Bab : 36

1.7K 172 3
                                    

🌷Kenapa? 🌷

"Hera!"panggil Alan dekat belakang.

Hera dekat depan dah jalan macam apa, kakinya dilangkah seluas mungkin. Hendak lari takut tersandung pula sebab tengah turun tangga. Mahu tak mahu dia terpaksala berhemah sewaktu melangkah turun dari situ.

"Tunggu la dulu Hera!"panggil Joshua pula.

Nak apa lagi la dua jebon tu dari dia! Hera palingkan kepala memandang ke belakang. Hendak lihat jarak dia dengan mereka sama ada sudah jauh atau tidak. Tapi apakan daya, orang yang mengejar dia sekarang adalah pemain ragbi. Memang tidak la dia dapat lari dari mereka.

"Jangan kejar aku!"arah Hera sewaktu dia kalut memegang tembok pemegang tangga itu semasa kakinya lekas-lekas menuruni tangga.

"Kita orang nak cakap dengan kau sekejap!"

"Berhenti Hera!"

Enggan mendengar permintaan itu, Hera langkau dua anak tangga dari situ supaya cepat sampai ke bawah. Namun kakinya tersilap pijak, maka dia hilang keseimbangan sebelum gerak hendak terpelecok jatuh ke tepi anak tangga itu.

Oh sh*t!

Mata Hera terbutang luas kerana terkejut, bersiap sedia hendak menerima impak. Patah riuk la jawabnya lepas ni!

"Hera!"tidak semena satu tangan muncul dari belakang, sempat memegang lengan kiri Hera ketika itu halang dari dia terjatuh mengguling di anak tangga itu.

Rentapan kuat tersebut buatkan Hera menahan nafas di kerongkongnya. Dia dongak memandang ke atas sebelum bertemu muka dengan Joshua di sisi dia. Orang yang menyelamatkan dia. Tidak terkata dengan situasi itu, dia termenung sekejap memandang muka tegang Joshua.

Nasib baik!

"What the f*ck!Asal dengan kau ni!? Kan kita orang suruh berhenti tadi!" marah Alan yang muncul sesaat kemudian di depan Hera.

"Nasib baik sempat."lafaz Joshua dengan lega.

Tidak suka di kerumun dan di damping rapat oleh mereka, Hera rentap lengan dia dari cengkaman Joshua dan berdiri kan diri sendiri dengan sokongan tembok pemegang tangga di sebelahnya. Salah siapa buat dia gelabah sampai nak larikan diri!

Joshua tilik Hera dari atas ke bawah. Nak tengok sama ada kaki gadis itu tidak apa-apa.

"Tepi la!"tolak Hera dengan kasar Alan dan Joshua supaya tidak menghalang laluannya. Dia kembali turun sisa anak tangga yang ada.

"Wei tunggu!"hadang Joshua yang muncul di depan Hera setelah gadis itu tiba di lantai bawah. Dia memegang lengan itu lagi.

Langkah Hera pun terhenti. Dia palingkan kepala ke arah lain sambil menggigit bawah bibir kuat-kuat nak kawal diri supaya tidak bercakap dengan mereka. Ini lain tak bukan mesti nak tahu kenapa dia dekat sini...paling pun tanya tentang kejadian tempoh hari!Dia malas nak ingat balik semua tu!

Alan berdiri di sebelah kanan Joshua. Dia pandang Hera dengan kening mencerun marah.

"Kenapa kau ada dekat sini?Macam mana?Apa yang dah berlaku?"tanya Joshua dengan kehairanan.

"Kau buat masalah lagi kan?"tanya Alan pula.

Soalan itu buatkan Hera pandang mereka berdua. Dia turunkan tangan Joshua dari lengannya secara paksa. "Yang kau orang sibuk nak tahu kenapa? Jaga tepi kain kau orang sendiri sudah la!"dia gerak ke tepi pula untuk melewati mereka.

Tetapi Alan tidak benarkannya. Dia malah hadang ke tepi. Buatkan Hera berlanggar dengannya dan Hera terpaksa undur ke belakang semata hendak menjauhkan diri dari dia.

