🌷Amat Menyeksakan🌷
Sambil tunduk menunggu makanan di letakkan dalam dulang makanan, Hera termenung pandang belakang badan orang di depannya ketika itu. Dia kedipkan mata sekali sekala dengan perlahan dan cuba untuk tidak memikirkan apa-apa. Sedangkan dalam kepala dia pelbagai perkara minta di fikirkan.
"Boo!"muncul satu kepala dari tepi kepalanya dengan tiba-tiba.
Tersentak dengan itu, Hera terus palingkan mukanya ke kiri lantas buatkan dia hampir saja hendak kiss orang di tepinya itu. Menyedari akan hal itu baru la dia kebelakangkan sedikit kepalanya.
Disebelah Hera itu, tersengihnya Joshua. "Hey..menung lagi ke?Tak habis-habis menung sejak dalam kelas tadi?"tegurnya sewaktu menjauhkan kepalanya dari Hera.
Tidak mempedulikan lelaki itu, Hera kembali memandang ke depan, tepat pada masa gilirannya untuk dapatkan makanan. Dulangnya yang kosong di hulurkan ke lubang kaunter di depannya. Lantas makanan mula di letakkan satu persatu dengan kemas dalam dulangnya. Dia perhatikan ia dengan minat.
Joshua dekat belakang sudah berdiri merapat hingga buatkan dadanya sekejap-sekejap berselisih dengan belakang badan Hera. "Hei...esok sabtu..kau busy?Nak lepak sama dekat funfair?"dia jengah kepala ke sisi Hera sambil hulur dulang ke makcik kafe belakang kaunter itu. Langsung tidak peduli makanan apa yang diletakkan dalam tu.
"Malas."jawab Hera dengan mendatar yang hendak mula bergerak keluar dari barisan apabila gilirannya selesai. Langkahnya kemudian di atur ke arah meja-meja yang ada di ruangan makan pula.
Joshua dekat belakang dengan tidak sabar, tinggalkan apa saja yang ada di situ lalu bawa dulang dia tidak terisi dengan makanan yang lengkap bersama sewaktu mendampingi Hera di sisi. "Alah jom la...sekali dengan Alan...Que pun. Macam dulu-dulu.."kata dia semasa berdiri di hadapan Hera pula.
Bila Joshua berdiri dekat depan laluannya, hal itu buatkan Hera berhenti melangkah. Dia berdiri di situ menghadap Joshua dengan muka malas tidak berminat dia. Berkira-kira apa la yang dia perlu katakan supaya lelaki ini berhenti menganggu dia.
Sementara Joshua tersengih-sengih seperti kambing berjanggut. "Jom la.."ajaknya lagi. "Guarantee kau happy punya!"dengan bersemangat dia berkata.
Buat seketika Hera hanya diam memandang wajah ceria Joshua. Cemburu dia bila tengok Joshua. Yalah, tiada masalah yang perlu di fikirkan, tiada perasaan yang perlu di tanggung. Carefree dan bahagia sebab ada parents yang supportive. Tidak seperti dia! "Jangan ganggu aku Joshua."beritahu dia semasa jalan ke tepi lelaki itu dan maju ke hadapan. Tiada kata-kata yang dapat dia beritahu lagi. Sebab memang tak kuasa nak menghadap!
Jenis yang tidak mengerti mengalah apatah lagi faham bahasa seperti Joshua, lelaki itu malah merampas dulang makanan Hera dengan tiba-tiba. Lalu di bawa jauh dari gadis itu.
"Hei!"sentak Hera kerana terkejut. Tumpah pula nanti makanan dia tu!
"Say yes please..."ugut Joshua sambil bawa dulang Hera jauh ke tepi supaya gadis itu tidak menggapainya.
Sambil membuat muka jengkel, Hera dekati Joshua lalu hulur tangan mahu mencapai dulang itu. Tetapi lelaki itu malah menjauhkannya dari dia. "Bagi la..jangan nak jadi sengal boleh tak?"cemberut dia dengan kening berkerut.
Joshua ketawa, dia pandang Hera yang kini berada rapat depannya ketika itu. "Setuju dulu baru aku bagiplease"
Isy!"Seriously?"tanya Hera dengan muka tak percaya.
"Yup...serius."angguk Joshua dengan kening terangkat tinggi tidak sabar.
Pada masa itu la, Hera perasan dari ekor matanya kelibat sekumpulan pelajar berkot sedang jalan dari tepi mereka ketika itu. Masih dalam kedudukan tangan dia masih memegang lengan Joshua, kepalanya di paling ke tepi sebab tergerak hati nak tengok. Sekali, lepas Hera palingkan kepala, dia terus buat muka 'oh sh*t' lepas nampak.
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Fiksi Remaja"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...