🌷Peace Make Deal🌷
Bam!
Pintu bilik umum pengawas terbuka sambil di selangi dengan suara bising.
Pengawas lain yang ada di dalam ruangan itu tersentak dari aktiviti masing-masing. Ingatkan ada orang bergaduh ke apa, sekali lepas mereka jengah kepala nak lihat apapyang terjadi.
Last-last mereka nampak Naib Ketua Pengawas sedang berjalan masuk sambil dukung seseorang di atas bahu. Dan orang itu kelihatan begitu marah sekali.
"Turunkan aku sekarang! SEKARANG!!!!!" riuh bilik umum bersuasana senyap itu tidak semena dengan jeritan Hera.
Arion yang sudah menipis dinding kesabarannya melangkah laju ke sofa lantas campak Hera begitu sahaja ke atas sofa di tengah ruang tersebut.
"Argh!"Hera menjerit kecil kerana tindakan itu. Namun dia cepat-cepat sober dari terkejut sebelum bangunkan diri dari terbaring di sofa itu dan berdiri mahu pergi dari situ.
"Cukup Hera!"tegah Arion semasa tolak bahu Hera supaya gadis itu semula.
"Tak! Tak cukup! Aku nak dia sakit!"gelut Hera semasa mahu bangun semula.
Arion merenggus kasar, dia tolak Hera jatuh semula ke sofa itu dengan kasar. "Can you stop this madness for a second!?"tanya dia dengan kening mencerlung.
Baru sahaja Hera buka mulut hendak bersuara, satu suara menempik dari arah pintu masuk.
"Kau gila?? " bentak Kayden jalan dengan marah mendekati sofa dimana Hera dan Arion berada.
Kepala semua di situ tersentak. Tidak Hera. Dia malah silangkan tangan ke dada dan berkerut kening tak puas hati.
Sambil dekati Hera, Kayden rentap tali lehernya dari kolar dengan kasar sebelum buka butang kemeja sebab rasa rimas dan bahang kerana begitu marah.
Noah dan Kyle berjalan rapat ke Kayden. Siap sedia nak halang kalau kawan mereka nak berkasar dengan Hera ke apa.
Sementara Arion dah berdiri menghadang Hera. Jadi perantara Kayden ketika itu.
"Kau nak sangat dapat masalah ke!"tanya Kayden yang cuba lepasi Arion, tapi kawan baiknya itu tetap berdiri menghalang dia dari dekati Hera.
"Lelaki tak guna tu yang mulakan dulu!"marah Hera sambil lempar tangan ke arah pintu.
Kayden tolak Arion ke tepi sebelum berdiri rapat dengan Hera dekat sofa itu. Tangannya di cekak ke pinggang kerana marah. Dan semakin marah bila dia lihat keadaan Hera yang sudah kusut masai, bercalar balar itu. Ada lebam dekat tulang pipi kanan, tepi bibir berdarah sedikit dan rambut hitam itu berselerak ke merata arah.
"Sabar Kay... "minta Arion dengan perlahan. "Tanya dia dulu."aju dia supaya Kayden tidak buat kesilapan yang sama seperti hari tu.
Kyle sudah menggeleng kepala kesal sementara Noah masih berdiri dekat sity dengan kening berkerut susah hati. Rasa macam tak percaya je Hera ni perempuan dan anak dekan. Perangai tak ubah macam jantan. Gangster betul!
Mahu tak mahu, Kayden terpaksa surutkan rasa marah dan berang yang bertandang ketika itu. Perlahan-lahan dadanya yang berombak tadi menjadi tenang dan tangannya pun di turunkan ke sisi dengan letih.
"Kau gangster ke?Tak malu ke kalau orang pandang... bertumbuk.. bergaduh bagai... " tanya Kayden dengan nada tak percaya. "Kau perempuan kan.... jadi berlagak macam perempuan.. bukannya gangster!"
Hera berdiri. Dia menghadap lelaki lampai depannya dengan kening mencerun.
"Memang aku gangster! Kalau ya... kau ada masalah ke dengan tu? Siapa kau masuk campur masalah aku!"marah Hera sambil mengepal penumbuk kuat-kuat sampai sakit ditusuk dengan kuku jarinya. Tapi sakit itu tak dapat nak bandingkan rasa sakit yang dia rasai di hati ketika itu.
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Teen Fiction"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...