Bab : 51

1.7K 147 4
                                    

🌷Tonggak Yang Patah🌷

"Betul ke apa yang atuk dengar, Hera?Kamu bergaul dengan kawan yang salah hingga tertangkap kerana menggunakan dadah dan cari wang di kelab malam?"

Wajah datuknya di pandang sebak tetapi hanya mampu tersenyum kerana dia sendiri tidak tahu hendak katakan bagaimana lagi. "Kalau Hera beritahu yang Hera tak buat semua tu?Atuk percayakan Hera ke?"kata dia sambil picit dengan perlahan lengan itu.

"Apa saja tentang kamu atuk percaya Hera...semuanya. Atuk tahu kamu bukan seorang anak gadis yang begitu...tapi apa yang telah buatkan kamu terlibat dengan semua fitnah ni?"tanya datuknya lagi dari balik topeng oksigen kepadanya. Jelas kedengaran yang datuknya kecewa.

"Sebab Hera cucuk atuk...kalau Hera bukan sesiapa, tiada siapa yang cuba hendak burukkan Hera atau cemarkan nama baik Hera..."jelasnya.

"Adakah semua ini salah atuk?"

Dia menggeleng kepala dengan air mata bergenangan di kelopak mata. "Tak...atuk tak salah. Yang salahnya Hera sebab tak cukup layak untuk semua ni..."luahnya dengan sebak. Kepalanya di jatuhkan ke dada kurus yang lemah lagikan tidak berdaya itu.

"Maafkan atuk Hera...tiada siapa yang layak selain kamu...sekalipun ayah kamu adalah anak atuk, tiada siapa yang atuk boleh percayakan untuk terima beban atuk nimaafkan atuk sebab tinggalkan kamu dengan semua niselepas ini kamu akan bertarung sendirian. Selepas ini tiada siapa yang akan lama di sisi kamu. Sesaat mereka datang...sesaat mereka pergi. Bila hal itu terjadi. Ingat la satu perkara. Atuk sentiasa Bersama dengan kamu..."

Teresak-esak la dia menangis di atas dada datuknya yang sedang nazak. Mengenang nasib dimana dirinya telah menjadikan kehidupannya sebagai musuh dia sendiri. "Ayah bencikan Hera, ibu bencikan Hera, teman lelaki tikam Hera dari belakang, rakan sendiri khianati Hera...kalau atuk pergi pada siapa lagi Hera nak mengadu"keluhnya sewaktu itu.

Hela nafas pendek di lepaskan olehnya sewaktu tunduk menopang siku pada meja menghadap swimming pool belakang laman rumah itu. Gambar kecil dalam loket milik neneknya di usap perlahan. Hanya gambar dalam loket ini sahaja yang mengingatkan dia pada datuknya yang telah meninggalkan dunia sejak dua tahun lepas.

Hera termenung memandang air dalam swimming pool di depannya dengan lama. Dia lihat permukaan air yang beralun-alun itu tanpa sebab. Tergamit sendiri tanpa sedarnya. Hendak ditangisi nasib yang malang sudah tiada gunanya. Dia sendiri sudah lali sampaikan air mata pun tidak mahu keluar.

"Jauhnya menung.."tegur maksunya dari sisi dengan tiba-tiba.

Bersama renungan letih dia kerling ke maksunya. "Bila balik..tak perasan pun.."sapanya sebelum duduk sandar ke kerusi.

Maksunya mengambil tempat di kerusi sebelahnya Bersama mug di tangan. Sambil duduk sambil itu maksu dia letakkan mug itu di depannya dan depan sendiri. "Mananya kamu nak sedar kalau termenung sepanjang masa sejak setengah jam lepas.."seloroh Riana.

Hera berdengus kecil. Dia lemparkan semula pandanganya ke kolam renang di depannya. "Hera cuma terfikir apa yang buatkan aunt terima Hera ke sini?Sampaikan nekad hendak bantu Hera dengan mengupah si mamat tiga suku sebagai babysitter Hera."beritahu dia semasa kerling penuh maksud ke maksunya.

Riana apalagi, dia tersengih meleret penuh muslihatnya. "Kamu rasa?"

