Maaf jika balasan komen saya agak merimaskan. Hehe. ಠᴥಠ
Kalau banyak komen , esok updte lagi. In shaa allah double kalau rajin(◍•ᴗ•◍)❤
Selepas pergaduhan kecil mereka tadi, akhirnya Hessabell kalah juga dengan pujukan Hayden itu. Lelaki itu tidak pandai bermain kata dengan menabur ayat-ayat manis.
Tapi kejujuran dan setiap bahasa tubuhnya sudah cukup untuk membuatkan hati Hessa kembali menyejuk.
"Hessa"
"Hey..."
"Kita dah sampai" tak henti Hayden menyeru pelan namanya, ditepuk pelan pipi Hessa.
"Wake up, my sweetheart..."
Hessa kerutkan dahi, kepala dipalingkan ke tepi. Tanpa sedar, dia sudah menyembamkan wajahnya ke perut Hayden.
"Saya mengantuk" bisik Hessa dengan mata yang masih terpejam. Kini dengan badan dia sekali berpusing menghadap arah wajahnya berpaling tadi.
"Bangunla , paha aku kebas" Ditepuk-tepuk bahu Hessa, pandangan dilontarkan ke luar. Para pengawal sudah membuka pintu gerbang utama istana Royce.
Usai Hayden merungut begitu, serta-merta mata Hessabell tercelik. Luas ! Jangan cakap dia tidur atas riba Hayden .
Gelap menyapa pandangannya saat matanya terbuka, kerana wajahnya masih disembamkan di perut lelaki itu.
"Huh?" Hessa terkebil-kebil saat jauhkan diri dari tersembam di situ. Kepala berpaling ke atas, kini wajah Hayden pula yang menyapa matanya.
"Kenapa.." Hessa jadi terkelu lidah. Tubuhnya kaku, sehingga nak bangun dari riba Hayden pun tak mampu sebab dia terlalu buntu dan terkejut.
"Kau tertidur dekat bahu aku" ujar Hayden. Hessa masih begitu, terpaku. Tak berkelip merenung wajah Hayden. Serta merta kedua belah tangan di bawa ke dada .
Hayden diam, berat pula mulut mahu menjelaskan situasi mereka sekarang. Bermula dari Hessabell yang terlena pada bahu Hayden dan diakhiri dengan Hayden yang menarik kepalanya untuk baring ke atas riba lelaki itu .
"Tapi saya kat.." Hessa hentikan ayatnya bila Hayden seakan tidak hiraukan perasaan malunya, terkial-kial dia cuba bangun, cuba mengangkat kepala terlebih dahulu dari riba Hayden.
Saat Hessabell cuba mengangkat kepalanya bangun dari riba suaminya, pada saat itulah Hayden membawa wajahnya kedepan untuk sambung mengintai suasana luar kereta kuda .
Cup!
Akhirnya bibir mereka bersatu buat sesaat , Hessa yang terperanjat sudah tergolek jatuh ke bawah. Membulat mata mereka berdua, Hayden yang terkedu sudah memandangnya dengan pandangan terkejut.
"Kau kenapa ?!" Hayden tekup mulut dengan tapak tangan. Sama seperti Hessabell.
"Awak tu kenapa, dah tahu saya nak bangun kan!" Balas Hessabell, tidak marah seperti Hayden. Tapi lebih kepada menutup rasa malu. Habis hilang kantuknya angkara kejadian yang tidak disengajakan tadi.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasy"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...