Bab : 50

1.7K 159 2
                                    

🌷Salah Faham🌷

Senak dada dia dibuat bentakan itu.

"Apa ni?"tanya Hera dengan muka kebingungan. Dia kerling ke sekitarnya dengan cemas. Risau pula kalau jadi perhatian orang dekat situ.

Kayden cengkam lengan Hera lalu digoncang dengan kasar. "Mana kau pergi hah!Kan dah dipesan aku akan ambik kau!"

"Bukan sekarang Kayden..."tegah Hera sewaktu kerling ke cermin kereta di sebelahnya itu. Risau dia kalau suara Kayden boleh tembus masuk ke dalam kereta itu. Sudahlah dua jebon tu tengah tidur!

"Asal kau menghilang!Kau tahu tak apa yang kau dah buat!Boleh tak dalam sehari tu berhenti buat aku risau dan fikir pasal kau!"marah-marahnya.

Hera buat muka sewaktu memandang pelik ke Kayden. "Yang kau nak risaukan pasal aku?Memangnya aku kacau hidup ke?"tanya dia sambil rentap lengannya dengan kasar. "Aku tak perlukan babysitter. So kau jangan risau.."jelingnya selepas itu sebelum silang tangan ke dada. Dia palingkan kepala ke arah lain.

Berdengus tak percaya Kayden sejurus itu, dia cuba dekati Hera, tetapi Arion muncul di tengah. Rakannya itu tolak tubuh dia ke belakang supaya menjauh sedikit.

"Kay..bawak bertenang"minta Arion dengan perlahan. "Susah kau nanti.."bisiknya setelah itu. '

Deru nafas Kayden naik turun kasar kerana dia sedang berombak marah bagai nak apa sekarang itu! "Apa yang kau nak aku buat supaya kau berhenti buat perangai menyusahkan kau ni hah?!Boleh tak berhenti jadi jahat. Cuba la berubah sikit jadi manusia berguna dan berfaedah. Jangan bazirkan usahakan yang orang lain dah laburkan dekat diri kau tu!"luahnya dengan sebenar-benarnya. Kalau bukan mengenangkan tawaran dekan terhadap dia, memang sudah lama dia tinggalkan Hera dan lupakan apa saja urusan gadis ini. "Sebab perangai menjengkelkan kau ni la parents kau sendiri tak tahan nak hadap kau!"

Kata-kata Kayden buatkan kepala Hera berpaling, dia terkedu dan terasa dengan tomahan Kayden. Perlahan-lahan tangannya pun jatuh ke sisi berasa tergamam. "Kau siapa nak judge aku?"tanya dia semasa jalan hampiri Kayden. Suka hati betul!Cakap tu main lepas je kan!Tak pandang-pandang langsung. "Kau kenal aku ke?Kau tahu aku ni macam mana?"tanya dia lagi.

"Hera..please"Arion depakan satu tangan ke arah Hera sambil kekang Kayden pada masa yang sama. "Dia penat..dia tak fikir sebab tu dia cakap macam ni.."

Hera tidak menghiraukan Arion. Dia malah tampar ke tepi tangan itu. "Ada aku suruh kau risaukan aku?Ada aku suruh kau untuk pedulikan aku?Tak ada kan!Kau ada je pilihan untuk tinggalkan permintaan aunt aku...dan kau apa?Kau sendiri terima. Sekarang nak sakit hati apahal!Kau jangan fikir...aku diam!Kau boleh sesuka hati nak pijak kepala aku dengan cakap macam tu pasal aku!"

Hidung Kayden kembang kempis sewaktu dia mahu mendekati Hera. Ikutkan hati mahu saja dia jerit kuat-kuat depan muka tu. Lantas dia buka mulut hendak bersuara.

Namun tidak sempat apabila pintu kereta di tepi Hera ketika itu terbuka dengan sendiri. Buatkan Arion dan Kayden tersentak. Tetapi tidak Hera. Gadis itu hanya buat muka bengang saat perhatikan orang yang keluar dari kereta itu.

Bersama muka baru sedar dari ubat tahan sakitnya, Alan keluar terlebih dahulu sebelum tarik Joshua dari perut kereta itu apabila ubat tahan sakit yang buatkan mereka tertidur tadi sudah hilang. Lantas mereka berdua berdiri tegak di situ menghadap Hera. Tongkat topang ketiak kemudiannya dibawa ke bawah lengan Joshua. Langsung tidak perasan akan kehadiran Arion dan Kayden di belakang ketika itu.

