Bab : 56

1.6K 156 14
                                    

🌷Geng Perfect Club🌷

Telefon dicapai dari tepi laptop sebelum dia mendail nombor itu. Beberapa nada dail kedengaran sekejap sebelum ia di angkat.

"Hello? Jabatan Polis... apa kecemasan anda?" sapa suara dari telefon itu.

Dia yang dengar suara itu pandang tekad ke gambar lama dia sewaktu bercinta dua tahun yang lalu.  Melihat betapa gembiranya dia ketika itu buatkan dia nekad untuk lakukan semua ini. Untuk kurangkan rasa serba salahnya selama ini.

"Saya ada laporan mengenai kes pelajar menagih dadah dan aniaya... "beritahu dia sambil usap permukaan kaca di bingkai gambar itu.

Mengingatkan semula perbualan Natalia dan rakan gadis itu buatkan dia sedar bahawa selama ini dia telah sakiti orang yang cuba melindungi dirinya.  Dan tanpa sedar rupanya dia masih belum move on dari perasaannya itu.

"Que... mama tanya ni... dengar tak?"sentak mamanya tiba-tiba.

Que yang sedang termenung memandang ikan yang berenang-renang dalam akurium itu tersentak. Dia gerakkan matanya ke ibunya itu.

"Apa mama tanya?"

Dekan Deena berkerut kening tak faham. "Mama tanya kenapa kamu tiba-tiba minta pindah? Adakah kerana kes Natalia?"

Que pandang semula ke ikan di dalam akuarium bersebelahan dengannya ketika itu. Dia tak tahu nak terangkan macam mana pada mamanya.

"Kenapa kamu tiba-tiba mahu pindah... mama rasa kamu okey sahaja di sini dan prestasi kamu juga cemerlang...mama tak nampak apapun masalah di kolej hingga buatkan kamu perlu berpindah. "

Sebab dia rasa serba salah. "Sebab Que nak." jawabnya dengan mendatar. Hela nafas kesalnya lepas dari bibir. Betapa bengang dan berangnya dia saat ini.

Kenapa semua ini boleh terjadi!?

Perbualan di dalam bilik mandi pasukan ragbi pelajar lelaki tempoh hari masih bermain-main dalam kepalanya seperti kaset. 

Ahli pasukan yang selama ini dia sangka adalah sahabat seperjuangannya adalah orang yang bertanggungjawab perpecahan geng dia. Dalang putusnya persahabatan dia.

Betapa remuk redamnya hati lelakinya ini. Mahu menangis pun ada!

"Hahah.... wah... sekarang... lapang la kita.. tak adalah penghalang kita lepas ni.. "

"Apa maksud kau...?"

"Yalah... Geng Perfect Club tu dah tak ada lagi... Hera Xiana... Joshua Eden... Alan Noah... dan sekarang tunggu Que Andrea pulak di hapuskan..."

"Maksudnya lepas ni kita boleh buat peraturan kita sendiri.. kau tahu la... Kalau Hera dengan geng dia ada dekat kolej ni,  kita tak boleh buat peraturan sendiri... "

"Yalah... susah payah aku fitnah hubungan Hera dengan dia hari tu... kalau tak mesti dia orang berdua masih bersama..."

"Hei... rancangan kau tak segempak aku punya la... aku siap upah orang untuk cari gaduh dengan Alan dan Joshua di kelab malam hari tu sampai video pergaduhan mereka tersebar.  Kau tahu siapa yang dia orang salahkan? Hera...hah bayangkan geng yang dulu terkenal dengan keakraban mereka musnah macam tu je..."

"Hahahah... kelakar wei masa dia orang bertiga bertumbuk dekat hallway hari tu....kalau dia tahu yang laporkan hal di kelab malam tu aku agaknya meroyan mungkin dia orang bertiga tu... "

"Good plan.... kill two bird with one stone.. "

"Okay... let say kamu nak pindah... ke mana kamu mahu pindah?"tanya Dekan Deena sambil berkerut kening tidak suka dengan permintaan anaknya yang satu ini.

"Royal High."jawab Que dengan perlahan. Dia dapat tahu dari ibubapa Alan dan Joshua yang mereka dipindahkan ke situ. Tentang Hera dia tak dapat nak kesan kerana tiada kenalan rapat Hera yang dia boleh hubungi.

"Akademi? Kenapa akademi? Keputusan dan kelayakan kamu ni boleh bawa kamu masuk. ke Universiti Oxford kamu tahu?Kenapa Akademi pula?Apa yang kamu nak ambil... bidang major mereka tidak seberapa luas seperti tahap kolej dan universiti...."

Que tidak menjawab. Sebab niat dia adalah hendak menemui Alan dan Joshua. Meminta maaf kepada mereka kerana gagal untuk menjadi sahabat yang baik.  Dia tidak cuba pertahankan Alan,  Joshua dan Hera sewaktu mereka dalam kesusahan kerana ingin menjaga imejnya sendiri.

Dan sekarang dia dah belajar,  bukan semua yang sokong dan agungkan dia perlukan dirinya. Dan bukan semuanya kawan yang dia ada ialah kawan yang sebenar-benarnya huat dia. Paling penting.... dia hanya mahukan sahabat baiknya semula sahaja.

"Que... adakah kamu buat semua ni kerana Hera? Selepas kamu dapat tahu siapa Hera sebenarnya... sebab itu ke kamu hendak berpindah?"tanya Dekan Deena lagi pada anaknya itu.

Que menggeleng kepala.  "Bukanlah... Que buat semua ni sebab ini bukan tempat Que... dekat sini tak ada siapa yang perlukan Que sepertimana Alan, Joshua dan Hera buat.... Que cuma nak tukar enviroment. Que harap mama tak kisah."jelasnya dengan mendatar tanpa memandang Dekan Deena.

Dekan Deena yang melihat sikap acuh tak acuh Que tidak dapat menidakkan permintaan anaknya. Sebagai seorang ibu dia hanya mahukan Que gembira dan senang hati. Selebihnya dia letak ke tepi. Asalkan Que happy apa saja dia akan lakukan.

"Baiklah... kalau itu yang kamu mahukan... Mama akan uruskannya secepat mungkin. Kamu buat la apa yang terbaik untuk diri kamu. Mama sokong kamu dari belakang... "
beritahunya.

Mendengar kata-kata itu,  Que pun palingkan kepala. Beri senyuman terima kasih pada mamanya. Dia janji dia akan pulihkan semula keadaan seperti dua tahun yang lalu.

Sewaktu dia, Hera,  Alan dan Joshua bersahabat baik dan geng paling berpengaruh dalam socialite mereka.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now