Bab : 11

1.8K 161 0
                                    

🌷Si Kepala Angin 🌷

Dua hari kemudian.

Seperti tiada apa-apa yang terjadi, semua orang di akademi langsung tidak mengungkit akan kejadian yang menimpa rakan seakademi mereka selepas dapat tahu apa yang berlaku. Asal dengar saja nama Kayden dan geng lelaki itu, tiada siapa yang berani hendak buka mulut apatah lagi mempertikaikan tindakan mereka yang sememangnya terkenal dengan sikap suka mengenakan orang lain jika mereka tidak berpuas hati.

Terutama sekali selepas satu akademi tahu kisah scandal antara Sarah Bersama dengan kapten pasukan besbol akademi mereka. Lagi la mereka setuju dengan tindakan Kayden mengenakan gadis itu.

Nobody care nobody dare.

Pintu lokar dikunci oleh Kayden sebelum rakannya itu terjegul tiba-tiba seperti joker. Mujur la dia sudah terbiasa, sikit pun tidak tersentak.

"Kenapa?"tanya Kayden dengan nada menyampah.

"Jom keluar skiing...skateboarding ke...nak?"pelawa Arion hendak menyedapkan hati rakannya itu. Yalah... Kawan dia ni kan baru putus cinta...

Lagi.

Kayden yang dengar menggeleng kepala enggan.

"Kau keluar la dengan dia orang, aku ada makan malam dengan family. Atuk nenek pakcik makcik aku malam ni.."beritahunya.

Arion buat muka kengerian. "Apa?Family dinner....eee...tak suka aku. Kau sure? Kau nak pergi...kau sendiri tau kan family belah ayah kau tu macam mana?"

Jangan ditangan dia sedia tahu mengenainya. "Tapi itulah...kalau aku tak pergi, alamatnya makan bebelan je la aku sepanjang minggu ni.."selorohnya sewaktu menyandang beg ke bahu.

"Ayah kau dah lama tak ada kan...kau still berhubung dengan family sebelah ayah kau?Kalau aku la...lagi-lagi dengan family macam tu hidup mati dia orang pun aku takkan kisah...kau tau"Arion merangkul bahu Kayden sewaktu mereka berdua jalan beriringan keluar dari kawasan bangunan itu memandangkan kelas mereka pada hari itu sudah berakhir.

Kayden tidak memberi sebarang komen sebab apa yang dikatakan Arion sikit pun tak salah. Dah memang begini la nasib hidup dia, nak dikatakan apa lagi?Ibunya yatim piatu, selain dirinya dan keluarga belah ayah dia, mereka berdua sudah tiada lagi saudara mara atau sahabat handai yang terdekat.

"Tapi kenapa tiba-tiba ada makan malam besar-besaran pulak ni?Siap pakcik makcik atuk nenek kau ada sekali?"

"Entah.."Kayden menjungkit bahu tak tahu. Ibunya tidak menjelaskan lebih lanjut kepada dia mengenai makan malam itu. Apa yang dia tahu ibu dia suruh dia jangan ke mana-mana hari ini dan terus pulang ke rumah untuk hadiri majlis makan malam itu. Malas nak berbalah dengan ibunya dia iyakan sajala permintaan itu. "Aku tak tanya pulak.."

Sambil menarik sengih penuh maknanya, Arion jengah sedikit mukanya ke Kayden hendak lihat wajah rakan baiknya itu. "Entah-entah keluarga kau nak jodohkan kau dengan anak orang kaya kot?"

Kayden melepaskan dengusan mengejek mendengar kata-kata Arion, rusuk kanan Arion di sikunya dengan perlahan agar menjauh darinya. "Yalah..kahwin...dan kau adalah orang pertama yang aku takkan jemput kalau hal tu terjadi"balasnya.

"Amboi kau..." Arion turunkan lengannya dari bahu Kayden dan mula jalan di samping sewaktu menuruni tangga untuk keluar dari bangunan itu. Sebaik mereka tiba di tempat letak kereta, dia berdiri tepi kereta Kayden. Memerhati rakannya membuka kereta. "Good luck bro.."ucap Arion setelah itu.

Kayden yang baru nak masuk kereta menoleh. Dia beri senyuman nipis sambil menjungkit kening. "Kau cakap macam aku nak pergi berperang pulak eh?"tanya dengan nada perli.

Arion tarik sengih kambingnya bila dengar dirinya di perli begitu.

"Hahahah...mana tau kan..bukannya aku tak kenal kepala angin kau tu macam mana...."beritahu Arion dengan renungan prihatin. Dia dah lama kenal Kayden, jadi semua kisah rakannya ini sudahpun dia hafal. Lagi-lagi family Kayden.

Menyampah dengan ujaran itu, Kayden menjuling mata.

"Dah la..aku gerak dulu.."pamit Kayden sewaktu tunduk meloloskan diri ke dalam perut kereta. Meninggalkan Arion di situ sendirian.

"Selamat menjamu selera..apa-apa hal roger."pesan Arion sambil membuat thumbs up pada Kayden di cermin kereta yang terbuka itu.

Sambil pegang stereng, Kayden letakkan lengan pada bingkai cermin kereta itu memandang Arion.

"Kau pun sama...pesan dengar dia orang main skate tu hati-hati. Kita ada game walaupun perlawanan dah habis.."pesan Kayden pula.

Arion mengangguk kepala sambil beri tabik hormat menyakatnya.

Lantas Kayden pandu kereta itu ke belakang dan keluar dari laman akademi meninggalkan Arion yang memerhatikan kereta itu jauh dari pandangan.

35. That Not My ProblemWhere stories live. Discover now