🌷Janji🌷
Hanya tinggal beberapa minggu sahaja peperiksaan untuk pelajar tahun akhir akan berlangsung. Kebanyakkan pelajar senior mulai sibuk dengan persiapan dan persediaan mereka seperti selesaikan kerja kursus, projek, hadiri kelas prep tanpa henti dan sebagainya.
Dan disamping itu ramai juga yang meluangkan masa di akademi gara-gara musim sejuk yang melanda. Membuatkan mereka tidak berminat hendak melakukan sebarang aktiviti luar dari akademi. Ramainya lebih prefer duduk di dalam tidak berbuat apa-apa.
Di dalam perpustakaan, pelajar rata-ratanya sibuk menelaah dan suasaan senyap di situ memberikan mereka ruang untuk beri perhatian sepenuhnya tanpa rasa terganggu. Ramai-ramai pelajar di situ, kelihatan Hera sedang duduk di satu sudut hujung perpustakaan bersila di situ membaca buku.
Mungkin terlalu khusyuk, seseorang menghampiri dari belakang seperti pencuri, tiada bunyi tiada kelibat, tiba-tiba sahaja dua pensel kayu yang tercacak dalam sanggulan rambut Hera ketika itu di Tarik. Mengakibatkan rambut Panjang hitamnya jatuh mengurai ke belakang badan dan tepi muka.
Hera pun mengangkat kepala dia untuk pandang ke belakang, sambil pegang kepalanya, dia berkerut kepala dan pandang ke atasnya dengan muka tak puas hati. "Hei...apa ni!"marahnya pada Kayden ketika itu. Dia gerak mahu merampas pensel itu dari tangan Kayden, namun lelaki itu menjauhkan tangan darinya. Geram punya pasal, perut itu di pukulnya. "Kau dah kenapa.."
Kayden tersenyum, dia pun gerak untuk duduk melunjur sama dengan Hera di atas lantai tersebut. Rapat dan dekat. Seusai dia duduk, dia bawa Hera ke celah kakinya lalu melingkarkan kaki ke sekeliling kaki Hera. "Kenapa tak angkat call?"bisiknya di tepi muka Hera.
Kerimasan dengan rambutnya, Hera selak rambut ke belakang telinga dengan marah lalu dengan geram tarik begnya untuk keluarkan telefon. Sebaik sahaja di keluarkan dia lihat ke skrin dan mendapati dia telah setkan phone kepada silent mode. Memang tak la dia nak dengar! Sambil buat muka, skrin itu di tala ke depan muka Kayde.
"Kau rasa kenapa aku tak jawab call kau tu?"bisik Hera dengan perlahan.
Kayden pandang ke skrin telefon Hera sekejap, sebab sepantas itu Hera jauhkan telefon itu untuk di simpan ke dalam beg semula.
Lantas Hera menyelak rambutnya ke sebelah bahu kembali tunduk membaca bukunya.
Melihat tindakan Hera, Kayden tersengih nakal. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Hera lalu berbisik manja. "I miss you.."ucapnya dengan jujur. Disebabkan mereka berdua sibuk dengan kelas masing-masing dan persiapan peperiksaan, susah sedikit hendak berjumpa kerana tiada kelapangan. "Kau tak rindu aku ke?"tanya dia sebelum mengucup tepi dahi Hera dengan lembut beberapa kali.
Tidak menghalang tindakan itu, Hera hanya menulis dan mencatat isi penting dari buku bacaannya ke dalam buku notanya. "Rindu apanya...kau baru je jumpa aku tiga jam lepas"beritahunya tanpa memandang Kayden ketika itu.
"Alah..nak manja sikit pun tak boleh."rajuk Kayden.
"Jangan nak mengada. Back hand kau nanti."beritahu Hera dengan bersahaja.
"So..Nampaknya semuanya dah settle. Mama kau Bersama dengan kau, kau dah jadi pewaris datuk kau, papa kau dah kena hukuman setimpal, isu kau dengan Que dan geng kau dah selesai...kita dah berbaik..lepas ni apa rancangan kau?"tanya Kayden. Jari Kayden ketika itu bermain dengan hujung rambut Hera. Dia pintal-pintal rambut itu sehingga menjadi kerinting. Tepi muka Hera di pandang dengan minat.
