Bab : 41

1.7K 167 7
                                    

🌷Ugutan🌷

Riana memandang kedua-dua pinggan di depannya. Pelik apabila melihat sisa yang ditinggalkan pada atas pinggan itu. Lantaran dia kerling akan empunya pinggan pula. "Kamu berdua kenapa tak makan kacang tu?"tanya dia kepada Hera dan Kayden.

Serentak itu kedua-duanya bersuara. "Alergik."

Riana memandang terkejut, apatah lagi kedua-dua orang itu.

Hera jeling ke Kayden.

Kayden pandang Hera dengan kening terangkat.

"Oh...interesting."ujar Riana sambil tersenyum. "Kalau macam tu senanglah nanti kalau kamu berdua keluar makan sama. Tak adalah order benda yang sama kalau ada kacang."

Mendengar kata-kata itu Hera buat muka tidak selesa. Entah kenapa dia dapat rasakan maksu dia ini sedang merancang sesuatu yang sinister tanpa pengetahuan dia. Sesuatu yang bakal menyusahkan dia suatu hari nanti!"Hera dah habis makan."pamit dia semasa bangun dari situ dan gerak keluar dari meja itu.

Kepala Kayden itu berpaling sewaktu Hera bangkit dari kerusi di sebelahnya ketika itu. Dia perhatikan langkah itu sehinggala Hera menghilang masuk ke dapur. Yakin yang gadis itu sudah menjauh barula dia memandang Riana.

"Puan tak beritahu apa-apa lagi pada Hera?"tanya dia dengan nada separa berbisik.

Riana menjungkit bahu. "Tak."

Kayden pandang Riana dengan kening berkerut. "Tak apa ke?"soalnya berasa serba salah dengan semua idea ini.

"Kenapa?Kamu tak mahu lakukannya?" duga Riana dengan renungan judging. Dia capai gelas berkakinya lalu dihirup minuman di dalamnya.

Kayden bersandar ke belakang. Tangannya direhatkan ke lengan kerusi makan itu. Pandangan dia pula terarah pada pinggan makannya yang sudah licin dibersihkannya tadi. "Saya tak tahu.."serius dia tak tahu sama ada patut ke dia teruskan semua ni!?

"Cubalah dahulu...buat masa sekarang Hera perlukan seseorang yang boleh bantu dia bentuk emosinya..Dan kamu boleh berkenalan dengan Hera at the same time. Sambil menyelam sambil minum air...kamu tak mahu ke?"ujar Riana dengan senyuman penuh misteri.

Kayden mendiamkan diri. Dia berfikir sejenak memikirkan risiko, kesan dan akibat akan keputusannya nanti. "Macam mana kalau Hera tak suka?" tanya dia tidak lama selepas itu.

"Apa susah..buatlah dia suka...mama kamu pun dah setuju.Rasanya tiada masalah la.."

"Cakap macam senang...orang macam Hera tu kalau di beri belian permata sekalipun tak nak pandang..ini kan lagi-"

"Elok la kalau macam tu...tak suka ke?Ingat senang ke nak dapat orang seperti Hera tu. Kalau kamu tak suka boleh cepat-cepat beritahu saya dan tarik diri. Saya ada ramai calon lagi yang boleh jadi teacher untuk dia..." Riana meneguk lagi jus oren di dalam gelasnya sehingga habis sebelum memandang Kayden.

Tersentak Kayden. Dia duduk tegak sebaik mendengar amaran itu. "Puan serius ke?"

Riana mengangguk kepala dengan muka bersahaja tidak kisahnya. "Sudah tentu. Kamu nampak saya sedang bergurau ke sekarang ni"

Mata Kayden berkedip satu kali saat dia pandang bungkam ke Riana.

"Kamu belum tahu siapa Hera sebenarnya...apa-apa yang melibatkan Hera adalah priority saya. Mana-mana yang ambil ringan mengenai dia amat dilarang."beritahu Riana dengan nada perlahan tapi penuh dengan nada amaran. "Sekiranya kamu berjaya...surat rekomendasi itu akan serta merta di kuatkuasa tanpa tapisan. Pilihan kamu untuk lakukan yang terbaik atau berjuang sendiri untuk mendapat tempat di university idaman kamu itu.."

