Bab : 90

1.8K 154 4
                                    

🌷Getting Back Together🌷

"Apa ni...hei!Lepas la!"renggut Hera yang menarik-narik tangannya dari cengkaman Kayden sambil memandang geram ke arahnya.

Kayden tarik Hera dan hadapkan Hera kepadanya. Mereka berdua kini berada di laman belakang akademi. Jauh dari perhatian orang lain.

"Sakit?Kau tahu apa tu sakit?"tengking Kayden dengan nafas naik turun kejengkelan. Giginya saling berlaga antara satu sama lain kerana begitu berang.

Kening Hera mencerun, dia menggigit bawah bibir sewaktu mengurut-ngurut kesan cengkaman Kayden tadi. "Kau dah kenapa?Nak menengking-nengking aku!Ingat sikit. Kita dah tak ada apa-apa!"balasnya pula.

Kayden memegang kedua-dua belah lengah Hera, dia menggoncang badan itu beberapa kali. "Kau tu yang kenapa?Bila masa aku setuju dengan kata-kata kau putuskan hubungan kita...kau tak bagi aku jelaskan keadaan sebenar dekat kau!"

"Terangkan apa lagi!?"Hera dengan kasar tepis kedua-dua tangan Kayden dan maju ke belakang menjarakkan diri. "Aku tak nak dengar apa-apa dari kau!Entah penipuan apa lagi yang kau akan keluarkan dari mulut tak guna kau tu!"marahnya sekuat hati.

Kayden mahu mendekati Hera, tetapi setiap kali dia berbuat begitu, Hera mengundur ke belakang. "Aku tahu kau marah...kau nak marah...marah la maki semahu kau..tapi dengar penjelasan aku.."mintanya sambil melangkah ke depan.

"Jauhkan diri kau dari aku..!"tegah Hera bila dia nampak Kayden tidak tunjuk tanda untuk berhenti dari mendekatinya.

"Tak..aku tak boleh nak buat macam tu..." pandang Kayden dengan renungan penuh amarannya. "Aku nak kau tahu...memang betul aku dekati kau sebab nak deal dari dekan..tapi semua tu sebelum aku jumpa kau...kenal kau...aku tak tahu kau macam mana sebelum tu...sebab itu aku terima...tapi lepas aku tahu yang aku sukakan dekat kau-"

Kaki Hera melangkah selangkah demi selangkah setiap kali tangan Kayden hampir mahu menyentuhnya. "Tipu!semua orang dekati aku untuk ambil kesempatan di atas kesenangan aku!Kau tak sukakan aku...itu bukan perasaan suka tapi sebab kau kesiankan!"bidasnya dengan bersungguh.

Kayden berkerut kening. Dia berasa frust dengan Hera yang tidak berhenti dari menjarakkan darinya. "Please...percayakan dekat aku..."dia buka kedua-dua tangan mahu mencapai lengan Hera. "Aku tak terima semua deal yang dekan berikan pada aku...aku dah tolak semua tu...Hera, aku betul-betul menyesal sebab buat keputusan tanpa fikir tentang perasaan kau...jadi jangan la marahkan aku lagi.."

Mata Hera pandang kedua-dua tangan Kayden yang seakan mahu memeluknya dengan renungan kebingungan. Dan bila dia bertentang mata dengan kayden, dadanya menjadi sesak semula. "No!Jangan dekat dengan aku!"kalut tidak tahu hendak buat apa. terus dia tunduk mengutip salji yang ada di bawah kaki lalu di lempar ke arah Kayden.

Serpihan salji itu mengenai kot dan wajah Kayden dengan tepat sekali, tapi lelaki itu tidak mahu juga mengalah, dia terus maju kedepan. "Stop itu Hera!"

"Aku bencikan kau!Aku fikir kau ambil berat dekat aku sebab kau memang kisah pasal aku!Aku percayakan kau!Tapi kau khianati kepercayaan aku!"marah Hera yang tanpa henti mengumpul semua salji di situ dan di lempar ke Kayden.

Kayden hadang salji itu dengan lengannya sendiri dengan cekap. "Berhenti Hera!Boleh tak kita bercakap tanpa bertekak dalam suatu masa tu!"marahnya.

Baru la Hera berhenti dari tunduk melempar saljinya. Dia pandang ke arah Kayden yang berjarak tiga langkah saja dari dia ketika itu.

"Tahu pun...Nampak tak kau dengan aku tu tak sehaluan!Yang kau kisah nak get back dengan aku kenapa!"tempik Hera.

Kayden mengerang ke bengangan sambil cengkam rambutnya dengan geram sebelum memandang kesal ke Hera.

