Bab : 35

1.7K 158 1
                                    

🌷Sekelas🌷

"Kau dah tengok kasut edisi terhad yang terbaru tu?"tanya Joshua semasa tunduk memandang skrin telefon.

Alan di sebelah sedang terkekek melihat video tiktok di sebelah. "Dah...siap order lagi tu.."balasnya sambil tu.

Joshua yang sedang bersandar malas di kerusi terus tegak menghadapkan badan ke Alan. "What?Asal tak beritahu?Aku baru nak ajak kau order sekali dengan aku?"soalnya dengan nada tak percaya.

Dua orang itu duduk kelas yang sama. Sedang menunggu pensyarah mereka masuk ketika itu. Selain mereka ada juga pelajar lain di situ. Semua di situ pun sibukkan diri dengan telefon atau berborak sesama mereka. Tidak senyap tidak bising, hanya sederhana sibuk.

Kepala Alan pun berpaling, dia pandang Joshua dengan kening terangkat. Elok dia hendak buka mulut mahu bersuara, terus terkatup semula sewaktu mata dia teralih secara automatic ke pintu masuk kelas itu. Gadis bersanggul dan kemas mengenakan uniform di badan sedang berdiri di situ memandang sekeliling sebelum bertemu mata dengan dia.

"Sh*t!"sebut Alan dengan perlahan.

"Kenapa?"Joshua tersentak. Dia ikut palingkan kepala arah pintu kelas mereka. Lalu terpandang orang yang sama. Dan tunjuk ekpresi terkejut yang seiras seperti Alan. "What the hell?"

Hera yang bertentang mata dengan Alan dan Joshua hampir mencarut dekat situ sebab terperanjat. Tak sangka ya. Kecil sunggu dunia ini. Pusing-pusing mana orang yang sama juga dia temui. Lantak la situ. Bersama perasaan berserahnya, Hera melangkah masuk ke dalam kelas itu. Matanya pada masa itu mencari kerusi kosong, lepas Nampak terus dia duduk di tempat itu.

Kepala Alan dan Joshua ikut bergerak mengekori langkah Hera seakan baru melihat hantu.

"Dia sekelas dengan kita?"

"Kau rasa?"

"Asal dia ke sini?"

"Pergi la tanya dia.."

"Asal aku pulak?"

"Kan kau nak tahu.."

"Aku tanya kau kan...bukannya aku nak tahu.."

"Apa bezanya.."

"Isy..kau ni!Back hand nanti baru tau!"

Dua sahabat itu saling menunding jari ke antara satu sama lain siapa yang patut bertanya dahulu. Sehingga pensyarah berjalan masuk ke dalam kelas itu tidak lama kemudian. Bila pensyarah berdiri di depan kelas, semua pelajar dalam kelas tersebut serta merta mendiamkan diri dan cepat-cepat duduk di tempat masing-masing.

"Selamat petang semua.."sapa pensyarah lelaki di depan kelas itu sewaktu menilik wajah pelajarnya yang ada di kelas itu.

"Selamat petang sir.."sambut pelajar-pelajar di situ dengan malas.

Apabila pensyarah itu Nampak akan kelibat Hera di tempat duduk di situ, baru la dia tunduk membuka buku teks untuk mulakan pengajaran. "Baik buka muka surat 25, kita sambung topik 2.2."beritahunya.

Hera tidak susah payah hendak buka buka teksnya. Dia hanya termenung menopang dagu dengan tangan kanannya yang di letakkan atas meja lalu lemparkan pandangan ke arah jendela yang berjarak dua meja dari tempat dia berada. Tertarik dengan pemandangan langit biru tidak berawan, dia tenggelam dengan menungnya. Sama sekali tidak mendengar apa yang disampaikan oleh pensyarah di hadapan kelas ketika itu.

Sementara Joshua di meja belakang barisan tiga sebelah barisan meja Hera, perhatikan Hera dengan lama. Meneliti tepi wajah dan kepala berambut hitam berkilat itu tanpa berkedip. Dia ingin tahu, kenapa Hera boleh berada di sini...dan betul ke berita yang dia baca tempoh hari mengenai kejadian yang menimpa Cassandra hari tu?

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now