Bab : 34

1.7K 164 2
                                    

🌷Sengaja🌷

Kawasan gelanggang bola keranjang sibuk seperti biasa apabila pasukan Royal Team membuat latihan mereka pada hari itu. Para pelajar yang meminati kumpulan itu berkumpul sekeliling kawasan gelanggang itu menyokong ahli pasukan kegemaran masing-masing.

"Senior Kayden!"laung pelajar perempuan dengan poster dan banner fan mereka di tepi court tersebut.

Kayden di tengah gelangang tidak terganggu. Dia focus pada latihannya ketika itu. Ianya sudah menjadi kebiasaan dia dihurung dengan hiruk pikuk penyokongnya. Mata itu tajam memerhati gerak geri rakan sepasukannya bertindak. Dia membaca setiap pergerakkan yang rakan sepasukan dan lawannya untuk mengagak langkah yang dapat di cipta sewaktu perlawanan nanti.

Saat bola itu berada di tangannya, Kayden bersedia hendak melontarkannya ke dalam jaring. Tetapi ekor mata dia ternampak satu susuk tidak jauh dari gelanggang tu. Terlalu hafal siapa pemilik belakang badan itu, idea muncul di benaknya pada masa itu juga.

"Baling la Kayden.."beritahu Arion di belakang.

Bersama sengih nakal di bibir, Kayden pusingkan badannya ke arah orang itu lalu melontar bola oren itu tepat mengenai belakang badan itu.

POK!

Tepat mengenai kepala bersanggul kemas itu. Membuatkan orang yang hendak berjalan ke depan itu hampir mahu terhumban ke depan dek balingan bola tersebut.

Kayden tersenyum bangga. Sememangnya dia shooter terbaik Akademi Royal High.

Sambil pegang kepalanya yang terkena bola, Hera berpaling hendak mencari si pelaku dengan kening berkerut. Sekali tu mata dia terarah pada lelaki berjersi biru kuning di tengah gelangang. Kayden sedang memandang ke arah dia dengan senyuman boyish di bibir.

Isy!

Dengan geram Hera kutip bola oren di bawah kakinya sebelum berarak masuk ke dalam gelanggang tersebut dengan langkah marah dan muka geram.

Arion dan yang lain hanya memerhati dari kejauhan.

Kayden tunggu Hera di situ dengan muka berlagak yakinnya.

"Kau dah kenapa!"marah Hera pada masa dia membaling bola yang sama tepat ke perut Kayden. namun sempat di sambut oleh lelaki itu. Dia jalan menghampiri Kayden saat memegang helaian kertas di tangan. "Dah rabun sangat ke?"dongak dia setelah berdiri dua langkah jaraknya dengan lelaki lampai di depannya.

Mata Kayden tunduk ke bawah. Dia pandang wajah marah comel Hera dengan sengih meleret nakalnya.

"Tak...mata aku elok je...malah mata ni jugak yang menjadi igauan ramai gadis akademi ni.."balas Kayden dengan kepala terlentok ke kanan.

Hera buat muka kengerian, dia lirik Kayden dari atas ke bawah dengan kening berkerut. Memang tak boleh dinafikan. mamat sengal depannya ini kacak dan mempunyai rupa. Itu tak bermakna boleh salah guna semua itu untuk hiburan diri.

Dia mencekak pinggang tidak puas hati. "Jangan nak berlagak!Loya tekak aku dengar. Kalau elok mata tu...asal tak Nampak mana tiang mana orang...ikut baling suka hati tu kenapa!Ingat tak sakit ke!"

"Ohh..betullah..baru aku sedar kau dengan tiang jaring tu sama je..tak ada beza"sakat Kayden lagi.

Mulut Hera terbuka sedikit.

Tangan yang mencekak pinggang itu kemudiannya jatuh ke sisi kerana begitu tercengang mendengar komen itu. What the hell!Perangai sampah apakah ini!Dah la buat orang!Kemudian kecam orang!Bukannya nak mintak maaf!

Dasar si sadis!

"Hei...mamat tiga suku!Kalau dah salah tu mintak maaf la!Suka hati je nak label aku tiang apahal!"cebik Hera dengan benci.

Kayden berdengus."Tak kuasa aku nak minta maaf dekat minah senget macam kau ni!Better aku minta maaf dekat tiang lagi bagus."katanya sewaktu pandang tidak suka akan Hera.

Ugh!Sambil mengerang kejengkelan, Hera hentak kaki memberontak lalu berpaling mahu pergi dari situ. Tidak mahu lama-lama di situ kerana boleh jadi gila dia dibuat perangai sengal Kayden. Lagipun dia sudah lambat hendak ke kelas seterusnya. Ni semua Kayden punya pasal!

Menjauh saja Hera dari situ, Arion muncul di sebelah. Dia turut perhatikan langkah Hera sebelum palingkan kepala ke Kayden. "Kenapa kau buat macam tu?"tanya dia.

Kayden ikut memandang Arion sebelum tersengih. Entah, dia tak tahu.

"Kan dekan suruh kau jaga dia supaya tak timbulkan masalah...tapi aku tengok macam kau yang bagi masalah dekat dia adalah.."ujar Arion.

"Saja...macam seronok je sakat dia....jom la sambung praktis.."kata Kayden semasa berpaling menghadap rakan-rakannya yang lain.

Tidak faham apa yang difikirkan Kayden, Arion menggeleng kepala sambil mengetap garis nipis di bibir.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now