🌷Mengamuk🌷
Di hujung koridor kelihatan empat sekawan jalan beriringan sepanjang laluan itu. Mereka menyandang beg sukan di bahu masing-masing. Perhatian mereka mulanya sedang asyik berborak.
Namun beralih ke bunyi bising dari kumpulan pelajar yang sedang berkumpul mengelilingi tempat dimana mesin air berada di hujung koridor depan mereka ketika itu.
Bunyi suara orang menjerit dan marah-marah kedengaran sayup dari tempat Kayden dan rakan-rakannya berdiri.
"Apahal pulak tu?"tanya Noah terlebih dahulu. Dia jengah leher hendak lihat.
Kyle pula berkerut kening. Dah.. apa pulak ni? "Macam ada orang bergaduh je..."ujarnya sambil betulkan tali beg sandang di bahu.
Arion pula mengecilkan mata saat memandang dari jauh akan kekecohan tersebut."Apa aje la budak-budak ni?Tak boleh kedalam sehari tu tak buat hal? " keluhnya dengan kesal.
Pada masa itu Kayden di tengah-tengah sekali sudah ternampak akan kelibat orang yang berada di dalam kekecohan tersebut. Perasaan tak sedap mula bertandang
Dan semua itu menjadi jelas sebaik dia menyedari siapakah orang itu."What the hell?"lafaz Kayden dengan nada tak percaya. Keningnya mencerlung tak puas hati.
Terjengah-jengah dia dengan bingung. "Asal wei?Apa kau nampak? "tanya Arion dengan terkejut. Dia nak tahu jugak apa yang Kayden nampak tadi.
Giginya diketap geram. "Haish! Menyusahkan betul la semua ni! " Tanpa berlengah Kayden berlari ke depan. Sebelum itu sempat dia beritahu. "Hera buat hal..."
"Hah!?"seru mereka dengan serentak sebelum ikut berlari di belakang Kayden ketika itu.
"Seriously?"tanya Noah dengan jengkel.
"Dah kenapa pulak dia buat hal tiba-tiba ni?" tanya Kyle sewaktu berjoging merentasi koridor untuk ke hujung tempat itu.
Para pelajar yang mengerumuni tempat pergaduhan itu tidak berani hendak masuk campur apabila melihat betapa ganasnya pergaduhan tersebut.
Si lelaki dengan selamba menarik rambut si perempuan. Sementara si perempuan menyepak-nyepak kaki si lelaki.
Sudah tidak ubah seperti perlawanan laga lembu!
"Lepaskan aku la you son of the b*tch!" teriak Hera. Dia angkat kakinya lalu melutut rusuk pelajar lelaki itu hingga terlepas cengkaman lelaki itu dari rambutnya
Si lelaki malahan tidak berputus asa. Dia bergerak semula ke arah Hera. Sudah bersedia mahu menghayun penumbuk!
"Ambik ni!"lafaz pelajar lelaki itu dengan muka bengisnya sewaktu penumbuk dia bergerak laju ke muka Hera.
Hera bersedia mahu menerima impak itu.
Namun begitu, tidak sempat tangan itu hendak hinggap ke muka Hera, muncul satu tangan yang menyambut kepalan penumbuk tersebut dengan kemas di dalam tangan.
Suara orang menahan nafas turut kedengaran. Buatkan ramai yang menyaksikan keadaan di situ tergamam sendiri.
Terbeliak luas mata Hera bila tengok lengan yang muncul dari balik bahu kanannya saat itu. Dia kejung berdiri di situ dengan nafas naik turun kerana mengah membelasah ketua pasukan varsiti ragbi tadi. Ditambahkan lagi dengan kedatangan mengejut penyelamatnya.
Pelajar-pelajar lain yang berkumpul di situ pandang tidak berkedip ke Kayden dan konco pengawas akademi sedang berdiri lampai di tengah bulatan mereka. Ada yang membeliakkan mata, ada yang beredar terus dari situ tanpa berlengah. Ada yang undur ke belakang menyembunyikan diri supaya tidak di lihat.
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Teen Fiction"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...