"Mesti la...ni kalau ada kau dekat sini..masalah la namanya tu..."beritahu Joshua. "Banyak-banyak tempat sini jugak kau nak bertapak!Tak ada kolej lain dah ke nak ambik kau sebagai pelajar mereka?"soal dia dengan sinis.

Sambil menggengam jari jemari, Hera ketap gigi dia menahan sabar mendengar kata-kata Joshua.

"Kita orang baru nak lapang tanpa ada kehadiran kau...sekali tu kau menyemak jugak dekat sini!" kata Alan pula.

Bibirnya di gigit geram. Benci betul la dia dengan dua orang ini. "Kalau aku tahu kau orang dekat sini tak adanya aku ada...kau ingat aku nak sangat ke berada di sini?"Hera pandang Alan dan Joshua dengan perasaan kecewanya.

"Dah tu kenapa kau dekat sini?"tanya Joshua.

Oleh kerana dia sudah tidak sabar lagi Hera lepaskan juga."Aku belasah orang sampai dia cedera teruk dan kena penjara. Parents aku buang aku..dan halau aku ke sini..puas hati sekarang!"beritahu dia di depan muka dua orang itu dengan dada naik turun keberangan.

Joshua termangu. Dia pandang tak percaya.

"Jadi betulla la khabar angin tu?" tanya Alan.

"Kau yang buat semua tu?"soal Joshua sambil menilik wajah merah padam Hera.

Rengusan kecil lepas dari Hera. Tanpa menjawab soalan mereka, Hera gerak ke tepi dan jalan melewati mereka. Kalau dia beritahu hal sebenar sekalipun, ianya tidak akan ubah apa-apa. Benda dah berlaku pun. Diingatkan semula semua itu hanya akan buat dia sakit hati lagi adalah! Hera membelok ke kanan koridor itu dan berjalan laju.

"Hera.."panggil Joshua lagi yang sekelip mata kembali berdiri di depan Hera dan depakan sebelah tangan di depan Hera.

Mata Hera terus terarah pada tangan itu sebaik dia berhenti mendadak. "Kalau aku cakap...kau percaya ke?" tanya dia semasa jeling ke lelaki itu. "Sedangkan waktu kau dekat sana kau sendiri sanggup tuduh aku...malah berani angkat tangan dekat aku...inikan lagi orang lain?"

"Sebab itu la kita orang nak tahu.." beritahu Alan pula yang muncul di tepi Hera pula.

Hera pusingkan badannya menghadap mereka berdua. Bersama muka serius dia berkata. "Sekarang kau orang nak sibuk tahu pasal aku kenapa!Pedulikan saja la urusan kau orang."

"Kau yang sakiti Cassandra ke?"ulang Joshua lagi. Dia tahu Hera sering timbulkan masalah. Tapi dia tak percaya Hera akan sakiti orang lain.

Hera tolak dada Joshua dengan marah. Berang asyik di tanya soalan yang sama. "Kau nak aku jawab apa lagi. Bukan aku. BUKAN AKU YANG BUAT!!!"tempiknya sambil tu.

Tolakan itu sama sekali tidak buatkan Joshua berganjak. Dia malah tegak berdiri di situ setiap kali di tolak Hera sebab ianya tidak sekuat mana.

"Berhambus!Jangan dekati aku lagi!" Hera berlalu pergi dari situ.

Joshua dan Alan tidak lagi mengejar. Mereka berdua berdiri di situ sambil memandang ke antara satu sama lain. Mereka tergamam kerana buat pertama kalinya perkenalan mereka dengan Hera, gadis itu meninggikan suara ke mereka.








🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

So macam mana?So far so good chapter hari ni?

Harap okay la ya.

Cuti sekolah ke tak...kena datang sekolah jugak.

Haih!Alamatnya lambat update la esok.

Jadi hari ni Tinta belanja 10 chapter sekali ya.

Ingat nak update sampai bab 40. Tapi itu la...nak layan movie dulu dekat netflx.

Hope you guys enjoy reading this.

Thanks sebab sudi baca. I appreciate it so much.

Senyum selalu okay. Positifkan fikiran tidak kira apa sekalipun situasi yang dihadapi. Hati sihat badan pun sihat. Jangan banyak fikir, Mudahkan cara nak selesaikan masalah tu. Kalau complicated sangat diri yang susah!

Itu je!

Adios!

XOXO!

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now