Bab : 48

1.6K 151 5
                                    

🌷Mintak Tolong🌷

"Uhuk! Uhuk! " batuk Alan sambil pegang dadanya yang sebu dek di tumbuk beberapa kali tadi.

"Kau okay?"tanya Joshua di sisi. Walaupun dirinya sendiri sedang cedera, dia tidak hiraukannya, malah dia bantu pimpin Alan untuk bangun dari situ.

Sedang dua orang itu bergelut hendak bangun dari situ sambil berdesis menahan sakit,  satu kelibat bayang-bayang muncul di tepi lorong itu. 

Alan perasan dari ekor mata terlebih dahulu tersentak. Dia ingatkan ahli varsiti tadi datang kembali,  jadi cepat-cepat dia angkat matanya untuk pandang ke depan sekali tu....

"F*ck!"lafaz Alan dengan mata terbutang. Lah!

"Ada apa?"tanya Joshua sambil berpaling ke balik bahu sewaktu cuba topang lengan Alan atas bahunya. Berpaling saja dia ke tepi,  nafasnya terus tersekat di kerongkong.

"Hera."lafaz Alan dari balik nafasnya.

Slurrppp!

Bunyi ais disedut memecah keheningan di kalangan mereka ketika itu. Hera yang sembunyi di tepi dinding munculkan diri. Tanpa pandang mereka, dia terus gerak hendak pergi dari situ.

"Jangan peduli!Jangan peduli!Anggap tak Nampak!Ini semua bukan masalah kau..."sebut Hera berkali-kali di dalam kepalanya ketika itu.

"Hera!Tunggu!"laung Joshua dengan cemas.

Hera tak berhenti, dia malah gerak hendak maju ke depan.

"Hera jangan pergi...tolonglah.."laung suara itu lagi.

Niatnya tidak mahu masuk campur,  tapi apakan daya, telajak perahu boleh di undur terlajak perbuatan,  dah tak boleh buat apa. Haish!Bersama muka berbelah bahaginya, Hera berhenti selepas beberapa langkah berjalan.

"Please.."sayup saja suara itu di belakang Lorong tu.

Mahu tak mahu, dengan ngerangan jengkel Hera pusing semula. Dia berpatah balik akhirnya. Serius dia sendiri pun tak faham kenapa setiap kali dia bersendirian atau cuba buat jahat dalam diam mesti ada sajala masalahnya!

"Asal?"tanya Hera selepas berhenti di depan mereka.

"A-apa yang kau buat dekat sini, Hera?"tanya Joshua tergagap sendiri.

Slurpp!

Slurpee itu di sedutnya kerana terasa dahaga.

Mata Hera tilik wajah dua lelaki di depannya silih ganti. Mujur la tak lebam muka handsome mereka ni. Nasib apa la yang menimpa mereka ni? Ada sajalah halnya. Straw dimulutnya dijauhkan sebelum cawannya di turunkan ke sisi.

"Saja."balas Hera pendek.

Tiba-tiba Alan tunduk berdesis menahan sakit saat pegang dadanya.

Hal itu buatkan Joshua terkejut.

Tetapi tidak Hera. Dia buat muka tak pedulinya. Nak di kesian salah. Tak di kesian pun salah. Malas nak lama-lama Hera gerak hendak berpaling."Memandangkan kau orang bernafas lagi, I gonna take my leave then.." pamitnya dengan nada tak kisahnya.

"Tung-"tidak sempat hendak menghabiskan kata-katanya Joshua terpelecok jatuh di situ kerana sakit di kakinya sewaktu mahu mendapatkan Hera.

Secara refleks Hera bergerak hendak sambut Joshua,  tapi tak sempat lelaki tu sudahpun terjatuh. Kaku sekejap dia dekat situ dengan kedudukan tangan mahu menghulur bantuan. Namun cepat-cepat dia Tarik tangannya semula dan berdiri tegak.

Sambil pegang dadanya yang sakit, Alan pandang Hera penuh berharap.

