Bab : 83

1.6K 154 4
                                    

🌷Akibat Dan Kesan🌷

Bunyi nyanyian unggas malam memenuhi kawasan rumah banglo tiga tingkat berhalaman luas itu. Dari luar sudah cerah dengan lampu, apatah lagi bahagian dalam bangunan tersebut. Di tingkat dua, kelihatan kelibat Hera di jendela yang dibiar terbuka luas menghadap laman rumah tersebut. Gadis bersanggul dan bercermin mata itu sedang tunduk melihat sesuatu dalam keadaan duduk melipat lutut depan dada.

Pandangannya terarah pada gambar yang ada dalam photobook di depan kakinya ketika itu. Terbuka luas photobook itu di situ. Sehelai demi sehelai muka di selaknya. Dan setiap kali diselak ianya buatkan senyuman terbit di bibir Hera.

Mana tidaknya, di dalam album itu penuh dengan gambar lama Hera Bersama datuknya sewaktu duduk di rumah itu. Sewaktu berusia 1 tahun lagi dia sudah menginap Bersama maksu dan datuknya. Selama bertahun lamanya dia habiskan masa, pelbagai memori tercipta. Dan paling tidak lupa adalah gambar dimana diambil sewaktu dia berusia 6 bulan dalam pangkuan datuknya. Kemas dan segak.Kacak seperti muda mudi. Sedang tersenyum lebar memandang kamera.

Hera yang melihat senyuman di bibir itu ikut tersenyum. Agaknya kalau datuk dia masih hidup. mungkin dia tidak akan pernah berhenti senyum sampai bila-bila.

Knock!

Knock!

Ketukan pintu menyentak lamunan Hera. Dia dengan pantas palingkan kepala ke arah pintu sewaktu ia terbuka ke dalam. Wajah maksunya terjegul di celah kuakan tersebut. Di tangan wanita itu sedang memegang segelas hot chocolate.

"Ganggu ke?"tanya Riana sambil melangkah masuk, dia perlahan-lahan mengatur langkah mendekati Hera di tepi jendela itu.

Pada masa yang sama telefon Hera yang berada di tembok batu jendela itu ikut bergetar. Buatkan Hera palingkan kepala ke telefon itu pula. Bila dia melihat ada panggilan masuk, dan si pemanggil itu adalah Kayden, dia terus terbalikkan skrin itu ke bawah dan pandang ke maksunya sesaat kemudian.

"It's okay..."senyum dia pada Riana.

Riana balas senyuman itu dan ambil tempat di situ menghadap Hera lantas Perasan akan photobook di situ. "Mana kamu jumpa?"tanya dia sambil serahkan gelas itu kepada Hera.

"Dekat attic...rindu dekat atuk sebab itu Hera cari."beritahunya sambil capai gelas itu dengan kedua-dua tangan lalu di hirup dekat depan mulutnya.

Riana perhatikan Hera dengan renungan redup sebelum mengusap tepi kepala Hera perlahan-lahan. "Aunt dengar kamu telah berikan hukuman berat kepada papa kamu?15 tahun penjara?Kamu tak rasa ke ianya agak melampau?"tanya dia.

Hera yang sedang menghirup minumannya mengangkat kepala memandang Riana. Keningnya terangkat sedikit.

"Mama kamu tahu tentang hal ini..pasti perasaan benci dia terhadap kamu akan menjadi-jadi."keluh Riana lagi.

Gelas tadi di turunkan dari mukanya lalu di letakkan ke tepi tembok batu yang sama di mana telefonnya di letakkan. Sambil itu Hera menarik sengih meleretnya. "Apa yang melampaunya...elok la..umur ayah baru sahaja 45 tahun.Kalau meringkuk dalam penjara tu selama 15 tahun. Nanti dah keluar tua kerepot...nak buat hal pun tak mampu. Hera jagala dia lepas tu..."jawabnya dengan bersahaja.

"Hera!"panggil Riana dengan tegas.

"Hahahaha....biar dia rasa apa itu perasaan bila segala yang dimiliki di rampas dalam hidupnya.Di pinggir kan tanpa ada sesiapa yang peduli akan dirinya. Biar dia tahu apa itu perasaan hidup sendirian tanpa sesiapa di sisinya..kalau tak ada siapa yang boleh sekolahkan papa Hera, biar anaknya sendiri yang buat"tambah Hera lagi dengan ceria.