"Kan aku dah beritahu...itu sebelum aku kenal siapa kau Hera!"deram Kayden kegeraman. "Lepas aku kenal kau...semua tu berubah. Aku ikhlas ambil berat tentang kau, kisah pasal kau dan sukakan kau bukan sebab aku kesiankan kau!"

"Aku tak sukakan kau!Aku bencikan kau!"Hera menghentak kaki kebengangannya sewaktu mahu beredar dari situ bersama muka merah padam mahu menangisnya.

Enggan berlengah lagi Kayden tangkap lengan Hera dan di cengkam kuat sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

Secara refleks, Hera bergelut hendak lepaskan diri. "Lepaskan aku la!!"kakinya sudah naik mahu menendang lelaki itu.

Kayden yang lebih dominan itu terus pengkes kaki Hera, dalam sekelip mata tubuh Hera hilang keseimbangan sebelum dia gerak hendak terjatuh di atas salji di situ.

"Argh!"teriak Hera sambil cengkam kolar kot bahu Kayden dan buatkan lelaki itu terjatuh menghempap badannya.

BUK!

Dahi mereka saling berlaga.

"Auw!"aduh Hera dan Kayden dengan serentak.

"Get off me!"gelut Hera selepas sober dari jatuhnya. Dia pukul-pukul muka, lengan dan dada Kayden tanpa tujuan.

"Grrr!Stop it Hera!"dera, Kayden yang kalut mendapatkan tangan Hera lalu di perangkap ke tepi kepala itu.

"I hate you!I hate you!Kayden Daniel!I hate you!!"jerit Hera di situ apabila tidak berdaya hendak melawan Kayden yang sudah memerangkap dirinya di atas salji di situ. Sejuk kejung boleh di rasai pada belakang kepala dan badannya ketika itu.

Kayden tidak terkutik bila Hera menjerit di depan mukanya ketika itu. Dia hanya diam menunggu sehingga gadis itu bertenang. Dan seperti yang di jangkanya, Hera diam tidak lama selepas menjerit. "Dah habis?"tanya dia di depan muka Hera. Anak rambutnya jatuh ke bawah, menyapu sekitar dahi dan kening Hera. Jari jemarinya mencengkam erat celah jari jemari Hera.

Bersama nafas naik turun marahnya, kening Hera mencerlung tajam memandang wajah Kayden di atasnya ketika itu. Bawah bibirnya digigit menahan rasa mahu menangisnya. Benci betul la!Patutnya dia marahkan si Kayden ni. Bukan rasa sedih mintak di pujuk macam ni!

Yakin Hera tidak marah lagi, Kayden pun bangun terlebih dahulu sebelum tarik bangun dari situ. Mahu tak mahu Hera terpaksa ikut kerana lengannya di pegang erat.Lantas mereka berdua saling memandang antara satu sama lain buat seketika.

"I'm sorry okay...please don't be mad..."minta Kayden semasa pegang belakang kepala Hera dan sandarkan dahinya ke atas dahi Hera dengan mata terpejam rapat. "Aku janji aku takkan sakiti kau atau tipu kau lagi...terima la aku semula.. dah tak boleh nak buat U-turn dah hati ni.."bisiknya di depan bibir Hera.

Mata Hera tidak berkedip sewaktu memandang mata terpejam Kayden itu. Dia menahan nafas tanpa sedar sebelum ikut memejam mata dan berkerut kening. Tangannya tanpa sedar mencengkam kuat kain kot Kayden. Membuat muka susah hati dan berbelah bahagi.

Oleh kerana Hera tidak membalasnya, Kayden jauhkan dahinya dari Hera dan membuka mata untuk memandang wajah itu. Mereka berdua saling bertentang mata. Pandang saja akan renungan itu, Kayden sedia faham apa maksud renungan itu.

"Aku janji...aku takkan mungkiri janji aku pada kau.."pujuk Kayden sambil pegang pinggang Hera dengan tangan sebelah lagi. Dia tarik Hera merapat padanya sebelum berikan kucupan di tengah dahi Hera lama-lama.

Sebak dengan ucapan itu, Hera pun terus lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Kayden dan sandarkan kepalanya ke dada itu. "I miss you so much.."ucapnya dengan perlahan sambil tu. "Tolong jangan buat aku macam ni lagi..."

Mendengar ucapan itu, Kayden pun tersenyum dan gerak mengucup tepi kepala Hera sewaktu membalas pelukan tersebut. "I miss you too...aku janji takkan buat lagi."lafaznya dengan jujur. Hela nafas lega pun di lepaskan Panjang apabila dia dapat mendakap tubuh itu akhirnya selepas berhari-hari memandang rasa.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now