"Aku mintak tolong kau... hantarkan kita orang balik semula ke akademi. Kita orang tak ada duit nak naik teksi... "minta Alan dengan susah payah.

Hera berdecit menyampah."Tak ada duit?Bukan ke kau orang ni orang kaya. Takkan sesen pun tak ada...lagipun kenapa aku kena tolong kau orang?"Hera pandang judging akan mereka. Suka hati je! Sendiri punya hal sendiri fikir la. "Nanti kang kau orang tahunya nak menyalahkan aku je kerjanya kan?"cebiknya dengan menyampah.

Alan bantu Joshua bangun dari situ dengan susah payah sebelum mereka berdua berdiri menghadap Hera. Masing-masing dalam keadaan kesakitan.

"Dah tu kenapa kau ada dekat sini?"tanya Joshua dengan kening berkerut menahan sakitnya.

"Nampak tak.. mana ada kau kita orang mesti ada masalah.."ujar Alan pula.

Hera menjuling mata menyampah. Tangannya di silang ke ada. Alah... macam la tempat ni besar sangat. Pusing-pusing situ jugak! Sendiri yang malang masih lagi mahu menyalahkan orang! Sh*t punya perangai!

"Lantak la apa kau orang nak kata... "kata Hera semasa seluk tangan dalam poket kot akademinya lalu mengeluarkan telefon. Lantas dia tunduk menaip sesuatu di skrin itu. " Apa yang aku tahu... ada aku atau tidak... nasib kau orang memang sentiasa malang pun... " katanya sambil itu.

Joshua merenggus kasar. Entah kenapa dia fikir yang Hera akan bantu mereka. Lagipun perempuan hati batu ni mana la kisah hal orang lain selain beri masalah je!Dia gerak mahu berjalan pergi dari situ. Tetapi kakinya yang sakit akibat diinjak oleh ahli varsiti dari kelab ragbi tadi buatkan dia menganduh kesakitan di situ.

"Auw... "tunduk Joshua sambil cengkam kuat seluarnya yang sudah kotor dengan erat ekoran rasa sakit itu.

"Kau boleh jalan tak ni?"tanya Alan di sebelah yang lebih kurang jugak teruknya kecederaan yang dialami. Dia cuba pimpin Joshua,  tapi lengan dia yang sakit akibat di pulas tadi masih terasa sengalnya. Jadi nak angkat Joshua bangun pun tak larat.

"Aku o-"

Disaat Joshua hendak berkata,  satu cengkaman lembut terasa di sekeliling pinggang belakangnya. Tersentak dengan hal itu,  dia pandang ke tepi lalu bertemu muka dengan Hera di sisi. Pegun sekejap dia di situ.

Tanpa berkata apa-apa Hera gagahkan dirinya untuk bangunkan Joshua. Tangannya erat memeluk kemas pinggang itu. Tetapi tidak terlalu kuat hingga menyakitkan.

"Kata nak pergi tadi?"tanya Alan dekat sebelah kiri Joshua masa tu yang lihat tindakan Hera pada rakan baiknya.

Sejak itu Joshua hanya pandang tak berkedip akan tepi muka Hera. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan ketika itu. Apa dia tahu perasaan sedih dan malu bercampur baur.

Berdiri saja Joshua,  Hera mula jalan ke depan dengan langkah yang perlahan. Dia letakkan lengan Joshua ke atas bahunya sambil itu. Tangan dia yang satu lagi memegang tangan Joshua yang berada di bahunya.

"Last ya... lepas ni apa nak jadi dengan kau orang...aku dah tak peduli lagi... "Hera berkata tanpa memandang mereka.

Dan sebaik mereka tunggu seketika di tepi jalan sebuah kereta Uber pun tiba untuk menjemput mereka. Hera bawa mereka berdua ke hospital untuk pemeriksaan. Jadi satu itu Hera hilang tidak berjejak sehari suntuk tanpa khabar.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now