Bab : 37

1.7K 150 0
                                    

🌷Cuba, Try and Test🌷

Pintu di buka dengan kasar, kasut di tendang entah ke mana, langkah yang di atur di heret sepanjang perjalanan kerana begitu marah dan malas. Setiba di ruang tamu, Hera turunkan beg sandang dari bahu lalu di campak dengan ganas ke atas sofa sebelum dia yang lempar diri sendiri ke sofa tersebut.

"Urghh!"ngerang Hera. "Baru je nak lapang sekejap."bicaranya sendirian di sofa itu. "Sekali tu amik kau setepek Hera. Dua orang ada dekat sini,belum tambah lagi dengan mamat tiga suka tu lagi.."lengannya di bawa naik ke dahi saat termenung memandang siling di atas kepala ketika itu.

Haih!

Lalu lengan itu jatuh dengan lemah tiada semangat ke bawah. Semua itu buatkan Hera pening kepala. Dia tidak faham kenapa semua ini boleh berlaku sedangkan segalanya sudah berjalan dengan lancar. Muncul pulak Joshua dan Alan. Selepas ini pasti hidup dia tidak akan tenang. Yalah, dua orang lelaki tu kan memusuhi dia. Pasti Alan dan Joshua akan menyebarkan cerita dan khabar angin tidak baik mengenai dia. Paling tidak pasti dua orang itu akan beritahu segala kisah silam dia supaya pelajar akademi ini membencikan dia!

"Arghh!"kedua-dua tangan memukul sofa sementara kakinya memijak-mijak lantai kebengangan. "Serabut!"

"Kamu dah balik.."tegur Riana tiba-tiba dari arah anak tangga. Wanita itu memegang beg bimbit dan fail ditangan. Seperti bersedia hendak keluar.

Hera angkat kepala dari sofa itu. Dia pandang maksunya dengan kening terangkat hairan. Cantik maksu dia bila kenakan pakaian formal berkot bagai. "Hm."jeda dia dengan malas. Maksu nak ke mana?"tanya dia.

Sebaik turun dari anak tangga itu, Riana atur langkah ke arah sofa. Setibanya dia di belakang sofa dimana Hera duduk, dia angkat tangan dan mengusap kepala itu dengan lembut. "Ha'ah..aunt ada meeting dekat jabatan Pendidikan. Kamu rehat la. Kalau nak makan, aunt dah sediakan dalam fridge. Kamu panaskan dengan microwave bila nak makan.." beritahunya sambil tu.

Hera sekadar menjungkit kening mengiyakan kata-kata Riana. Malas hendak bersuara.

"Macam mana dengan hari kamu hari ni?"tanya Riana yang mahu berborak sebentar walaupun dia sebenarnya sedang mengejar masa.

Di tanya lagi. Hera melepaskan hela panjang kesalnya. "Kalau Hera nak pindah...aunt izinkan tak?"tanya dia.

Senyuman nipis terukir di bibir Riana. "Bukan ke kita dah bincang tentang hal ni.."tanya dia setelah itu.

Hera menjuling mata kerimasan. Memang la. Masalahnya dengan adanya Joshua dan Alan, habis la semuanya nanti. Dia sandar ke sofa lalu menyilang tangan ke dada sewaktu pandangannya terarah pada skrin tv yang hitam tidak bernyala.

Riana meletakkan beg ke bawah sebaik melihat reaksi Hera. Dia mengambil tempat di sisi anak gadis itu lantas merangkul bahu Hera."Sesuatu berlaku ke?"tanya dia dengan lemah lembut.

Hera mendiamkan diri. Dia tunduk memandang ke bawah.

"Aunt tak boleh nak tolong kalau kamu tak beritahu"

"I'm fine..."balas Hera dengan kesal. "I'm just sick of all this.."hela nafas di lepaskan sebelum dia pandang maksunya itu dengan kening berkerut.

"Aunt tahu semua ni bukan mudah Hera...tapi boleh tak kamu jangan putus asa. Demi aunt."Riana pegang bilah bahu Hera memberi semangat. "It's gonna be fine. Everything gonna change. Just give some space and time for yourself okay?"

Tidak pasti untuk beri respon apa, Hera hanya mampu menggigit bawah bibirnya dengan kening berkerut. Dia berasa susah hati dengan semua ini. Dia tak nak jejaskan maksu dia dan tempat ini kerana scandal dan kisah silamnya. Macam mana kalau identity dia terdedah dan semua orang tahu tentang sejarah hitam lama dia yang sebelum-sebelum ini. Tidak ke akan cetuskan masalah nanti.

"Kamu rehat la. Duduk rumah diam-diam. Aunt keluar dulu. Malam nanti baru aunt balik.." pamit Riana sambil lihat jam di pergelangan tangan sebelum gerak mengucup tepi kepala Hera "Bye."

Hera tidak hiraukan Riana. Dengan muka bengangnya dia hanya pandang emnverun ke skrin tv di depannya ketika itu. Fine. Dia cuba. Kalau semua ni masih tidak berhasil jugak. Dia give up!

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now