Bab : 55

1.6K 145 5
                                    

🌷The Truth🌷


Di Kolej New West,  kolej lama Hera, Alan dan Joshua.

"Tak!!! Aku tak salah! Lepaskan aku! Semua ni fitnah!!!!!"

Teriakan nyaring itu membuatkan pelajar-pelajar yang berada di lobi menjengah kepala. kehairanan ingin tahu. 

Ketika itu,  beberapa orang pegawai polis sedang mengheret seorang pelajar perempuan keluar merentasi kawasan lobi.

Kumpulan itu melewati para pelajar yang ke hulu dan ke hilir hendak masuk ke dalam dewan kulian. Kebetulan waktu itu jugalah mereka bertembung.

Natalia.

Ya.  Gadis itu yang ditahan oleh pihak polis.

"Arghhhhhh!!!! Lepaskan aku.... apa semua ni!?"raung Natalia sewaktu cuba bergelut dalam cengkaman pegawai polis yang mengiringnya keluar dari situ dalam keadaan tangan bergari ke belakang. "Aku tak salah.... aku tak salah!!!! "

Ramai-ramai pelajar yang berkumpul  di kawasan lobi itu  kelihatan dua orang penuntut wanita sedang berbual sesama mereka. Dan di belakang mereka duduknya seorang pelajar lelaki di tembok batu sekitar tiang besar kawasan itu.

"Aku dengar Natalia adalah pelaku sebenar untuk kes Cassy tempoh hari.  Rupa-rupanya Cassy salahkan Hera sebab takut kalau Natalia apa-apakan dia. Dan Hera terima semua tuduhan tu sebab nak lindungi keluarga Cassy dan Cassy sendiri dari terus di terrorize oleh Natalia...."

"Boleh pulak macam tu ya.... sampai nekad Hera nak lindungi Cassy siap dibiarkan dirinya di penjarakan...."

"Bukan apa... aku sendiri dengar dari kawan Natalia hari tu yang beritahu sebenarnya Natalia ni penagih,  dia selalu mintak duit Cassy nak beli barang tu.."

"Isy... apa la.... Natalia tu. Sanggup dia kan.  Dah rosak tu rosak la sendiri jangan nak rosakkan hidup orang lain.  Kan tak pasal-pasal Hera dipersalahkan dan di buang dari kolej ni... "

"Tapi masuk akal jugak la... sebab aku dapat tahu Hera sebenarnya adalah cucu tunggal kepada pengasas Kolej New West ni. Lelaki tua terkaya dan paling berpengaruh dalam. negara ni.. tapi sayang dia mati tinggalkan Semua ni pada Hera.... jadi disebabkan itu ada yang tak puas hati dekat dia. Sedaya upaya orang yang nakkan harta tu cuba burukkan nama baik Hera supaya hak perwarisan Hera dilucutkan.... tak hairan la Hera nak terima semua hukuman tu. Dia nak jaga nama baik kolej ni dari tercemar dengan kes penagihan Natalia... "

"What!? Hera? Si gangster tu?"

"Ya... papa aku adalah salah seorang dari lembaga syarikat induk datuk Hera,  dia dapat tahu semua ni... dia cerita dekat mama depan aku... "

"Kenapa Hera buat semua tu sampai burukkan nama sendiri? Jadi  kes kelab malam yang mengatakan Hera jual body cari duit itupun direka cipta oleh musuh Hera sendiri jugak la?Dan Hera terima semua tomahan tu sedangkan yang terlibat bukan dia,  tapi budak kolej ni sendiri?"

"Yalah...papa aku Cakap Hera letakkan semua kesalahan dia supaya nama baik. kolej ni tak terjejas. Dan kita penuntutnya sendiri tak tanggung malu. Cuba kau bayangkan sendiri... kalau keluar artikel yang bukan-bukan pasal. kolej ni.... gamaknya jatuh la publisiti tempat ni... dan kita penuntunya sendiri akan di pandang rendah oleh masyarakat."

"So.... maknanya selama ni kita dah salah faham pada Hera la... selama ni kita fikir dia seorang bermasalah dan tak guna... sedangkan sebenarnya dia cuba lindungi semua orang termasuk kolej ni?"

"Itulah.... dan sekarang Hera dah tiada dekat sini... kau tahu aku rasa serba salah sangat sebab pernah kutuk dia jugak... "

"Alah.... lantaklah... anak orang kaya ni menyusahkan...mentang-mentang la ada duit dan kuasa,  dia orang boleh lah buat hal... kalau kita ni orang biasa... kalau ada masalah macam tu... musnah la hidup wei... "

Perbualan dua orang itu tanpa disedari telah didengari oleh pelajar lelaki yang pernah berbalah dengan Hera di dalam bilik kuliah suatu masa yang lalu. Penuntut lelaki yang tuduh Hera dan kata Hera orang jahat yang bencikan semua orang dekat kolej itu.

Dia duduk di tepi tembok tersebut lantas mendengar semua cerita itu. Rasa serba salah terus menyapa dirinya. Kata-kata Hera tempoh hari kembali bermain dalam benaknya.

Hera berdengus tak percaya. Dia kecilkan mata memandang curiga ke pelajar lelaki itu. "Ingat aku pekak ke?"dia tendang lagi kerusi itu. "Asal?Kalau ada apa-apa yang berlaku je dekat sini, salah aku la?Macam tu?Kau nampak ke aku yang buat?Ada bukti?"marahnya dengan berang.

Pelajar lelaki itu berdiri, walaupun takut-takut dia tetap ingin bersuara.

"Memang la..siapa lagi kalau bukan kau. Dah la kasar, jahat lagi tu. Sesiapa pun akan fikir kau pelakunya...Kan kau bencikan semua orang dalam kolej ni..."balas pelajar lelaki itu.

"Kau fikir aku sorang je yang jahat dekat sini?"balas Hera kejengkelan. Macam tak guna je la mereka semua ni!Ada ke patut babitkan dia sedangkan dia tak buat apa-apa pun? Malahan duduk diam lagi tu. Kenapa nak salahkan dia jugak!?

"Sekurangnya kami semua tak sejahat kau, Hera.."

Tanpa sedar buku nota dalam tangannya ketika itu direnyuk kerana berasa geram dan berang pada masa yang sama.

"Kau pandang apa tu?" sergah kawannya di sebelah dengan tiba-tiba.

Dengan bingung dia dongak memandang rakannya di sebelah ketika itu.  "Huh?"

"Jomlah... Kelas nak mula ni. Lambat pulak kita ambik kuiz nanti."

"Oh-okay."

Buku ditangannya di pandang sekejap sebelum bangun dari situ. Sambil melangkah pergi sempat dia kerling ke arah pintu lobi dimana polis bawa Natalia pergi. Rasa serba salahnya semakin menebal. Tetapi tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi.

Beras yang sudah menjadi bubur tidak boleh diubah menjadi ketulan nasi....

Apa yang sudah terjadi tidak dapat diubah.....

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now