Mata Hera lirik akan mereka berdua dengan wajah bercemberut. Semua ni salah mereka berdua!Kan tak pasal-pasal dia yang dimarahi. Ingat dia sengaja ke nak ponteng kelas sehari suntuk ni. Kalau bukan kerana nak temankan mereka ke hospital dan bayar semua kos perubatan mereka, tak adanya dia menghilang tanpa khabar. Lagipun dia terlupa tentang Kayden akan jemput dia pagi tadi. Yalah siapa nak ingat kalau diberi pesan dalam keadaan mamai. Ini kan lagi orang jenis macam dia. Memang tak la nak lekat terus!

Kenapa la semua orang suka marahkan dia tanpa usul periksa!?

"Terima kasih Hera.."ucap Joshua.

"Aku tak tahu kalau kau tak ada tadi...mungkin kita orang dah terkapai-kapai tadi."kata Alan pula. tepi kening itu sudah bertampal dengan plaster.

"Nanti aku bayarkan balik duit kos hospital kita orang sekali/"pesan Joshua. "Kalau bukan dompet kita orang dirampas dengan dia orang tadi, tak adanya kita orang mintak tolong kau hantarkan kita orang.."

Mendengar bicara dua pelajar lelaki di depannya ketika itu. Kayden termangu sendiri. Dia yang tidak faham apa yang berlaku pandang tidak berkedip akan belakang badan mereka ketika itu.

Sementara Hera lambai tangan menghalau mereka supaya lekas pergi dari situ. Penat la dia nak hadap ."Dah la..berhambus cepat.."ujarnya.

Alan tersenyum lalu gerak mendakap Hera ke dalam pelukannya. "Terima kasih.."ucapnya sebelum jarakkan diri sesaat sebelum Hera sempat nak tolak badannya menjauh.

Joshua pun sama. Dia gerak nak peluk Hera.

"Eh..stop-stop!Jangan nak mengada. Blah sana!"halau Hera lepas sempat nak halang semua itu dari terjadi. Yang Alan tu dia tak jangka, jadi memang tak sempat nak buat apa-apa .

Joshua tidak terasa. Dia turut beri senyuman terima kasih kepada Hera lalu gerak masuk ke dalam bangunan asrama Bersama dengan Alan di sebelah.

Menjauh saja dua orang itu, Hera lepaskan nafas letih. Dan baru la tersedar yang ada lagi masalah yang dia kena handle di depan matanya ketika itu.

"Hah...yang kau orang berdua..nak apa lagi?tak puas nak maki aku?"tanya Hera sejurus melihat Kayden dan Arion berdiri dekat situ memandang ke arahnya. "Cepat...maki sepuas hati kau sekarang..aku dengar."arahnya yang sudah berserah seadanya. Cepat semua ni selesai, cepat dia pulang ke rumah.

Kayden hendak buka mulut, tetapi terhalang sekali lagi apabila Kyle dan Noah muncul dari arah bertentangan dalam keadaan berlari.

"Ada apa ni?'tanya Kyle dengan cemas semasa tiba di situ dalam keadaan cemas.

Sementara Noah berdiri di samping Hera dekat dengan kereta Uber memandang silih ganti ke Kayden dan Hera.

Hera dekat situ sudah dumbfounded. Dia ketap bibir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Serioulsy?Dia orang ni memang kena menyemak jugak ke?Augh!Penat betullah!

"Tak.."beritahu Arion memutuskan segala ketengangan di situ. "Kau balik la Hera."

Kayden tidak menghalang, dia sendiri terpempan dengan apa yang terjadi.

"With my pleasure.."balas Hera dengan sassy sewaktu menjeling menyampah ke Kayden. Terus dia buka pintu kereta Uber tadi dan loloskan diri ke dalam kenderaan itu tanpa berlengah. Sesaat kemudian itu pun bergerak pergi dari situ, meninggalkan Kayden dan konconya di situ.

"Apa yang dah berlaku?"tanya Noah.

"Arion beritahu kau nak gaduh dengan Hera?"tanya Kyle.

Kayden termenung memandang ke arah dimana kereta yang membawa Hera pergi tadi. Dia mengetap gigi menahan sabar. Hera menghilang sebab bantu orang dalam kesusahan?Dan dia dekat sini memaki Hera begitu sahaja tanpa bertanya terlebih dahulu!?

Arion dekat sebelah tepuk bahu Kayden dengan geleng kepala kesal. "Semuanya salah faham.."jawab dia kepada mereka berdua bagi pihak Kayden. "Better kau slow talk dengan Hera pasal hal tadi. Sekurang-kurangnya kau kena mintak maaf pada dia."beritahunya kepada Kayden pula.

Berasa jengkel dengan apa yang dirasainya, Kayden terus berpaling dari situ tanpa berkata apa-apa.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now