Kening Riana mencerlung risau."Kalau begitu bagaimana dengan mama kamu..kamu tak kasihan ke pada Nadia..dia sayang pada papa kamu itukalau dia tahu semua ini adalah perbuatan kamu...dia akan semakin membencikan kamu"

Hera pun menggeleng kepala sambil tersengih. "Jangan risau..Hera dah uruskan segalanya. Aunt jangan risau. Percaya atau tidak, mama sendiri akan datang ke sini mencari kita"selorohnya dengan yakin saat bawa semula gelas berisi susu coklat itu ke depan mulutnya lalu di teguk sedikit demi sedikit keras masih panas yang suam.

"Huh?"Riana buat muka tak faham. "Apa maksud kamu?"

Hera sekadar menjungkit bahu, dia palingkan kepala ke luar jendela lalu ternampak akan kelibat kediaman dimana Kayden menetap. Jendela bilik lelaki itu bercahaya, dan dia boleh nampak kelibat Kayden dari jauh di jendela itu. lelaki itu sedang berdiri menghadap rumah maksunya ketika itu.

Padan muka!Hamak sangat dengan dia kan!Sekarang rasakan! Ini baru sikit. Lepas ni di akan buat lebih teruk!Biar Kayden rasa sakit hati sama macam yang dia rasakan!

"Oh ya...ni aunt nak tanya kamu...betul ke kamu dan Kayden pasangan kekasih?Kecoh satu akademi mengenai kamu berebut dengan kekasih lama si Kayden tu..Sarah O'Connor.."tiba-tiba Riana bersuara lagi.

Hera tersengih. "Ha'ah...kita orang couple..."katanya sambil palingkan kepala memandang maksunya dengan renungan penuh maksud. "Bukan ke maksu mahukan semua ni?"  soalnya berbaur sinis.

Kening Riana berkerut-kerut. Dia pandang dengan reaksi tak fahamnya. "Tapi tak adalah sampai kes kamu kena tampar dekat akademi tu macam tu sekali...kamu tak apa-apa ke?"

"Wah...famous jugak Hera ya...sampaikan berita tu tersebar dengan meluas tak sampai satu malam je?"sindirnya dengan bersahaja. "Alah..Jangan risau...ini semua ni macam sakit pukul nyamuk je...Hera pernah rasa lebih teruk dari ni..."beritahunya.

Riana capai lengan Hera lalu di ramas perlahan. "Kalau Kayden tidak elok buat kamu baiknya kamu putuskan sahaja hubungan kamu tu..risau pula aunt dengan si Sarah tu. Gadis itu semua orang tahu..obsess pada Kayden. entah apa dia akan buat pada kamu nanti tiada siapa tahu.."

Hera pun mengangguk kepala sambil tepuk tangan Riana di lengannya ketika itu. "Aunt jangan la risau...tahu la Hera nak uruskannya. Cuma kali ni Hera nak mintak aunt pejamkan mata untuk sekali ni je...lepas tu Hera janji Hera akan jadi Budak baik dan habiskan belajar dengan rekod yang cemerlang.." lafaznya.

Buat seketika Riana berkira-kira hendak bersetuju. Tetapi setelah itu dia pun mengangguk kepala akur. Tiada kata-kata lagi yang mahu di bantahkan akan permintaan Hera. "Yalah kalau itu mahu kamu...aunt lepaskan kamu untuk kali ni.."

"Terima kasih aunt.."ucap Hera. "Untuk semuanya."

Riana tersenyum lebar. Hatinya menjadi senang kerana semakin lama dia perhatikan Hera, prestasi Hera semakin membaik. Yang mana buatkan dia lega dan syukur kerana bawa Hera tinggal bersamanya. "Sama-sama sayang."balasnya.

Hera capai telefonnya setelah itu, melihat belasan miscalled dan mesej yang di hantar oleh Kayden di skrin. Tapi tidak dihiraukan. Malah dia belek email yang dihantar oleh Peguam Alastair buatnya. Lepas dia buka email itu, maklumat mengenai Sarah pun terpacul keluar di skrin.

"Sarah ni adalah anak kepada ahli perniagaan automobile di tempat ni ke?"soal Hera sambil scroll skrin telefonnya dengan ibu jari.

"Ha'ah..kenapa kamu tanya?"

Hera tarik sengih melebar. "Rasanya kalau Hera beli syarikat dia orang mesti dapat profit tinggi kan?"selorohnya semasa lirik akan butiran di skrin itu buat seketika sebelum gerak mengerling ke Riana.

Bertentang saja mata Riana dengan Hera, wanita itu menjungkit kedua-dua kening dengan terkejut.

Sementara Hera gerak menghirup hot chocolatenya dengan senang hati. Nak beli syarikat kecil seperti ini takkan bagi efek dekat dia pun! Pejam mata je!Sekelip mata semuanya boleh jadi milik dia.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now