"Huldra?" Soal lelaki bertubuh tegap itu . Pandangan matanya seakan menikam wanita itu.
"H-Huldra ?" Soal Hessa balik, baru sahaja dia ingin merasa lega kerana telah selamat dari Fenrir. Tiba-tiba pandangannya disapa dengan wajah makhluk lain pula.
Ketinggiannya sahaja sudah membuatkan Hessa mendongak cuba memandang wajah lelaki itu, kira kira 2 jengkal tingginya dari Hessa yang berukuran 157cm.
Wajah lelaki itu juga disorokkan di sebalik topeng berupa haiwan mistik , jika dilihat secara sekilas pandang memang orang akan salah anggap itu adalah raksasa .
Lelaki yang sedang meletakkan pedang tepat-tepat di bahagian lehernya itu dipandang lama, mungkin mula-mula dia agak terkejut melihat wajah lelaki yang bertopeng . Tapi kemudian Hessa cuba berfikiran positif, lelaki itu mungkin sedang menyamar?
Tiba-tiba lelaki tidak dikenali itu selamba memegang bahu Hessa, dibelek ke kiri dan ke kanan lalu dipusingkan tubuh wanita itu 360° beberapa kali sebelum dia menjauh.
Ditenung tubuh wanita itu dari atas hingga bawah sehingga Hessa menyilangkan kedua belah tangannya ke dada. Lelaki gatal ke apa ni ? Suka-suka pegang orang situ sini.
Atau lelaki itu mengesyaki dia adalah Huldra iaitu elf penjaga hutan? Merujuk buku yang Hessa pernah baca Huldra adalah elf yang menjaga hutan . Dia tidak merbahaya tapi sangat licik.
Huldra adalah wanita hutan yang cantik , ada akar pokok yang tumbuh di punggungnya seakan ekor semulajadi. Senang sahaja mahu mengesyaki Elf mistik itu.
Lihat saja di punggungnya . Makhluk itu adalah makhluk yang penakut namun suka menipu. Huldra amat gemar menyamar dengan rupa paras yang berlainan.
Jadi kesimpulannya, mungkin lelaki itu sedang mencari Huldra kerana barangnya dicuri atau atas sebab tertentu yang lain?
"Awak cari Elf ke?" Soal Hessa perlahan, cuba menegur lelaki yang telah selamatkan dia tadi. Takut juga dia ingin bersuara, banyak sebab. Kerana dia tidak pandai bersosial , dia tidak pernah bercakap dengan lelaki selain ayahnya dan dia takut dipancung .
Lelaki yang kira-kira mempunyai ketinggian 193cm itu tidak menjawab, malah seakan menghiraukan kewujudan Hessa. Baru sahaja Hessa ingin bertanya sekali lagi, lelaki itu tiba-tiba mengangkat pedangnya lalu ditikam ke perut Fenrir yang sudah tidak berkepala.
Hessa terus kecut perut untuk meneruskan kata-katanya, dia tiba-tiba terbayang dan menyusun kembali adegan di dalam imaginasinya. Bagaimana lelaki itu menumpaskan Fenrir dengan mudahnya tanpa sedikit pun bergelut.
Terbayang akan hal itu buat Hessa telan air liur sendiri. Memandangkan baru sahaja lelaki itu menghalakan pedang ke lehernya. Tak mustahil dia juga akan disiat tanpa belas.
Namun dia tetap ingin mencuba nasib. Atas satu sebab , dia takut untuk meneruskan perjalanannya yang hampir separuh selesai. Siapa tahu dengan bantuan lelaki itu dia dapat keluar dari hutan dengan selamat? Dia tidak kisah jika terpaksa menuju kembali ke tempat asal atau ke mana jua.
Asalkan dia tidak perlu menghadapi serigala raksasa seperti tadi. Bila teringat akan kejadian tadi membuatkan dia tiba-tiba rasa loya .
Lagi-lagi lelaki itu dengan selambanya membelah perut serigala raksasa itu dengan mudah tanpa memikirkan ada orang yang lemah masih berdiri di belakang.
