🌷 Apologize🌷
Ketik!
Ketik!
Ketik!
Bunyi kunci papan laptop kedengaran jelas dalam pejabat yang hening semasa Riana yang khusyuk menaip membalas email penting melibatkan akademinya. matanya gerak kiri ke kanan mengikut setiap butiran huruf yang muncul di skrin monitor.
Sekejap-sekejap ada la Riana kerling ke kertas di sebelah laptopnya.
Tidak lama dia menaip, bunyi ketukan pintu kedengaran.
Riana mengangkat kepala kepala, dia memandnag ke arah pintu dengan kening terangkat sebelum bersuara.
"Masuk.."arahnya.
Pada masa pintu terbuka, mata Riana terus Nampak akan kelibat wanita berbaju kemeja putih dan skinny jean berwajah muram melangkah masuk ke situ. Membuatkan dia bangun dari kerusi kerjanya dengan wajah tergamam.
"Kakak.."sambut Riana kepada Nadia.
Nadia beri senyuman nipis kepada Riana sewaktu melangkah perlahan-lahan ke meja tersebut.
"Apa yang kau buat dekat sini?"tanya Riana kehairanan yang teramat sangat. Biasanya kakaknya ini akan hubungi dia terlebih dahulu sebelum apa-apahal. Melihatkan kemunculan kakaknya kesitu buatkan dia akan taken aback buat seketika.
"Aku tak mengganggu kau?"tanya Nadia selepas berdiri di depan meja itu menghadap Riana.
Riana menggeleng kepala perlahan. Dia memandang pelik ke Nadia semasa mengaju tangan ke kerusi di depannya itu. "Apa yang dah berlaku?Kenapa kau ada dekat sini?"soalnya sambil tu.
Mata Nadia pun gerak ke kerusi itu. Dia Tarik sedikit ke belakang sebelum ambil tempat menyelesakan diri di situ. "Kenapa?Tak boleh ke aku datang ke sini?"selorohnya sambil tu.
"Tak ada la..cuma aku pelik. Jarang kau jenguk aku..biasanya kau call tak pun video call je. Sekali pun kau datang hantar Hera hari tu pun tak pamitan dengan aku terlebih dahulu...mesti la aku terkejut bila kau munculkan diri macam ni.."beritahu Riana dengan bersahaja.
Nadia tersenyum, dia tunduk bermain dengan tali beg tangannya semasa berkata. "Kau cakap macam aku ni jahat sangat pulak.."
Dengusan mengejek lepas dari Riana tanpa di rancang. "Sedar pun diri kau tu macam mana, sedangkan masa papa meninggal dunia pun kau tak pernah datang sebab projek runaway kau tu...ni kan lagi nak jenguk adik yang kau dah buang"selorohnya hampir hendak ketawa di situ. ,
Sakit hati Nadia bila dengan bait-bait kata Riana yang seperti bilah pedang menikam jantungnya berkali-kali. Sambil mengetap bibir tahan diri dari menangi, dia pandang Riana dengan renungan serba salah. "Ya...aku tahu aku jahat..aku sedar aku ni seorang anak, kakak, isteridan ibu yang tak guna...sebab itu Nathan ceraikan aku"luahnya dengan sebak.
Riana terpempan, dia pandang tak percaya ke kakaknya. "Apa?Cerai?Nathan dah ceraikan kau?"soalnya dengan nada tergamam yang amat.
Nadia mengangguk kepala sambil tersenyum kelat.
"Nathan ceraikan aku dan segalanya telah dirampas dari aku...rumah, harta dan segalanya...sebab nak bayar semula denda yang Nathan hutang dengan mahkamah. Dia tinggalkan ,aku lepas apa yang aku dah buat untuk dia Riana.."nangis nadia dengan sebak.
Kening Riana mencerun susah hati melihat keadaan sedih kakaknya itu.Iyalah...nama pun malang tak berbau. Benda nak berlaku, tiada siapa yang tahu bila akan terjadi!
"Jangan la sedih...kau ada aku kan...aku boleh jaga kau.."beritahu Riana mahu memujuk.
Sambil menyeka air matanya, Nadia menggeleng kepala dengan lemah sekali. "Aku datang nak jumpa Hera...aku nak minta maaf pada dia di atas semua kesilapan aku terhadap dia...aku nak dia tahu aku menyesal sakiti dia dengan abaikan diri dia macam tu...izinkan aku bertemu dengan hera semula Rian..."
Mendengar permintaan itu buatkan kerutan di kening Riana semakin bertambah. Dia mengetap gigi menahan sabar. "Untuk apa lagi kau jumpa dia...kalau kata maaf tu boleh pulihkan semula keadaan, sudah lama semua ini berhenti"
"Aku tahu..sebab itu aku nak mintak maaf pada Hera..tolong la Rian...aku nak anak aku semula...aku nak minta ampun pada dia..."nangis Nadia dengan terdesak sekali.
Buat seketika Riana tidak berkata apa-apa. Dia diam termenung memandang skrin laptopnya cuba mencari keputusan untuk bersetuju dengan permintaan itu.
"Fine...aku panggilkan Hera ke sini.."beritahu Riana dengan nada mengalah. Dia tahu dia patut halang Nadia dari bertemu Hera, tapi tak kira apa sekalipun situasinya, Nadia tetap ibu kandung Hera. Dan Hera yang berhak buat semua keputusan ni.
Sambil teresak-esak Nadia pandang Riana. "Terima kasih Rian...aku berhutang budi dengan kau..."
Riana kemudiannya mencapai gagang telefon pejabatnya. Dia hubungi bahagian admin untuk buat announcement buatnya supaya anak saudaranya ke pejabatnya.
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Teen Fiction"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...