Bab : 89

1.7K 141 5
                                    

🌷Berbaik Tapi Tidak Tertuntut🌷

Dalam keadaan terketar-ketar mahu menangis, dengan kalut duit syiling di masukkan ke dalam slot mesin air layan diri itu. Selesai masukkan sejumlah syiling, pilihan minum espresso di tekan dalam keadaan tergesa-gesa.

KEDEGANG!

Satu tin minuman jatuh di dalam laci bawah mesin itu.

"Hera!"panggil satu suara di belakang pada orang di mesin air itu dengan bersemangat.

Hera yang sedang membongkok mengambil tin minumannya itu capai tin tersebut lantas berpaling ke belakang. Melihat orang yang berjoging ke arahnya.

Que berhenti di depan Hera, dia memandang gadis itu dengan dada naik turun mencari nafas.

"Kau sibuk ke lepas ni?"tanya Que.

"Ada apa?"tanya Hera sambil mengumpil pin di penutup tin tersebut.

PSSA!

Angin keluar dari tin itu sebaik ia terbuka.

Mata Que memerhati Hera Sewaktu gadis itu dengan rakus meneguk minuman dalam tin itu dengan hanya satu nafas. "Aku nak cakap sesuatu dengan kau.."

Hera turunkan tin itu dari mukanya lalu memandang Que dengan kening berkerut. "Cakap je la sekarang..apa dia?"dia gerak ke rel besi pemegang tembok koridor. Berdiri saja dia di situ, Hera menikmati pemandangan sekeliling tempat itu dengan renungan dingin sebelum tunduk memandang ke tingkat bawah sekali tanpa rasa gayat.

"Aku tahu aku dah banyak salah dan silap dengan kau selama ni...tapi apa yang pasti sejak aku tinggalkan kolej, aku selalu teringatkan kau...mulanya aku perasaan tu hanya disebabkan rasa benci aku terhadap kau, tapi rupanya tak."luah Que semasa memandang Hera dengan renungan dalam yang lama. "Nampaknya aku dah tersuka kan kau semula"

Kening Hera berkerut, hatinya berkecamuk. Dia pun baru sedar sesuatu. Perasaan suka dan sayang dia terhadap Que hanya la semata rasa suka dia dan sayang dia terhadap Que sebagai seorang kawan dan teman semata. Memang dia tak boleh move on dari Que, yalah lelaki ini adalah cinta pertama dia. Lelaki yang pertama buatkan hati dia berdebar, mesti la bukan senang hendak dilupakan. Tetapi semua itu tidak cukup untuk buatkan dia kembali semula bercinta dengan Que.

Jarinya mengurut kening. "Apa kau merepekkan ni?"tanya Hera yang berasa susah hati dan serabut dengan apa yang di dengar. "Kau prank aku ke?Atau saja nak bergurau di tengah hari yang indah ni?"
selorohnya.

Que menggeleng kepala. "Tak...aku serius. Aku just nak beritahu kau. Bukan niat nak ajak kau get back balik dengan aku. Aku cuma jelaskan situasi ni supaya kita dapat berkawan semula. Please..bagi aku peluang untuk tebus salah aku dengan jadi kawan dan teman kau sampai bila-bila"pandang Que dengan renungan terkilannya.

Hera tersenyum sedih, Tangannya yang sedang mencengkam tin minuman sudah menggigil kuat kerana sebak. Kenapa la hati ini sering mudah berbolak balik. Asalkan dia sayangkan seseorang itu, pasti dia akan dikecewakan, asalkan dia sudah mula terbuka hati hendak Bersama dengan seseorang, dirinya di khianati. Dan sekarang dia tersepit di antara dua. "Kau tahu kan aku tak boleh terima kau semula?"tanya dia.

Que mengangguk kepala akur. "Tahu.."

"Still kau nak berkawan dengan aku?"tanya Hera.

"Mesti la...kita kan dah lama kenal. Tak kira apa yang berlaku, aku akan tetap berkawan dengan kau.."lafaz Que sebelum beri senyuman mesranya kepada Hera.

Mata berkaca Hera semakin lama semakin bersinar kerana air mata mula bertakung.

"Kalau macam tu kau takkan tinggalkan aku sendiri la ni?"tanya Hera lagi. "Even kita bukan couple?"

"Yup!"angguk Que.

"Fine...aku maafkan kau..dan terima permintaan untuk berkawan kau tu...tapi ingat kau buat perangai aku tak teragak-agak batalkan semua perjanjian kita ni.."beritahunya sambil beri jari satu ke depan muka memberi amaran.

Gembira dengan hal itu, Que terus Tarik Hera ke dalam pelukannya. "Teriam kasih Hera, tak adalah aku serba salah sepanjang masa mengingatkan kau."

Hera gerak mahu mencapai lengan Que, hendak membalas pelukan itu, namun tidak sempat dia berbuat begitu, dengan mengejut satu cengkaman kuat terasa pada lengannya sebelum sekelip mata tubuh dia di ceraikan dari pelukan Que.

Bersama nafas tertahan, Hera berpusing ke belakang lantas melanggar depan badan seseorang.

"Apa kau cuba buat hah?Kan aku dah beritahu dekat kau jangan dekati Hera lagi!"marah Kayden di situ sambil memegang erat tangan hera. Dia pandang akan Que dengan kening mencerlung marahnya.

Kejung Que dekat situ sebab ikut terkejut dengan tindakan Kayden dan kemunculan tiba-tiba lelaki itu ke situ.

"Mana ada a-"

Tidak mendengar apa-apa Kayden berpaling dan Tarik Hera Bersama dengannya pergi dari situ. "Ikut aku sekarang.."tegasnya.

Hera bergelut enggan ikut Kayden, tetapi lelaki itu malah menarik tangannya ke depan dengan langkah yang laju hingga dia tidak terkejar.

"Kayden!Lepaskan aku la!Apa masalah kau ni!"marah Hera sepanjang perjalanan itu.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now