Bab : 76

1.6K 149 2
                                    

🌷Memori Terindah🌷

"Atuk...boleh Hera tahu kenapa atuk tak suka dekat papa Hera?"tanya dia semasa tolong sarung stoking di kaki kurus dan sejuk datuknya yang terlantar di katil kerana sakit dan strok lumpuh separuh yang dialami.

"Sebab dia buatkan mama kamu memberontak pada atuk.."jawab datuknya melalui topeng oksigen yang dipakainya pada wajah. Disebabkan usianya sudah lanjut, jantung tuanya itu alami masalah yang banyak, termasuk la lemah jantung.

"Apa maksud atuk?"tanya dia semasa mengangkat kepala memandang wajah datuknya yang pucat di atas bantal yang disandarkan pada headrest katil.

Datuknya menarik sengih mengejek. "Bukanlah...mama kamu terlalu cintakan papa kamu sehinggakan perasaan suka dia membutakannya untuk tidak dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk untuk dirinya. Bila atuk nasihatkan mama kamu, malahan mama kamu menengking atuk dan menuduh atuk memfitnah suaminya itu.."

Dia yang dengar tidak menyampuk dan terus mendengar celoteh datuknya itu.

"Setiap atuk cuba beritahu Nadia yang Nathan itu hanya seorang lelaki tamak yang pentingkan diri dan kaki perempuan, mama kamu mati-matian membela papa kamu itu. Sampaikan mama kamu bencikan atuk dan menuduh atuk la punca kenapa kamu bencikan mereka berdua dan suka melawan kata Nathan..."

"Mama cakap macam tu pada atuk?"soalnya dengan perasaan malu dan sebu di dada. Rasa sedih sebab mama dia sanggup sakiti lelaki sebaik atuknya ini. "Atuk sedih tak bila mama bencikan atuk?"

Datuknya malah tersenyum kepadanya dengan renungan lega. "Siapa tak sedih bila anak yang dibela bagai menatang minyak yang penuh berpaling tadah pada ayahnya sendiri...mesti la atuk sedih. Tapi atuk tak pernah simpan di dalam hati...setiap hari atuk doakan yang terbaik buat mama kamu...atuk harap dia sedar suatu hari nanti...yang mana batu yang mana Mutiara.."

Mendengar bait-bait kata penuh syahdu itu, dia yang dengar terus tunduk mencium kaki bersarung stoking itu dengan sebak. "Hera mintak maaf bagi pihak mama dengan papa Hera...maafkan mereka sebab sudah sakiti hati atuk selama ni"ucapnya dengan perlahan.

"Usahlah kamu menangis...sesungguhnya dalam hidup kekeluargaan, tidak pernah ada yang happy sehingga hujung masa...ada masanya ada pertengkaran dan permusuhan...apa yang penting jangan berdendam dan terasa hati..yalah..baik buruk mereka, mereka itu adalah ahli keluarga kita...darah daging kita.."tambah datuknya lagi.

Dalam keadaan teresak-esak, dia tegakkan kepala dan pandang semula wajah datuknya dengan pandangan kabur kerana air mata berkumpul di kelopak matanya. Sungguh!Dia tak sanggup melihat datuknya terlantar begini! "Atuk...jangan tinggalkan Hera dekat sini sendiri...Hera tak tahu...apa Hera nak buat kalau atuk dah tak ada lagijadi teruskan hidup untuk Hera atukHera janji Hera akan jaga atuk"rengeknya sambil tersedu sedan seperti kanak-kanak tadika di hari pertama sekolah.

"Ya..atuk janji. Atuk takkan tinggalkan kamu dan hidup tua Bersama kamu nanti.."ujar datuknya dengan ceria walaupun kedengaran seperti orang sedang nazak.

Air mata turun berjuraian di pipinya sewaktu dia tatap kubur lama datuknya yang sudah bersemadi lama di perkuburan itu. Bersebelahan dengan kubur neneknya. Tetapi reaksi di wajah Hera tetap beku dan tanpa perasaan walaupun sudah merah padam. Sudah 20 minit dia berdiri dekat situ menghadap dua kubur tersebut.

Dan selama itu dia hanya menangis mengenangkan memori lama yang tersisa sewaktu datuknya masih hidup. Oleh kerana neneknya meninggal dunia sebelum dia dilahirkan, dia sama sekali tidak kenal dan tiada sebarang memori mengenai neneknya. Sebab itu Hera lebih attach pada datuknya itu.

