Bab : 39

1.7K 147 0
                                    

🌷Tutor🌷

Rentak lagu Dark Room dari Michele Marrone berdendang rancak dalam headfon sewaktu Naik turun pemegang vacuum itu semasa tangan Hera yang memegangnya bergerak ke depan dan ke belakang beberapa kali menyedut segala habuk yang ada di situ. Setelah di bawah meja, hujung vacuum itu gerak ke bawah sofa pula. Selesai di satu sofa, Hera berpaling untuk bersihkan bawah sofa yang satu lagi di belakangnya.

Menghadap saja dia ke sofa itu, mata Hera terpandang akan susuk lampai yang sedang bersandar sebelah bahu di laluan masuk ruang tamu menghadapnya ketika itu.

What the heck!?

Keningnya terus berkerut, pelik melihat lelaki asing ini di dalam rumahnya. Mimpi ke? "Apa yang kau buat dekat sini?"tanya Hera dengan kepala terlentok kehairanan. "Eh... bukan.. macam mana kau boleh ada dekat sini?"dia betulkan semula soalannya kerana berasa bingung sendiri. "Kau stalk aku eh?"

Kayden berdengus.

"Cakap tu biar elok sikit ya. Muka handsome macam ni nak stalk kau?"Kayden tunjuk mukanya sendiri. "Kau ingat kau siapa aku nak stalk bagai tolonglah.."balas Kayden dengan menyampah.

"Dah tu..kenapa kau ada dekat sini?"tanya Hera lagi sambil acu hujung vacuum itu ke arah Kayden. Sedut muka tu dengan vacuum ni baru tahu. Berlagak betu!"Baik kau beritahu atau aku vacuum muka kau tu!"

Ketika itu la Riana muncul dari belakang Kayden Bersama buku di tangan. Dia jalan mendekati Kayden lantas menghulur buku-buku tersebut kepada anak mudra tersebut. "Nah..Kayden. Ini buku yang kamu mahukan tu.."

Hera pandang ke Riana dengan muka dumbfounded. Eh?Maksu dia?Kayden?Dua orang ni? Apahal pulak dah ni?

"Nanti dah habis baca bolehkah kamu berikan feedback. Mana tahu boleh la saya tahu apa yang perlu ditambahkan dalam kandungan buku tu nanti.."tambah Riana lagi.

Kayden sambut buku itu dengan senyuman senang di bibir, "Dekan adalah penulis kegemaran saya..mesti la saya akan bagi feedback sekali.."selorohnya.

Huh?Hera menjungkit kening dengan tinggi. Dia turunkan hos vacuum itu ke bawah lalu mematikan suis pada alat itu sebelum bersuara. "Aunt kenal siapa mamat tiga suku ni?"tanya dia sambil tunjuk ke Kayden.

Riana pandang Hera dengan muka funny lalu ketawa kecil. "Siapa mamat tiga suku?Dia?"tunjuk Riana ke Kayden. "Mestilah... siapa tak kenal kapten pasukan bola keranjang akademi Royal High..Kayden Daniel.."dia menepuk lengan itu sewaktu berkata. "Dia juga adalah ketua pengawas pelajar akademi kamu"

Mata Hera terbutang luas, dia pandang dari atas ke bawah akan Kayden. Kapten pasukan?Ketua pengawas!No wonder la perangai tak guna macam terlebih perhatian!Berlagak perasan bagus nak mampus! 'Ya ke... kapten..tengok macam tukang bersihkan tandas adalah.."ejeknya kerana berasa jengkel dan tidak suka.

Kayden menjegil mata kegeraman sambil membuat muka seperti mahu mencarut di situ geram mendengar komen Hera.

Hera menjelir lidah tidak peduli akan amaran Kayden.

"Ahahaha...ada-ada saja lah kamu berdua ni.."Riana pandang Hera dan Kayden silih ganti di situ dengan senyuman lebar di bibir. "Oh ya..Kayden kenalkan ini anak saudara saya Hera Xiana...Hera..ini Kayden Daniel. Kamu berdua berkawan la dengan baik..sebaya pun.."

Mendengar ajakan itu Hera terus buat muka jijik seperti pandang sesuatu yang menggelikan. "Ih...tak kuasa Hera...siapa nak kawan dengan mamat tiga suku macam dia ni.." cebiknya sebelum mengangkat vacuum itu bersama untuk disimpan ke almari stor.

Bila Hera menghampiri laluan masuk itu, Kayden yang kebetulan berdiri di situ terus berdiri tegak, menghadang laluan tersebut.

Maka berdiri melangit la Kayden di depan Hera ketika itu sambil di perhatikan oleh Riana yang tersengih-sengih sejak tadi.

Hera pandang tak puas hati. Nak apa mamat ni! Dah puas hidup sangat ke asyik nak buat dia sakit hati!

"Tepi la sengal!"marah Hera sewaktu dongak sedikit untuk melawan renungan Kayden.

"Hera...jaga bahasa kamu tu.."tegur Riana serta merta.

Kayden pun tersengih. "Dekan..dekan tak nak beritahu dia ke kenapa saya ke sini?"tanya dia tanpa alihkan pandangan dari mata Hera.

Soalan itu buatkan Hera tersentak lantas melarikan perhatiannya dia ke maksunya. Dah!Apa pulak lagi ni?

"Oh..ya tak ya."Riana tepuk tangan satu kali kerana tersentak menyedari sesuatu. "Hera...kenalkan...dia adalah rakan tutor kamu. Mulai hari ni Kayden yang akan jadi guide untuk pembelajaran kamu nanti." maklumnya. "Sebab itu la aunt panggil dia ke sini."

Huh!

Tutor?

Kayden?

Mulut Hera ternganga lepas dia dengar. Dengan perasaan tergamam bagai nak mengaum marah, dia silih ganti memandang wajah Riana dan Kayden yang sedang tersenyum meleret bangga kepadanya.

Kenapa tiba-tiba nak bertutor bagai ni!?

"Serius?"tanya Hera dengan nada tak percaya.

"Yup princess..."balas Kayden. Dia bawa tangannya yang bersilang di dada sejak tadi ke depan Hera. Mahu berjabat tangan dengan gadis itu. "Selamat bekerjasama."

Hell no!Mata Hera berkedip satu kali saat tunduk memandang tangan Kayden lalu ke Riana yang sudah tersengih dari telinga ke telinga. Takkan la!

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now