Bab : 94

1.8K 149 2
                                    

🌷ComeBack🌷

"Cik Hera, Seperti yang Cik Hera minta pada tempoh hari, saya sudahpun uruskan surat penceraian Tuan Nathan dan Puan Nadia. Ianya sudah di tandatangan oleh Tuan Nathan."

"Bila akan di hantar ke mama saya?"tanya dia sambil tunduk mengentel rambut Kayden yang sedang terlena di atas ribanya ketika itu. Saat semua orang di cafeteria dan beriadah, Kayden yang keletihan minta untuk lepak di ruang umum. Nak ajak berborak, sekali tu Kayden yang terlena. Maka tinggal la dia sendirian di situ melangut tak buat apa.

"Secepat mungkin. Dalam proses pengesahan lagi dokumen itu."beritahu Peguam Alastair.

"Uruskannya secepat mungkin. Saya mahukan mama saya semula.I miss her so much.."bisiknya dalam panggilan itu kerana enggan menganggu lena Kayden.

"Baik Cik Hera."

"Terima kasih untuk kerja kerasnya"ucap Hera pula membalas ucapan peguamnya.

"Siapa tu?"tegur Kayden dengan mengejut di ribanya. Buatkan dia terus jauhkan telefon dari telinga dan tunduk memandang muka itu.

"No one.."jawab dia.

Kayden pandang dengan mata dikecilkan curiga. Masih kuyu dan mamai kerana baru terjaga dari lena selama 20 minitnya Kayden bersuara. "Kau curang belakang aku eh?"soalnya dengan suara serak bangun tidurnya.

Mendengar kata-kata itu buatkan dirinya menjuling mata menyampah.

Tombol pintu di pegang sebelum Hera tolak ia ke dalam. Mendedahkan isi ruangan pejabat maksunya serta merta. Bersama mimic muka tiada perasaannya, langkahnya di atur masuk ke dalam sambil tutup pintu di belakang pada masa yang sama.

Tiga langkah sahaja ke depan, pandangan Hera terus terarah pada maksunya di belakang meja. Namun langkahnya terhenti bila melihat wanita yang tiba-tiba bangun dari kerusi di situ lantas menghadapnya.

"Hai Hera..."sapa Nadia dengan senyuman nipis di bibir. ,

Hampir mahu tersengih gembira di situ, Hera dengan susah payah mengawal emosinya supaya tidak terlalu obvious bahawa pelannya sudah Berjaya. "Apa mama buat dekat sini?"soalnya dengan nada mendatar seakan tidak berminat. Padahal dalam kepalanya saat ini mahu berlari ke arah mamanya dan terpa wanita itu untuk di dakap dan dikucup semahunya.

"Mama nak jumpa kamu.."beritahu Nadia sambil mendekati Hera.

Mata Hera terus mengerling ke Riana di belakang meja itu. Dia masih kaku berdiri di situ tidak berganjak. "Aunt yang panggil mama ke sini ke??"tanya dia ingin tahu.

Riana menggeleng kepala dengan perlahan. "Tak..mama kamu yang datang sendiri ke sini.."

Baru Hera mahu memandang mamanya semula, tidak semena tubuhnya di terpa lalu satu lingkaran erat dirasai pada sekeliling badannya. Bau haruman yang amat dirinduinya terus menerpa ke rongga hidung!

"Maafkan mama, Hera?"ucap Nadia semasa memeluk tubuh Hera dengan mata terpejam. "Mama banyak buat salah pada kamu."rintihnya dengan jujur."Mama menyesal sebab sakiti kamu...tolong maafkan mama Hera...mama janji mama akan berubah demi kamumama sudah tiada orang lain selain kamu sayang..."

Untuk beberapa saat, Hera lost. Dia pandang ke depan dengan mata kejung kaku tidak berkedip. Namun selepas sober dari terkejutnya, Buat pertama kali dalam usianya. ini la kali pertama dia di peluk dengan erat oleh mamanya.

Riana di belakang meja perhatikan dengan senyuman sebak di bibir, dia Bawa tangannya ke depan mulut cuba mengawal emosinya.

"Kamu selalu ingatkan mama seperti apa papa kamu itu, tapi mama tak pernah nak dengartak pernah nak faham kata-kata kamu...dan sekarang mama sedar...papa kamu itu hanya lelaki tak guna yang gilakan harta...mama bersalah pada kamu...datuk kamu dan keluarga kita...maafkan la mama..."nangis Nadia dengan sedu sedan teruknya.

Baru la dia angkat tangannya dan perlahan-lahan balas pelukan itu. Hera mengedipkan matanya satu kali hingga buatkan air matanya ikut menitis ke pipi. Sedih dan gembira pada masa yang sama. Sedih sebab mama dia menyesal selepas semuanya terjadi...gembira sebab akhirnya dia dapat merasai dakapan ibunya sendiri.

"Hera maafkan mama..."ucap dia semasa rehatkan pipi pada bahu mamanya dengan mata terpejam. Tiada sekelumit rasa benci dan marah pada mamanya ini. Dia tahu mama dia begini kerana hasut racun dari papanya sendiri. "Terima kasih sebab datang"

Oleh kerana terlalu lega mendengar ucapan itu, Nadia terus meraung kesedihan. Dia gerak mahu terduduk di situ kerana lemah semangat. Mana tidaknya selepas apa yang dia lakukan terhadap Hera,anaknya masih mahu memaafkan dirinya.

"Mama minta maaf Hera...mama betul-betul minta maaf.."raung Nadia dengan traumatic sekali.

Hera gagahkan dirinya untuk bantu mamanya kekal berdiri. dia peluk tubuh yang sedang menggeletar teruk itu pada masa yang sama. "It's okay mom...ianya bukan salah mama..Hera sentiasa maafkan mama. Please don't cry.."

Kasihan dengan keadaan kakaknya, Riana kemudiannya bergegas mendapatkan Nadia dan Hera. Dia turut bantu Hera untuk peluk Nadia supaya kekal berdiri disitu.

"Mama salah..Hera..mama menyesal.."nangis Nadia dalam pelukan mereka.

Taktala Hera dan Riana saling menghadap antara satu sama lain, dua-dua itu saling membalas renungan penuh maksud Bersama senyuman syukur di bibir.

Lantas Hera gerakkan mulut menyebut 'terima kasih' kepada Riana senyap-senyap.

Riana pula, sekadar tersenyum senang. Dia berasa lega yang semuanya sudah selesai akhirnya.











🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Hihihi!

Esok puasa la!

Hooray!

Selamat berpuasa ya kepada Buddies muslim di luar sana.

Cerita ni dah nak habisda

Rasa macam rugi pulak nak habiskan satu malam ni.

Apapun terima kasih ya sebab sudi tunggu dan baca!

Teruskan menyokong!

Tinta akan teruskan berkarya!

*finger heart*

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now