Bab : 10

1.8K 167 2
                                    

🌷Belang Mr. Bully🌷

"Apa kau cakap?"

"Kita putus...saya tak rasa yang saya boleh teruskan relay kita lagi.."

"Asal kau mintak putus?Sebab mamat dari pasukan besbol tu dah pikat kau kasi habis ke?"

"Kayden...jangan libatkan dia dalam hal ni.."

"Apa yang jangan libatkan dia?Kau tahu tak kau tengah berurusan dengan siapa sekarang?Putus?Hah!Jangan nak buat lawak.Aku tak pernah di tinggalkan tapi sebaliknya. Aku akan pastikan kau bayar balik apa yang kau buat pada aku..Sarah!"

"Jangan nak jadi Budak cengeng la!Lepaskajn saja saya!Siapa aje yang nakkan lelaki pembuli seperti awak ni..saya malu tahu tak nak handle hal awak setiap orang tahu saya teman wanita awak...mama saya pun marah. jadi better kita berhenti setakat ni"

"Fine then...as you wish.."

Malam itu parti di rumah Arion begitu meriah dan sangat hebat, lelaki itu telah mengadakan parti di kolam renang rumah agamnya. Ditambahkan lagi dengan jemputan Dj terkenal serta hidangan makanan yang mewah membuatkan para tetamu begitu gembira berada di situ.

Namun ramai-ramai yang sedang khayal berseronok hanya mereka yang bermain dalam pasukan Royal Team sahaja tidak terusik. Mereka hanya berdiri memerhati gelagat-gelagat rakan seakademi mereka yang menjadi liar setiap kali berparti.

Arion yang segak mengenakan t-shirt v neck putih dan jaket hitam berdiri di sebelah visual pasukan itu. "Bila kau nak mula?"tanya Arion.

Kayden yang sedang tunduk membelek telefon di tangan mengangkat kepala. Memandang sekeliling seakan mencari sesuatu.

"Dia baru sampai"ujar Kayden apabila melihat sasarannya yang berjalan di celah tetamu yang ada di situ.Gadis itu cantik mengenakan dress tube merah jambu paras lutut berjalan masuk ke kawasan kolam renang dimana tetamu lain sedang berkumpul.

"Dia ke sebabnya kenapa kau sudi nak datang ke parti malam ni?"tanya Cody kepada Kayden sewaktu berdiri di sisinya ketika itu.

Bersama senyuman sinis di bibir, Kayden ketawa mengejek memandang Cody. "Dia mintak putus lepas aku dapat dia curang belakang aku...kau fikir aku nak lepaskan dia macam tu je ke?"katanya.

Mereka yang ada di situ berdiri memerhati dari jarak buat seketika sehingga la Kayden beri isyarat dari jauh akan lelaki yang ada berdekatan dengan kolam renang dan juga Sarah. Sebaik lelaki tersebut perasan akan isyarat yang diberikan oleh Kayden dia terus dapatkan Sarah.

Kayden tersenyum meleret sewaktu perhatikan Sarah yang kemudiannya diiringi oleh lelaki tadi ke satu arah dimana tempat yang dia arahkan untuk tempatkan kekasih hatinya itu. Harap saja cantik dan pandai, tapi perangai tidak ubah seperti perempuan murahan! Dah ada teman lelaki sebagus dia ni pun masih cari lelaki lain. Kebulur betul!

"Kalau kau buat macam ni pada setiap perempuan yang bercinta dengan kau, alamatnya tak ada siapa la yang sudi nak jadi girlfriend..."seloroh Arion dengan sengih jahat.

"Ahaha...well...encik bully kita ni pantang di cabar...salah dia orang jugak sebab mintak semua ni.."seloroh Noah pula.

Kayden keluarkan gula-gula getah pudina dari poket seluar jean lalu di buka pembalutnya sebelum disuap ke dalam mulut. Sambil kunyah gula-gula getah itu dia perhatikan semua tetamu yang ada di halaman kolam renang agam Arion. Hanya cara ini saja yang boleh beri tunjuk ajar kepada mereka lain supaya tidak macam-macam dengannya dimasa depan nanti.

Sarah pun tiba di tingkat dua beranda rumah agam tidak lama selepas itu. Dia berdiri sendirian menghadap kolam renang dan tetamu yang berkumpul tepat-tepat menghadap Sarah. Buatkan sesiapa saja boleh Nampak apa yang terjadi di beranda tersebut.

Sebagai isyarat untuk dia mula bertindak, Kayden pun gerak tunduk mencapai baldi yang sudah sedia di isi dengan slime bergetah bercampur dengan sprinkle warna warni. Yang mana bakal menjadi satu penyeksaan untuk hilangkan ia nanti.

"Show time baby.."lafaz Kayden dengan perlahan.

Rakan-rakan satu Royal Team Kayden angkat baldi yang sama lalu di tuang tepat ke bawah beranda dimana Sarah sedang berdiri. Sekali tu...

SPLASH!!!!

Habis dengan mengejut, Sarah bermandikan cecair dari atas kepalanya hingga lenjun dia di situ sambil di saksikan mereka semua di situ...

Bersama senyuman berpuas hati, Kayden letakkan baldi ke bawah dan tepuk tangan menghilangkan debu imaginasinya sebelum berpaling pergi dari situ dengan lagak yakinnya. Rasakan!

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now