🌷Tunjuk Taiko🌷
"Aku rasa kita kena betulkan part rak yang dekat sini...sebabnya tak center. Aku dah potong bahagian kecil untuk buat laci. So ada baki lagi nak buat pembetulan.."kata Arion semasa tunjuk akan lakaran blueprint projek kayi mereka untuk projek akhir semester dalam Jurusan Seni Bina dan Arkitek mereka.
Kayden yang dengar ikut tunduk meneliti kertas di tangan. Mereka berdua jalan menyusuri koridor lalu gerak menghampiri tangga. Menuju ke lobi ketika itu. "Aku rasa okay je tadi...ke paku yang skru tadi senget..sebab tu tak center?"
"Tak memang senget...aku potong kayu masa tu senget agaknya.."
Kayden melepaskan keluhan Panjang. Penat betul!
"Lamanya la nak siap benda alah ni. Dekat dua minggu kita kerjakan. Tapi baru 20 peratus je yang jalan."keluhnya sambil menggulung kertas itu. Berjalan memandang ke depan.
Arion di sebelah dengan main-main tumbuk bahu rakannya. "Relaks la bro...masih ada masa dua bulan lagi untuk Tarikh akhir...sempat punya siap."
Kayden sekadar tersenyum nipis. Dia turun tangga di situ sambil melirik ke sekeliling dengan pandangan bosan sebelum berhenti dengan tiba-tiba dari melangkah. Dia memandang ke bawah tangga lobi.
Airon yang melihat pun turut berhenti. Dia memandang pelik ke tepi dia. "Asal?"Lelaki itu tidak menjawab kerana Kayden sedang memandang ke satu arah. Arion yang ingin tahu itu palingkan kepala ke arah yang sama dimana Kayden sedang pandang. Lantas dia ternampak Hera dari jauh sedang berkerut kening menghadap seorang pelajar lelaki. Ada air mata di wajah itu. "Bukan ke itu Hera?"tanya Arion sewaktu mahu memandang Kayden. Namun kawannya itu sudah tiada di sebelah.
Aik?
Bingung-bingung Arion nak cari kelibat Kayden, sekali tu dia nampak Kayden sudah pun tiba di bawah dan berarak mendekati ke arah Hera di lobi itu. Dia pun apa lagi...tergesa-gesa la turun tangga dan mengejar langkah rakannya. "Wei!Tunggu!"
"Aku tak nak tengok muka kau lagi!"
"Hera...aku minta maaf...aku tak tahu.."
"Maaf...maaf...itu je la yang kau tahu kan!Kau ingat maafkan kau boleh pulihkan semua keadaan ni ke!"
Apabila Kayden nampak pelajar lelaki itu mahu mendapatkan Hera, dia terus buka langkah seluasnya dan berdiri di depan Hera sesaat kemudian. Membuatkan lelaki itu tersentak. Buat seketika dua orang itu saling melawan renungan.
Alan sudah membutang mata.
Sementara Hera di belakang Kayden berkerut kening.
"Apa yang berlaku ni?"tanya Kayden sewaktu pandang Que dengan kening mencerun serius.
"Kau pulak siapa?Tepi..ini bukan urusan kau."arah Que yang dua kali sama dominan dengan Kayden.
"Hera adalah urusan aku...jadi apa-apa yang melibatkan dia adalah urusan aku.."jawab Kayden.
Melihatkan lagak dua orang itu, Hera menjuling mata menyampah. Malas hendak lama-lama di situ, dia terus berpaling dari situ. "Bergaduh la semahu kau orang.."katanya sambil tu.
Alan pun cepat-cepat dapatkan Que. Hendak menghalang rakannya dari bergaduh dekat situ. Yalah Que sendiri baru pindah. Nak cari pasal pulak dengan Kayden dan Arion. Dua orang ,kuat akademi ini. Memang mintak masalah je la jawabnya.
"Tak apa...Que..nanti-nanti je.."bisik Alan kerana cuak melihatkan Kayden dan Arion di situ.
Que menarik tangannya dari di pegang. Dia pandang bengang ke arah Kayden di depannya ketika itu.
"Memangnya kau siapa?Teman lelaki dia?Huh?"tanya Que pada Kayden.
Arion jalan merapat ke belakang Kayden dan pandang tak puas hati pada pelajar baru di depannya. Dia ada dengar tentang pelajar baru yang berpindah ke sini adalah anak orang kaya. Tak sangka pulak orang itu adalah kenalan Hera. "Hey Budak baru..jangan nak tunjuk lagak dekat sini...baik kau blah.."arahnya selepas berdiri di tepi kiri Kayden.
Alan kerling ke Arion sambil menelan air liur gemuruhnya. "Dah la...jom."ajaknya pada Que lagi.
Tapi Que tidak mahu berganjak. Dia masih tak puas hati. Tak nampak ke orang tengah bercakap tadi. Dua orang ni suka hati nak menyampuk apahal!
Kayden berdiri mendabik dada, hendak tunjuk pada lelaki di depannya itu siapa bos!
"Bukan teman lelaki dia, tapi cukup untuk buatkan sesiapa yang nak susahkan dia melutut depan kaki aku...so kalau kau tak nak nasib kau berakhir macam orang lain...better kau berhambus dan jauhi Hera.."beritahu Kayden berbaur ugutan.
Berketik rahang Que mendengar kata-kata. Tiba-tiba saja dada dia berombak marah.
"Que...jom.."ajak Alan sambil tolak rakannya ke belakang untuk jauh dari Kayden.
Mahu tak mahu, Que terpaksa ikut Alan, dia jalan undur ke belakang beberapa langkah sambil memandang Kayden sebelum berpaling dari situ dengan muka bengang.
Langkah dua orang itu di perhatikan oleh Arion dan Kayden di belakang.
"Siapa mamat tu?Tak pernah aku nampak?"tanya Kayden dengan kening mencerun tak puas hati.
"Budak baru...dari New West katanya. Dia pemain quarterback baru untuk pasukan ragbi.."jawab Arion dengan mendatar. Sikit pun tidak rasa tertarik. "Kenapa Hera menangis tadi?"
"Itu yang aku nak tahu...tapi mamat perasan bagus tu boleh pulak tunjuk taiko depan aku.."kata Kayden dari balik ketapan gigi.
"Better kau pergi kejar Hera...dia mungkin tengah sedih sekarang.."pesan Arion sambil pegang bahu Kayden.
Kayden merenggus kasar. Dia menjeling ke Arion dengan kesal. "Menyusahkan aku...ingat senang apa nak jaga Hera tu...boleh pulak ada yang rosakkan semuanya.."sungutnya.
Sambil capai barang di tangan Kayden ketika itu, Arion berdengus kecil hendak ketawa. "nak buat macam mana...dah memang kau yang nakkan??"balasnya.
YOU ARE READING
35. That Not My Problem
Teen Fiction"That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu merek...