Bab : 32

1.7K 153 0
                                    

🌷Mr. Bully Tunjuk Taring🌷

Smack!

Smack!

Smack!

Bunyi tamparan kedengaran tanpa henti di belakang Lorong bangunan waktu makan tengah hari itu. Beberapa orang pelajar lelaki berkot sedang tunduk mengerjakan tiga orang pelajar lelaki berkemeja putih. Sementara seorang lagi hanya bersandar di dinding dengan tangan kanan di dalam poket sebelah lagi memusing-musingkan syiling di antara celah jari berulang kali.

"Cepatlah..bagi semuanya.."

"Dah itu je yang aku ada.."

"Takkan la ini je.."

Arion tunduk memeriksa isi kandungan beg sandang itu. Melihat rokok dan majalah lucah yang tersimpan tidak terusik buatkan dia dengan kasar menunjal kepala si pengedarnya. "Kau datang ke sini nak belajar ke nak rosakkan anak orang?Hah!"soalnya sambil tu.

"Sorry...aku takkan buat lagi.."

"Sorry..sorry..pergi naik lorry la sana..kau ingat kesalahan kau ni ringan ke!"

Pelajar lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tidak berani hendak melawan kata apatah lagi orang di depannya adalah kumpulan yang terkenal dengan agenda membuli mereka.

Bersama muka kesal, Arion palingkan kepala. Memandang Kayden yang sejak tadi bersandar pada dinding bangunan di situ. "Nak buat apa Budak ni?"tanya dia.

Kayden pandang Arion lalu tiga orang pelajar lelaki yang lunyai di belasah dengan rakan-rakannya sebentar tadi gara-gara tertangkap mengedarkan barang terlarang di akademi. Dia tolak dirinya dari dinding itu lalu jalan mendekati mereka.

"Belasah dia sampai dia berani buka mulut dekat hal ehwal murid. "kata Kayden setelah berdiri di depan mereka bertiga ketika itu.

Cuak mendengar kata-kata itu, ketiga-tiga orang itu terus merangkak mendapatkan kaki Kayden. Mereka pegang kaki lelaki itu dengan kening berkerut dan muka terdesak.

"Tolong...tolong lepaskan kami kali ni..kami janji kami takkan buat lagi.."

"Ya...tolong la..saya ada biasiswa..kalau hal ni tertangkap...habis la saya nanti.."

"Kayden..tolong lepaskan kami untuk kali. Hal ni takkan berulang lagi.."

Rayu mereka bertiga dengan serentak.

Arion. Kyle, Kayden dan yang lain berdiri di situ dengan renungan dingin. Paling mereka tidak suka jenis pelajar yang merayu selepas buat kesalahan. Kalau dah sedar semua ini salah kenapa masih lakukannya juga?Dah ada tanggungjawab sendiri, maka jaga la elok-elok. Bukan malah buat hal terlarang dan salah seperti ini.

"Bawa dia orang ke bilik panitia disiplin dan semua barang ni sebagai bukti.."ugut Kayden lagi.

"Ahhh!Tidak!Jangan Kayden!"menangis mereka bertiga dekat situ. "Tolong la...mati aku nanti kalau parents aku tahu.."

Senang mendengar orang meminta kepadanya, Kayden tersenyum lalu ketawa kecil. "kau nak aku lepaskan kau?"tanya dia.

Mereka bertiga mengangguk kepala.

"Okay. Boleh. Tapi dengan satu syarat..kalau aku dapat tahu kau orang buat hal ni...aku tak teragak-agak untuk kenakan tindakan pada kau orang...ingat tu?"beritahu Kayden dengan perlahan tapi penuh amaran.

"Baik...baik!Kami janji.."lafaz mereka dengan serentak.

Ketika itu la, telefon dalam poket kot Kayden berdering. Buatkan focus lelaki itu tersentak. Tanpa mengalihkan matanya dari tiga orang pelajar lelaki di depan kakinya, dia seluk tangan ke balik kot dan keluarkan telefon darinya. Setelah itu baru la dia pandang ke skrin telefonnya. Nama Noah tertera di skrin itu.

"Ada apa?"tanya Arion ketika itu memandang Kayden.

Ibu jari runcing Kayden sentuh skrin telefon itu. Buble chat yang dihantar oleh Noah di buka sebelum sebuah video dimainkan di skrin itu.

"Hoi!Kau jalan pakai mata ke pakai lutut?Tak Nampak ke orang berdiri dekat sini!"marah Hera dengan berang. Senak dada dia dibuat kejadian tadi. Nasib baik dia sempat!Kalau tidak habis dua pelajar perempuan tadi cedera!

"Ma-maafkan saya...saya tak perasan.."ucap pelajar lelaki itu tergagap-gagap.

"Mana nak perasan kalau mata ke telefon!kau tahu tak kau bawak benda panas. Kalau kena aku tadi kau nak bertanggungjawab ke!"soalnya sambil tunjal bilah bahu itu dengan keras. Lantak situ kalau sakit. "Tengok apa kau dah buat!Habis Kotor kasut aku!"

Pelajar lelaki itu gerak hendak tunduk mengutip telefonnya.

Tercapai saja tangan itu ke telefon tersebut, kaki Hera muncul lantas ia hinggap ke atas tangan pelajar lelaki itu.

"AhH!"aduh pelajar lelaki itu serta merta. Dia dongak memandang Hera sambil pegang kaki gadis itu. "Apa ni!Sakit la!"

Hera menarik sengih mengejeknya. "Bersihkan kasut aku dulu.."arahnya

"Baik.."

"Cepat!"gesa Hera

Audio dari video itu didengari oleh mereka semua di situ.

Selesai melihat video itu, Kayden seluk semula telefonnya ke dalam poket kot dan kembali focus kepada kerjanya. Tak satu-satu masalah dia kena handle.Kalau bukan kerana surat rekomendasi yang dekan janjikan kepada dia memang tidak la dia nak lakukan semua ini dan susahkan diri sendiri.

"Bawa dia orang ke pejabat hal ehwal pelajar. Biarkan pensyarah dekat situ uruskan dia orang.."beritahu Kayden dengan muka bengang dia. Hairan betul dia. Tak sampai berapa hari Hera sudah timbulkan masalah!Tahu tak dia ada banyak perkara yang hendak di uruskan sekarang ni!

Bergelut tiga orang pelajar pelanggar peraturan itu dari kekangan rakan-rakan Kayden di situ sewaktu di heret keluar dari Lorong belakang bangunan itu.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now