semuanya atas bantuan Riana sendiri yang tolong handle urusan lawsuit dan sebagainya.

Ibubapa Hera masih tidak berkhabar.

Kayden dan kawan-kawannya sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir mereka. Jadi mereka lebih banyak luangkan masa di akademi dan hadiri kelas prep.

Sementara itu, Hera baru hendak discharge dari hospital.

Deru angin musim sejuk bertiup, menyambut Hera sewaktu dia keluar dari pintu Utama hospital. Tangannya naik menguak rambut yang bersepah di sekitar wajah akibat tiupan angin tersebut. Membuatkan dia mendongak ke langit dan nikmati pemandangan cuaca yang cerah walaupun keadaan dingin. Sinar dari cahaya matahari yang memancar di hadang dengan tangan atas dahi. Tetapi tidak lama apabila ada paying yang meneduh atas kepala.

"Kita singgah makan dulu nak?Aunt tak sempat hendak masak kerana terlalu sibuk.."beritahu Riana sewaktu pegang lengan anak saudaranya lalu dipimpin untuk lintas jalan dimana kereta telah di parkir.

Hera jalan dengan kepala di tundukkan ke bawah. Melihat langkahnya dengan renungan kosong. Dia tertanya-tanya adakah sepanjang waktu dia sakit ibubapanya pernah tak fikir tentang diri dia?

"Oh."tiba-tiba Riana berhenti mengejut.

Kepala Hera pun tersentak, dia angkat kepala untuk pandang ke depan lalu terpandang dua orang lelaki bersut di depan. Dua orang sedang berdiri di tepi kereta maksunya dengan tangan di belakang badan.

"Siapa tu?"tanya Hera yang tiba-tiba rasa awas dengan kehadiran mereka. Dia eratkan pelukannya pada lengan maksunya.

"Itu...kamu tak ingat?"tanya Riana semasa palingkan kepala ke sisi dan menyambung langkahnya menuju ke arah dua orang bersut itu.

Kening Hera berkerut. "Siapa?"

"Peguam Alastair. Penasihat dan peguam keluarga datuk kamu."beritahu Riana. "Rasanya kamu ada temui dia sewaktu datuk kamu masih ada"beritahunya sebelum pandang ke depan dan menyapa lelaki bersut di situ. "Encik Alastair...apa yang encik buat di sini?Kenapa tak call dulu kalau nak jumpa."

Hera di sisi hanya diam memandang lelaki asing di depannya ketika itu buat seketika. Dari atas ke bawah dia tilik.

Lelaki berjambang nipis di sekitar wajah itu beri senyuman manis lalu beri tunduk hormat pada dua orang wanita di depannya. "Maaf kerana datang mengejut begini. Saya ke sini pun selepas dapat tahu Cik Hera masuk hospital."jawabnya sebelum pandang Hera pula. "Maaf kerana lewat cik muda."ucapnya sekali lagi tundukkan kepala.

Tiada balasan dari Hera, dia hanya diam memandang hairan akan mereka berdua di depannya ketika itu. Sesuatu beritahu dia, kehadiran mereka berdua ke sini bukan hendak menyampai berita baik atau sesuatu yang menggembirakan.

"Kami datang atas satu tujuan."kata lelaki kedua. "Ianya mengenai mendiang Tuan Abraham sendiri."

Kening Hera terangkat. Dia turunkan tangannya dari lengan Riana lalu berdiri tegak. "Adakah ayah saya sudah mendapat petisyen untuk pelucutan hak warisan saya?"tanya dia serta merta.

Peguam Alastair tersenyum mendengar soalan itu. "Tidak Cik Hera. Kami datang untuk menyerahkan surat kuasa."

Mulut Riana terbuka sedikit kerana tergamam. "Oh my god.."lafaznya dengan perlahan, tangan berjamnya di angkat. Lalu di lihat digit yang ada di jam tangannya. 25 November! Menyedari yang dia terlupa sesuatu, kepalanya di paling semula ke Hera. Dia terlupa!

"Surat kuasa untuk apa?"tanya Hera memandang silih ganti dua lelaki itu.

Peguam Alastair berikan senyuman manis, tetapi renungan di matanya jelas, ada muslihat disebaliknya. "Rasanya Cik Hera lupa hari ini hari apa.."beritahu dia bernada mesra.

Ih!Mata Hera naik turun pelik, dia buat muka. "Memangnya hari ni ada apa?"nak main soal-soal pulak. "Cakap je la terus.."

Lelaki kedua di sebelah Peguam Alastiair bersuara. "25 November, hari lahir cik yang ke 18 tahun. Bermakna cik sudah bergelar dewasa. Dengan itu secara rasmi penguatkuasaan hak pewarisan sepenuh bermula lewat tengah malam tadi."beritahu dia.

Peguam Alastair mengangguk kepala. "Itu bermakna Cik Hera adalah pemilik rasmi asset milik keluarga datuk cik dan sama dengannya."sambut dia pula.

Hera mengedipkan matanya dengan perlahan sebelum tunduk memandang jalan tar di bawah kakinya.

"Segala arahan dan permintaan Cik akan dikuatkuasakan mengikut undang-undang rasmi." sambung Peguam Alastair. "Itu tujuan kami ke sini..mewakili badan hakim dan pengurusan asset mendiang Tuan Abraham."

Tidak tahu hendak beri reaksi apa, Hera pandang ke maksunya. Cuba mencari jawapan di muka itu.

Lantas Riana pun menepuk belakang badan Hera. Dia berkata."Jangan risau. Semuanya akan baik-baik saja."angguknya memberi semangat.

Melihat renungan itu, Hera terus faham apakah yang maksud maksu dia cuba sampaikan kepadanya.

Heh!

Well...well...siapa big boss kali ni...

Menyedari yang dia ada kuasa penuh, sengih jahat terukir di bibir. Hera kerling ke peguam Alastair dengan reaksi innocentnya.












35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now