Bab : 26

1.7K 181 2
                                    

🌷Kecewa🌷

Buku-buku tebal di atas kaunter di pandang dengan muka tercengang.

Rasa macam hendak lari sahaja bila melihatkan timbunan buku-buku itu.

Selepas membuat bayaran mereka kemudiannya berllau terus ke kereta dan pulang ke rumah. Penuh seat belakang kereta dengan pakaian dan kasut serta semua kelengkapan baru untuk ke akademi nanti.

Hera melepaskan keluhan Panjang sewaktu toleh memandang ke belakang seat sebelum pandang ke depan. Melihat jalan raya. "Banyaknya.."kata dia apabila menyedari begitu banyak sekali mereka membeli barang.

"Hm?Banyak ke?Aunt tak rasa banyak ni pun masa kita shopping tadi?"tanya Riana sewaktu memandang ke depan.

Hera pun palingkan kepala, memandang bosan ke tepi muka maksunya ketika itu. Tak banyak tang mana?Sampai penuh seat belakang kereta ni hah! "Seriously?"tanya dia.

Riana ketawa kecil sebelum tersenyum senang. "Mungkin sebab seronok sangat belanja dengan kamu agaknya sampai aunt sendiri tak sedar.Mungkin ini agaknya yang di rasakan oleh ibu-ibu di luar sana sewaktu keluar dengan anak mereka. Seronok sampai lupa."

Mendengar kata-kata itu, Hera hanya mendiamkan diri. Pandangannya dilemparkan ke arah jalan sebelum menoleh ke kiri. Melihat pemandangan luar dari tingkap kereta itu.

"Kamu pasti rajin keluar shopping dengan mama kamu kan."Riana menoleh seketika.

Hera tidak menjawab. Masih terasa dengan apa yang berlaku dan tindakan yang ibubapa dia lakukan terhadap dirinya. Soalan maksunya itu buatkan dia teringat akan memori dimana dia sama sekali tidak pernah keluar shopping dengan mama atau sekeluarga. Parents dia terlalu sibuk mencari duit dan bercuti dengan klien masing-masing. Diri dia ini hanya ibarat persinggahan sementara mereka. Nak jumpa mereka temui dia, kalau tidak ingat ada anak, mereka berdua lupa.

Dia sudah biasa dengan perasaan terkilan ni.

Kebisuan Hera buatkan Riana kehairanan. Dia kerling sekejap-sekejap ke Hera di sebelahnya waktu itu. Mula terfikir yang dia telah salah cakap lagi, rasa serba salah datang menerpa.

"Sorry...aunty kalau buat kamu murung lagi"katanya. Haih...entah apa-apa saja la yang kakak dan abang ipar dia telah lakukan terhadap anak buahnya ini?Kenapa la parah sangat keadaannya?

"It's okay..I'm fine.."balas Hera dengan perlahan. "kalau aunty nak tahu, Hera tak pernah luangkan masa dengan papa atau mama untuk masa yang lama. Kami jarang makan bersama apatah lagi berborak. Apa yang Hera ingat setiap kali kami bertiga berkumpul, pasti pertengkaran yang terjadi."cerita dia.

Terketap bibir Riana selepas itu, Dia pandang serba salah ke jalan raya di depannya itu.

"Mama tak pernah peduli untuk keluar shopping dengan Hera sebab dia sediakan semuanya tanpa bertanya pendapat Hera, papa terlampau busy dengan spare part dia dan klien berharganya."Hera termenung memandang ke depan. "Mereka tiada masa yang cukup untuk Hera...sebab itu hanya timbulkan masalah sahaja dapat Tarik perhatian mereka untuk pedulikan Hera.."

Riana tersentak, dia palingkan kepala ke sisi dengan air muka tergamamnya sewaktu kereta yang mereka naiki itu berhenti di depan lampu isyarat merah. "Hera..kamu-"

"Kelakar kan...anak orang lain happy je dapat perhatian parents mereka tanpa timbulkan masalah atau bersusah payah...tapi Hera perlu menderita dulu untuk dapatkan perhatian dari mama dengan papa..."kata dia sebelum tersenyum sedih. Hera topang tangannya ke tingkap kereta itu dan termenung memandang keluar.

Tangan Riana terus bergerak memegang bilah bahu Hera untuk diramasnya memberi sokongan. "Maafkan aunt sebab lambat datang cari kamu"ucapnya.

Hera pandang keluar Bersama air mata menitis turun dari mata kirinya terlebih dahulu. Dia tak suka menangis, tapi ada masa tu dia sendiri tak boleh nak halang diri dia dari terus bersedih.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now