"Kau pergi balik" ujar lelaki itu dengan nada bekunya tapi tetap kedengaran seperti menghalau. Hessa menggeleng laju seakan lelaki itu dapat melihat reaksinya.
"T-Tapi.." terdiam wanita itu bila lelaki itu yang tadi ralit membelah perut serigala Fenrir lalu mengeluarkan isi perut serigala itu tiba-tiba memutarkan kepalanya memandang Hessa.
Meski wajah lelaki itu tidak kelihatan kerana memakai topeng yang menutupi bahagian hidung, matanya serta bahagian dahi tetap sahaja Hessa dapat rasakan tatapan membunuh lelaki itu yang tadi mengarah ke Fenrir kini mengarah kepadanya.
Lelaki itu hanya melemparkan pandangan, renungan tajam itu sahaja cukup mengambarkan jawapannya buat Hessa.
Yang bermaksud , dia mahu wanita itu segera berambus dari pandangannya.
Hessabell terkebil-kebil apabila dia seakan faham makna dan maksud tersirat lelaki itu. Adakah dia akan dibunuh jika melawan arahan lelaki itu?
"S-Saya takut" spontan alasan itu terpacul dari bibir kecil Hessa. Dia betul-betul takut, kakinya juga masih terketar-ketar kerana kejadian yang mengerikan tadi.
Hessa kemudian jatuh terduduk di atas tanah yang dipenuhi rumput rumput kecil yang menjadi karpet semula jadi . Dia hanya mampu menjadi penonton lelaki itu mengorek isi perut serigala Fenrir . Entah apa dia cari.
Melihat isi-isi perut Fenrir yang habis terkeluar membuatkan Hessa semakin loya. Bau busuknya sangat kuat hingga mampu membuat orang pening.
"Kau tahu hutan ni bahaya tapi kau tetap masuk juga, jadi itu akibat yang kau harus tanggung sendiri" terkedu wanita itu, tiba-tiba pula lelaki itu bercakap banyak kali ini sedangkan tadi macam berat mulut saja. Sudahla ayatnya menyakitkan hati saja.
Semakin tipis harapan bagi Hessa untuk keluar dari hutan itu dengan selamat. Dia betul-betul yakin dia dapat menuju ke destinasi yang dia mahu dengan selamat jika lelaki itu sudi menemaninya.
"S-Saya...umph, uwek! Uwrk" Hessa memejamkan matanya, tubuhnya terasa sangat lemah. Ditambah dengan bau hamis dan busuk bangkai Fernis mencucuk-cucuk deria baunya . Mulut ditekup kuat, cuba untuk tidak memuntahkan isi daripada perut.
Sedangkan dia tidak makan apa-apa lagi hari ini , jadi dia hanya mampu muntah angin. Lelaki itu mencabut sarung tangan kulitnya selepas selesai merobek isi perut Fenrir.
Dia sebenarnya ingin memeriksa manalah tahu ada bangkai Huldra dalam perut Fenrir. Senang kerjanya, tapi usahanya sia-sia. Sarung tangan yang sudah kotor itu dicampak ke atas perut Fenrir yang sudah dirobek.
Biar sahaja nanti pasti akan ada binatang lain meratah bangkai yang ditinggalkan itu, buat masa sekarang lebih baik dia cepat-cepat berlalu pergi kerana Fenrir sama seperti serigala biasa. Berpuak-puak.
Hairan juga dia bagaimana hanya ada seekor Fenrir sesat di sini, tapi persetankan semua itu. Sedari wanita tidak dikenali tadi tiba-tiba senyap tak bersuara menimbulkan tanda tanya dalam hati. Sudah pergikah dia?
Tapi tidak, saat lelaki itu berpaling. Hessabell sudahpun terkulai layu tidak sedarkan diri di atas tanah.
"Menyusahkan" tanpa berperikemanusian lelaki itu melangkah begitu sahaja meninggalkan jasad yang masih bernyawa di situ.
Dia tidak peduli .
To be continue . 💜
Double update tomorrow!
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasy"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...