"Aunt beritahu la Hera..."dia pandang berharap pada maksunya. Dia harap maksu dia terima dia bukan sebab datuk dia atau siapa dirinya yang sebenarnya

Riana menarik nafas lalu melepaskannya dengan hela yang Panjang sambil tersenyum nipis. "Sebab aunt nak selamatkan kamu.."pandangnya ke Hera. "Aunt nekad...sekiranya kamu Berjaya berubah menjadi gadis yang matang dan tabah. Aunt akan jaga kamu sehingga kamu Berjaya tanpa keluarga kamu. Malah aunt tak berniat untuk pulangkan kamu kepada mereka."

Berdengus kecil Hera sebaik mendengarnya. Dia pandang maksunya dengan mata berkaca mahu menangis. "Kenapa?"tanya dia lagi.

"Sebab kamu keluarga aunt. Aunt tak peduli siapa kamu, apa kamu telah lakukan dan semua rumor buruk tentang kamu. Apa aunt tahu...kamu anak saudara aunt yang perlu dilindungi."kata Riana sewaktu pegang lengan Hera.

Hera tidak berkata apa-apa.Dia hanya menelan air liur untuk hilangkan rasa sebaknya ketika itu.

"Oh ya...Kayden call aunt lewat petang tadi...dia dah ceritakan semuanya."sentak Riana dengan perlahan teringatkan sesuatu.

Mata Hera dengan laju mengerling ke Riana.

" Kamu patut ingat pesan aunt supaya naik dengan dia supaya Kayden tidak risaukan kamu seperti tadi...dan dia beritahu kamu telah keluar entah ke mana-mana kemudian membantu dua orang pelajar lelaki yang dalam kesusahan...mind to tell me what happen?"

Berasa lucu dengan apa yang berlaku siang tadi Hera ketawa kecil. Dia termenung sekejap sebelu, bercerita."Hera lupa tentang pesanan aunt. Jadi Hera call uber untuk bawa Hera ke bandar nak ambik angin sekejap sebelum masuk akademi. Sekali tu on the way nak balik. Hera bertembung dengan pelajar akademi yang sama membuli dua orang pelajar lelaki yang Hera kenal. Tapi Hera tak masuk campur, sehingga la mereka semua pergi. Dan dua orang tu ditinggalkan dalam keadaan cedera. Mahu tak mahu Hera bawa mereka ke hospital. Lepas tu Hera hantar mereka semula ke asrama. Tak tahu pulak Kayden ada"

Riana melentokkan sedikit kepalanya. "Siapa mereka berdua tu sampaikan kamu sudi hendak membantu mereka?"

"Kawan lama...bekas student dari kolej atuk yang mereka pernah hadiri. Hera tak tahu mereka akan pindah dekat sini"

"Ah...jadi sebab itu la satu hari tu kamu mintak pindah...sebab mereka ke?"

Hera mengangguk kepala. "Ha'ah...Hera takut dia orang akan sebarkan cerita mengenai kisah silam Hera...sebab tu la.."

Tersenyum senang Riana bila melihat Hera. "Kasar-kasar pun ambil berat jugak kamu ya Hera..."

"Ambil berat apanya..semuanya kebetulan. Kalau tidak Hera tak tolong mereka.."

"Still...kamu sentiasa cuba buat baik pada mereka walaupun kamu tahu suatu hari nanti mereka hanya akan susahkan kamu...itu paling penting"tambah Riana sambil mengusap kepala Hera dengan lembut. "Teruskannya..jangan berhenti. Jangan berhenti buat baik sekalipun orang buat jahat pada kita. Sebab dalam dunia ni perlu ada keseimbangan. Seperti Ying dan Yang. Ada hitam ada putihnya."

Hera buat muka funny dengan kata-kata maksunya. Dia tak faham sama sekali. "Apa aunt merepekkan ni?"soal dia dengan dengusan kecil hendak ketawa. "Pasal mamat tiga suku tu..Hera tak ambik hati pun...benda dah banyak kali dengar...rasa lali dah telinga ni"

"Maksud aunt..kamu jangan la terus grumpy dan bersedih lagi. Kalau perlu...buat la apa yang patut sekiranya perlu."

Mendengar hint itu, Hera tersengih meleret. "Really?"tanya dia.

Riana mengangguk kepala memberi kebenaran.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now