🌷Busted🌷
"Apa ni senior?"
"Saya tak buat apa-apa"
"Senior nak apa?"
Lima orang pelajar lelaki yang berlencana pengawas itu berdiri dengan aura membuli mereka ke tiga pelajar lelaki junior depan mereka ketika itu.
"Nak apa kau tanya?"tanya Kyle yang tidak mengenakan tali leher betul-betul di baju itu.
"Kau orang rasa kita orang datang sini nak apa?"Arion tepuk-tepuk tepi pipi itu sewaktu berkata.
"Bagi semua duit yang ada dekat kau sekarang.."
"Duit apa?Mana ada kami ada duit.."
Kyle apa lagi, dia terus menyinsing lengan baju hingga ke siku kasar-kasar. Dalam sekelip mata itu jugala dia hayun penumbuknya tepat ke rimbuk pelajar lelaki berambut perang pertama yang berdiri di antara tiga orang itu.
Pelajar lelaki itu pun tertunduk memegang perutnya yang sebu. Namun tidak sempat hendak sober dari sakitnya itu, dia dipaksa berdiri tegak semula dan di sandarkan kasar-kasar ke belakang pada dinding di situ.
"Argh!"ngerangnya.
"Duit apa?Aku rasa kau tahu apa yang kita orang cakapkan sekarang ni..bagi duit tu sekarang.."kepala pelajar lelaki kedua di tunjal oleh Noah beberapa kali. "Bagi duit tu sekarang"arah dia sambil menonyoh kesan luka di bibir yang sudah berdarah dek di tumbuk.
Pelajar lelaki kedua yang berdiri di sebelah pelajar lelaki pertama itupun tundukkan kepala ke bawah. Dia bawa tangannya untuk di seluk ke dalam poket seluar. Sebuah dompet hitam di pegang olehnya. ianya tebal dan kelihatan berat.
Belum sempat hendak diserahkan, dompet tersebut di rampas oleh Arion. Tanpa berlengah dia tunduk memeriksa isi kandungan dompet yang dipenuhi dengan kad kredit serta duit kertas dalam jumlah yang banyak.
"Hah...kan elok kalau kau orang bagi dari awal. Tak adalah kena belasah macam belancan.."seloroh Arion sebelum tersengih senang menepuk dompet itu ke muka setiap seorang tiga pelajar lelaki di situ. "Kau orang buatlah lagi kerja ni...kita orang akan datang kutip duit..amacam okay tak?"beritahu dia semasa dengan bersahaja melempar dompet itu ke belakang bahu tanpa pandang.
Kayden, yang berdiri di belakang Arion ketika itu dengan mudah dan bersahaja menyambut dompet tersebut. Setelah dia peroleh dompet, kepalanya tunduk memeriksa isi kandungan dompet itu. Berpuas hati dengan hasil tangkapannya, dia mengangguk kepala sebelum diseluk ke dalam poket seluarnya pula. Sambil tu dia jalan dekati tiga orang pelajar lelaki tadi.
"Berani kan...kau kutip duit dekat pelajar yang mana mak bapak dia orang susah payah cari duit semata nak bagi anak mereka makan, dan kau orang sewenang-wenangnya cekik duit anak-anak dia orang macam lintah darat...kau orang rasa apa agaknya perasaan makbapak kau orang sendiri kalau dapat tahu macam mana perangai anak kesayangan mereka sebenarnya?"kata Kayden.
"Mana kita orang tahu...kita orang pun perlukan duit..dan salah dia orang jugak. Siapa suruh lembik. Memang senang la kita orang nak kerjakan."
"Pandailah kau menjawab...lepas ni kalau aku dapat tahu kau orang ambik duit poket pelajar lain..siap!
beritahu Arion dengan penuh amaran."Macam mana senior tahu pasal ni?"
"Ya mestilah sebab mangsa-mangsa kau orang sendiri yang buat report dekat badan disiplin pelajar. Dan iainya di hantar pada kita orang untuk uruskan kau orang..."beritahu Kyle.
Memandangkan tugasnya sudah selesai di situ, Kayden bergerak hendak berpaling dari situ. Membiarkan rakan-rakannya yang menguruskan tiga sampah itu. Baru dua langkah dia bergerak. Kayden berhenti apabila bertembung dengan orang bersanggul di depannya ketika itu.
"Hera?"sebut Kayden dengan terkejut. "Apa kau buat dekat sini?"tanya dia sambil lirik akan Hera dari atas ke bawah. Bukan ke sepatutnya Hera ada di kelas etika dan rumah tangga sekarang ni.
Sambil tersenyum meleret, Hera berdiri di situ dengan tangan bersilang di dada. "yang kau pulak?Apa yang kau dan geng kau buat?Membuli orang lain dengan mengambil wang mereka?"tanya dia.
Kayden kerling ke balik bahunya sebelum memandang Hera semula. "Kalau ya apa urusannya dengan kau?"soal dia. "Bukan ke kau pernah lakukan hal ni jugak?"
Kening Hera berkerut tidak suka mendengar komen itu.
"Kenapa?Salah apa aku cakap?"Kayden jalan menghampiri Hera lalu bertemu mata dengan gadis itu.
Tidak berasa gentar dengan renungan itu, Hera balas renungan Kayden. "Ketua pengawas konon..kapten pasukan kejadahnya!Macam mana orang macam kau ni boleh jadi?"
Dahi Hera kemudiannya di jentik perlahan dengan Kayden. TUK!
Berkedip mata Hera dek jentikan itu. Tetapi dia tidak bergerak atau terkutik. Dia masih membalas renungan Kayden.
Kayden sondong sedikit ke depan muka Hera lalu berkata.
"Yhat not your problem princess."sengih Kayden dengan handsome.
Semakin mencerun kening Hera dibuatnya. "Jangan menyibuk urusan orang Hera...sebab itu la kau selalu dapat masalah."pesan Kayden dengan perlahan. "Ada masa tu kita kena peduli diri sendiri dulu sebelum orang lain..."
Air muka marah Hera berubah bila mendengar bait kata itu. Keningnya yang berkerut ikut melurut turun.
"Cukup...bawa dia orang semua ke bilik hal ehwal pelajar. Suruh Puan Debby uruskan dia orang dengan senyap. Pastikan tiada siapa yang tahu pasal ni. Lepas tu panggil semua pelajar-pelajar yang terlibat. Beritahu mereka duit mereka akan di pulangkan semula ikut kuantiti yang sebenar.."arah Kayden tanpa alihkan matanya dari Hera.
Mendengar arahan itu buatkan mata Hera tersentak ke belakang Kayden. Dia buat muka tak faham? Apa yang dah berlaku?Pulangkan duit?Huh?
Arion,Kyle dan Noah pun mula bergerak serentak dengan pengawas lain mengheret tiga pesalah laku disiplin itu bersama mereka melewati Kayden dan Hera di situ.
"Dan kau...jangan ingat akan terlepas jugak."lalu tali leher Hera yang tergantung longgar di leher itu di tarik Kayden sewaktu lelaki itu gerak maju ke hadapan untuk pergi dari situ.
"Hei!"menahan nafas terkejut Hera ketika itu. "Apa ni!"marah dia sambil pegang lengan Kayden sewaktu diheret oleh lelaki itu tanpa amaran. Hampir hendak tersandung dia dibuatnya.
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Teen Fiction"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...