Hela nafas Panjang di lepaskan Hela. Dia berhenti dari melakukan kerja. Termenung sekejap memandang buku dia. Ya, semua dah selesai. Dan dia harap semuanya akan berjalan lancar selepas ini. "Buat apa lagi, belajar betul-betul dan sambung pengajian la...aku kena handle company dan keluarga aku dengan baik..kalau aku tak berpelajaran orang akan pandang rendah pada aku nanti."
"Siapa?"
"Sesiapa lah"
Satu kucupan lagi hinggap di tepi pipi Hera pula oleh Kayden. Dia usap belakang badan tu dengan perlahan. Dia faham apa yang Hera rasakan. "It's okay..kalau orang pandang rendah dekat kau, aku sentiasa ada dekat belakang kau.."sokongnya. "Jangan risau ya.."
Hera ketawa kecil. Dia kembali menyambung tulisnya. Dia tak risau. Cuma dia tak nak masalah cari dia lagi. Apa dia mahu adalah kehidupan dia kembali pada sedia kala. Tanpa rasa tertekan. "Terima kasih."ucapnya dengan perlahan.
Dan mereka berdua diam buat seketika tanpa berkata apa-apa. Diam yang tenang. Namun tidak lama. Kayden yang jenisnya memang tak reti nak duduk diam bersuara terlebih dahulu.
"Lepas ni aku akan jarang jumpa kau...sebab exam dah dekat dengan pemilihan pemain lagisebelum apa-apahal aku nak lelama sikit dengan kau."bicaranya Sewaktu Hera Hera sedang mencatat. Gadis itu mengangguk kepala tanpa berkata apa-apa. "Disebabkan tu aku call kau...tapi kau tak angkat.nasib baik ada yang Nampak kau ke sini..kalau tak jenuh nak mencari.."Tangan kiri Kayden naik melingkar sekeliling pinggang Hera sementara sebelah tangan lagi di rehatkan pada lututnya yang di tegakkan depan Hera ketika itu.
"Ada apa kau cari aku?"tanya Hera semasa membelek buku lain. Di selak satu persatu helaian buku itu.
"Masa aku exam...biasanya aku focus 100%. Jadi nak jumpa kau tu memang tak la kan..lagipun aku kena dapatkan result yang baik untuk diterima ke university nanti.."
"Elok la tu.."balas Hera acuh tak acuh.
"Sebab tu.."Kayden mencapai dagu Hera, memusingkan wajah itu menghadapnya agar Hera memandang dia. Lantas cermin mata yang berada di wajah di alihkan. Dia kemudiannya menyengetkan sedikit kepalanya saat mendekati bibir Hera.
Hera mendiamkan diri, dia memandang mata Kayden tanpa berkedip sekalipun. "Apa kau nak buat.."
Kayden tersenyum. "Nak bagi hadiah sebelum menjauh...takut rindu nanti."katanya dengan perlahan.
Mendengar kata-kata itu, Hera ikut tersenyum senang. Dia pun memejamkan mata sebelum pegang belakang kepala Kayden. "Don't worry..aku selalu ada dekat Walaupun jauh dari kau.."ucapnya sambil itu.
Kayden turut memejamkan matanya dan memegang tepi kepala Hera saat bibirnya bertemu dengan bibir Hera. Di dalam hatinya berjanji, sekarang, esok dan sampai bila-bila. Dia akan pertahankan hubungan mereka ini.
~TAMAT~
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
YEEHAA!!!!
Habis jugak akhirnya!
So time untuk buat cerita baru pulak.
Ready tak Buddies Novelplus!
Lama tak publish cerita dekat situ. Dah sebulan lebih rasanya.
Tinta nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah follow cerita ini dari awal hingga akhir. Sebab awak semua, saya tak berhenti berkarya. Ingat tu. Kalau tak ada support maybe saya tak berkarya hingga sebanyak ni.
Keep reading.
Keep voting.
Tinta gonna keep writing!
That it from me!
See you at the next book everyone!
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Novela Juvenil"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...