Bab 1 : Opening

6.7K 530 182
                                    

Setiap wanita dambakan sang putera atau para bangsawan menjadi pendamping hidup yang akan menemani mereka hingga ke hujung usia dengan kebahgiaan yang tiada penghujung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setiap wanita dambakan sang putera atau para bangsawan menjadi pendamping hidup yang akan menemani mereka hingga ke hujung usia dengan kebahgiaan yang tiada penghujung. Happily ever after.

Tapi tidak bagi dia, Hessabell Hanelle Wiston.

"Cik Hanelle"

"Cik Hanelle..."

"Cik ?"

Sepasang matanya yang rapi terpejam melayani perasaan celik secara mendadak apabila bahunya ditepuk perlahan dari belakang oleh si pembantu.

"Kenapa?" Soalnya dengan suara yang hampir tak terkeluar. Sudah berapa lama dia tidak sedar namanya dipanggil berulang kali? Wajah Puan Alice, satu-satunya pembantu yang setia menjaganya sejak dia kecil dipandang melalui pantulan cermin di hadapannya.

"Saya hanya bertanya , Cik mahu sanggulkan atau lepaskan sahaja rambut?" Puan Alice masih setia menyikat perlahan rambut keperangan Hessa yang beralun lembut.

"Saya tak kisah" balasnya tanpa nada , apa guna kalau berdandan cantik sekalipun? Tiada sebab untuk berdandan jika tidak dapat berjumpa sesiapa. Jika dia berkeliaran di sekitar rumah tanpa memakai baju pun belum tentu ada yang sudi memandangnya.

"Betul?" Soal Puan Alice lagi tanpa mempedulikan raut muram Hessa disebalik pantulan cermin. Sememangnya sudah 18 tahun gadis itu tidak tahu apa erti bahagia dan cara untuk tersenyum seperti yang lain.

"P-Puan Alice.." Hessa menyeru sebaris panggilan wanita berusia tersebut. Pandangan dijatuhkan kebawah merenung jari jemari yang ligat meramas-ramas hujung gaun putih yang tersarung di tubuhnya.

Gaun pengantin.

Hessa mendiamkan diri seketika cuba mengatur nafas, dia penat mahu menangis sekali lagi. Hidupnya memang bertemankan air mata. Betapa menyedihkan , lagi-lagi pada saat itu.

Dia dipaksa menikahi Alex Graham iaitu Datuk bandar Guinevere petang ini. Mahu atau tidak mahu dia terpaksa menuruti perintah ayahnya.

Imbas kembali

"Hessabell Hanelle!" Bergema satu ruangan itu dengan pekikan Duke Wiston. Tongkat di belah tangan kanan yang menampung tubuhnya yang tua itu dihentak kuat ke atas permukaan lantai.

Para pembantu yang saling sibuk bersembang ketika melakukan kerja masing-masing turut terdiam mendengar amukan majikan mereka. Sepakat mereka memanjangkan leher mencari kelibat Cik Hanelle.

"Hessabell Hanelle!" Dihentak lagi kuat ke atas permukaan lantai malah berkali-kali. Dia tidak akan berhenti sehingga wanita malang itu munculkan diri.

Selang beberapa saat terdengarlah derapan kaki seseorang yang terkejar-kejar menuju ke ruang utama rumah agam itu. Kalut wanita itu tercari-cari kelibat ayahnya apabila tiba di hujung tangga.

Syukur dia tidak tercedera ketika tergopoh-gapah menaiki tangga tadi. Memandangkan tangga yang menyambung ke bilik tanah sudah hampir uzur dan reput .

Sesungguhnya tangga yang menuju ke bilik bawah tanah itu bukan lah bilik penyimpanan atau stor. Bilik bawah tanah itu adalah bilik beradu buat seorang gadis bernama Hessabell Hanelle .

"Ayah kenapa panggil Hanelle?" Hessa menghampiri Duke Wiston lalu dia menunduk hormat. Belum sempat dia menegakkan tubuhnya, tongkat di tangan lelaki tua itu terlebih dahulu dihayunkan tepat ke batang tubuh kurusnya.

"Argh!" Walaupun ini bukan kali pertama malah sebelum ini dia lebih teruk dipukul namun tetap sahaja dia senang terkejut dengan hentakan kuat itu.

Hessa jatuh terduduk di atas lantai kerana tak dapat imbangkan tubuhnya daripada dipukul oleh ayahnya sendiri melalui tongkat keras itu.

"Cukuplah kau menyusahkan aku ,kau nak jadi pekak pula?!" Herdik Duke Wiston tanpa berperikemanusiaan menolak pula kepala Hessa dengan kaki kanannya. Hessa ketap bibir merintih sakit,dia hanya mampu mengangkat kedua belah lengannya cuba mempertahankan diri.

Boleh sahaja dia melawan kembali, tapi rasa sakit dalam diri tak dapat menandingi rasa hormat terhadap sang ayah.

Ayah yang tidak pernah menyayanginya seperti puteri puteri yang lain. Ayah yang tidak pernah mengangapnya sebagai seorang anak.

Ayah yang benci akan kehadirannya dalam dunia ini sampai sanggup mendera mental dan fizikalnya dari kecil hingga besar panjang.

Masih layakkah lelaki 50-an itu digelar ayah? Selepas apa yang dia lakukan? Wajarkah dia dihormati oleh anak gadis yang teraniaya oleh dirinya sendiri?

"Maaf... Hessa kurang dengar t-tadi... " Dia ketap bibir menahan air mata daripada mengalir. Setitis air mata Hessa mampu mengundang satu lagi sebatan di tubuhnya.

"Memang patut aku serahkan kau pada orang lain. Menyusahkan tak habis-habis. Kewujudan kau memang malapetaka bagi aku. Tak pernah sekali kau mendatangkan kebaikan" begitu kejam kata-kata yang dilemparkan. Para pembantu hanya mampu memerhati dengan pandangan sayu.

Sudah arif dengan kejadian ini. Namun mereka tiada kuasa untuk menghalang gadis itu didera ayahnya sendiri. Lagipun, Duke Wiston dikenali sebagai seorang bapa yang penyayang dan bangsawan terhormat.

Hanya kerana dia mengagungkan puteri sulungnya Maribell Hanese. Sempurna serba-serbi dari rupa paras hingga bakat yang ditonjolkan. Masakan tidak, sehingga akhirnya dia dipinang oleh Duke Neville iaitu bangsawan muda yang amat kaya raya.

Manakala Hessabell? Dia dikurung dalam rumah. Kewujudannya juga seakan tidak penting sehingga ada yang tidak tahu dia wujud di dalam rumah agam yang penuh dengan penipuan.

Duke Wiston malu dengannya, tidak mungkin dia akan beritahu dunia puteri bongsunya seorang yang bodoh dan tak berguna.

Hanya kerana satu kejadian.

Dirinya dilayan persis seperti anak tiri.

Tamat imbas kembali

Tamat imbas kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now