Dalam diam, tangan Kayden yang berada di atas peha ketika itu bergerak mengepal jari jemari dengan erat. Matanya masih terarah pada Riana.

Tiba-tiba Hera berjalan masuk ke ruang makan itu semula. Dia mengambil beberapa pinggan kotor yang lain untuk di bawa ke dapur. Langsung tidak sedar akan perbualan dua orang itu sama sekali.

Apabila Hera kembali masuk ke dapur semula, Kayden pun bersuara. "Ada calon lain?"hari tu kata hanya dia saja pilihan Riana. Kenapa berbolak balik pulak?

Riana mengangguk kepala. "Mestilah...takkan la kamu seorang sahaja. Saya sentiasa ada back up plan kalau-kalau kamu lari atau berhenti. Seperti yang saya beritahu kamu tempoh hari, memang kamu adalah satu-satunya orang yang saya harapkan. tapi tidak bermakna tiada orang lain yang boleh menggantikan kamu."hujung bibirnya terjungkit sedikit sewaktu tilik wajah cuak Kayden.

Renungan Kayden menjadi gelap, aura nekad terpancar di wajahnyal

"Apa yang saya perlu buat?"tanya Kayden. "Apa yang puan mahukan dari Hera untuk saya bantu?"

Berasa puas hati kerana dapat mempengaruhi fikiran Kayden, Riana menopang bawah dagu dengan kedua-dua tangannya di tegakkan atas meja itu. Senyuman jahat terukir lebar di bibirnya.

"Saya mahu kamu ubah Hera menjadi seorang gadis yang lebih baik dari sebelum ini. Seseorang yang tabah harungi apa saja tanpa rasa putus asa. Ajar dia untuk salur tenaganya itu ke suatu perkara yang lebih berfaedah. Sebab selepas semua ini, saya tidak berniat hendak pulangkan Hera semula ke keluarganya."beritahu Riana dengan nada bersahaja.

Kayden menelan air liur dengan susah payah, memandang wajah Riana dengan pegun. Apa yang dia telah libatkan diri ni?









🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Hihihihi.5 chapter je hari ni...

Ada baki 60 page lagi yang perlu di publish....

Even ada draft still Tinta struggle nak edit semula ayat dan paragraph cerita ni.

Nak tahu asal tajuk cerita ni apa sebelum diubah menjadi 'That's not my problem'?

First writing nama cerita ni ialah Hello Ms.Gangster and Mr. Bully. Tapi di tukar sebab nak sesuaikan dengan plot cerita.

Beberapa chapter dari cerita ni jugak dah di gunakan untuk buat cerita Breaking The Rule Breaker, Mr. Right, Hello Miss Devil, Miss Stalker and Misteri Guy.

Disebabkan itu ada beberapa chapter perlu dibuat perubahan. So kalau ada typo ke atau ayat ulang tu, maknanya itu la chapternya...hahah!

Hope Buddies yang baca cerita ni suka la cerita ni!

Jangan lupa ya belanja Tinta vote dengan comment.

Your support is everything.

Buat mereka yang baru mengenali cerita Tinta, yang baru follow Tinta, Tinta nak beritahu time publish chapter baru bila.

Biasanya setiap hari akan ada update. Kalau hari bekerja, Tinta akan update chapter waktu malam area jam 8 ke 11 macam tu. Kalau hujung minggu je baru dari pagi hingga ke malam chapter baru akan di publish. You guys yang berminat nak baca chapter baru tu boleh la check waktu malam untuk updatenya.

And Tinta suka update chapter banyak-banyak dalam satu masa. Jadi kerap berlakunya typo dan grammar error dalam penulisan tu sebab laju semasa menaip. Bagi yang dah lama follow memang tak hairan la dengan perkara ni. Yang baru follow tu..Tinta very sorry untuk kesulitan kalian semasa membaca Tinta. But no worry. Tinta akan check semula kalau ada masa kendian betulkan mana yang salah.

Okaylah,itu je.

Jumpa esok!

🙋

Adios!

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now