"Srett!"Hera menyedut hingus yang mahu mengalir turun dengan susah payah hingga buatkan hidungnya tersumbat. lalu belakang tangannya di bawa naik untuk mengesat air mata dari pipi. Tetapi air matanya tetap juga mengalir deras ke pipi.

"Hera janji untuk hidup dengan lebih baik dan pertahankan semua yang atuk bina selama ni...jadi berikan Hera kekuatan untuk lakukan semua ni nanti atuk.."minta Hera di dalam hati dengan tekad. Matanya yang basah dengan air mata itu berkedip sebelum seseorang muncul dari tepi dan berdiri di sampingnya.

Tanpa berkata apa-apa orang di sebelah Hera hanya berdiri di situ dengan tangan di dalam poket kot labuhnya. Memandang dua kubur di depannya ketika itu tanpa bersuara.

Lantas Hera merapat ke tepi dan bawa tangannya naik melingkar kesekeliling lengan tu lantas menyandar kepala pada tepi lengan tersebut sesaat kemudian.

Buat seketika dua orang itu pun tenggelam dengan perasaan masing-masing.

Selepas dia kembali tenang dari menangisnya, baru la Hera palingkan kepala ke sisi dan pandang siapakah orang yang datang bersamanya ke situ. Perasan dirinya di pandang oleh Hera, orang itu turut palingkan kepala ke sisi dan bertentang mata dengannya.

Dan orang itu tak lain tak bukan adalah Kayden sendiri. "Bengkak mata kau.."ujarnya semasa naik mengusap bawah mata Hera dengan kasih sebelum tekap tepi rahang itu dengan sebelah tangan. Renungan redup diberikan kepada Hera.

Sebak kerana mengenangkan Kayden turut mengecewakan dia dengan tawaran yang maksunya berikan...tanggisannya semakin menjadi-jadi. Air mata mula mengalir deras dari tepi mata sewaktu dia dongak memandang Kayden. "Kenapa?Kenapa la kau setuju Kayden...kenapa kau macam orang lain dekat luar sana?"rintihnya di dalam hati saat memejam mata sebelum teresak-esak tanpa mengeluarkan suara.

Berkerut kening Kayden bila Hera menangis dengan begitu sedih sekali. Tanpa berlengah terus dia lingkarkan kedua-dua tangan di sekeliling tubuh itu. "Shhh.it's okay...you can cry.."pujuknya sebelum mengucup tepi kepala Hera beberapa kali.

Bukan niat Kayden untuk setuju temani Hera lawat perkuburan mendiang datuk gadis itu. Sebenarnya kebetulan saja dia nak lawat selepas keluar dating dengan Hera. On the way nak balik, terlintas pulak kawasan ini, itu yang dia teringat nak jenguk kubur ayahnya yang turut ditempatkan di kawasan perkuburan yang sama. Tiba-tiba Hera beritahu datuk gadis itu turut dikuburkan di tempat perkuburan yang sama. Jadi dia biarkan Hera lawat sendiri sementara dia lawat kubur ayahnya terlebih dahulu.

Hera dongak memandang langit sewaktu dirinya di bawa ke dalam pelukan Kayden. Tangannya mencengkam kuat kain belakantg kot lelaki itu. Geram dan benci!Semua perasaannya berombak dalam dadanya.

















🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Okay..this is it from me for today update.

See ya next chapter okay!

have a good day everyBuddies.

Makan jaga, banyakkan minum air suam yang dimasak dan dijerang sepenuhnya. Air mesin penapis bukannya elok sangatpun. Kalau nak boleh je guna air penapis tu tapi jerang.

And siapa suka minum teh uncang dinasihatkan kurang-kurangkan. Sebab uncang teh tu ada bahan yang dipanggil sebagai microplastic. benda tu tak Nampak dengan mata kasar. Tapi kalau consume terlalu banyak akan menyebabkan sel kanser berkumpul dalam badan kita. Nak lebih selamat, gunakan green tea serbuk atau teh serbuk tanpa uncang. lebih selamat!

yang sekolah tu, jangan biasakan tidur lewat. Otak pun perlukan rehat. Jangan give up dengan mudah. Kalau rasa malas tu dah datang, cepat-cepat pasang niat, 'aku belajar kerana Allah Taala' atau hindarkan perkara yang melalaikan adik2 ya. focus. Belajar sekarang tak senang. Susah!So jangan putus asa!

Pesanan Ikhlas dari penulis kegemaran Buddies semua!

Siti Norashikin a.k.a Tinta!

🥰🥰

Adios!

Xoxo!

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now