Bab 11 : Him

6K 601 172
                                    

Setahun sudah berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun sudah berlalu.

Pada malam perkahwinan mereka, itu adalah hari terakhir Hessa dapat melihat Hayden sebelum lelaki itu berangkat ke Kerajaan Arthal sehingga dia ditinggalkan terkontang-kanting sendirian di rumah agam itu.

Apa yang Hessa pasti, selama setahun dia tinggal di rumah agam itu sememangnya tidak jauh beza dengan rumah agam Duke Wiston.

Ramai memburukkan dirinya, lagi-lagi dia seperti isteri terbuang. Ditinggalkan dan langsung tidak dijenguk. Seakan perhiasan di rumah, tidak bererti.

Pembantu rumah ini tidak menghormatinya sebagai isteri majikan mereka, gara-gara umpatan satu bandar. Meski dia sah bergelar isteri kepada komander berhati dingin itu, hidupnya sama sahaja.

Tidak bebas.

Tidak bahagia.

Tiada apa-apa.

Angkara tiada sesiapa yang dapat dia harapkan, Hessabell sanggup berkurung kembali di rumah agam itu selama setahun. Tidak walau sekali dia menjejakkan kakinya ke luar kediaman itu.

Bukan hanya kerana dia takut .

Tapi dia setia menanti ketibaan Hayden Royce, tak jemu-jemu setiap masa dia menjenguk ke luar memerhati pintu pagar utama yang gah itu. Setiap hari dia berharap agar suaminya pulang untuk menemuinya.

Setiap kali itulah perasaannya menjadi sesak, sedih . Lukanya tidak pernah sembuh, semakin berdarah di dalam hati. Dia dapat rasakan rasa sakit ditinggalkan itu lebih pedih dari diseksa oleh Duke Wiston.

Sakit dipukul boleh sembuh.

Sakit di hati?

Rindu ?

Dia juga tidak pasti . Adakah dia merindui lelaki itu atau hanya kerana dirinya masih berharap kepadanya.

Dia sendiri tidak yakin dengan statusnya, tak macam isteri orang. Selama setahun itu hanya Elysaine yang pernah datang menjenguknya memandang dia dan Harry adalah ketua ahli sihir di kerajaan Arthal.

Elysaine memberitahu, Hayden terburu-buru selepas malam perkahwinan mereka kerana Kerajaan Arantik sudah mengisytiharkan peperangan dengan cara menghantar puluhan naga merah ke istana Kerajaan Arthal.

Dalam setahun itu, sudah 3 kali wanita cantik berupa salju itu kembali hanya untuk menjenguknya. Setiap kali itu juga Hessabell akan bertanya.

"Hayden sihat?"

"Dia cedera?"

"Dia macam mana?"

"Hayden ada pesanan untuk saya tak?"

Setiap kali Hessabell bertanya, Elysaine hanya mampu tersenyum tanpa menjawab. Hessabell yakin Elysaine sendiri ragu-ragu untuk membalas jawapan Hessabell.

Walau dia tahu Elysaine juga boleh menolongnya, dia tak pernah meminta. Lagi-lagi mendapat layanan buruk di rumah agam itu. Tak pernah dia mengadu kepada Elysaine.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now