"kau memang tak pandai jaga diri kan?" Suara Hayden yang keras itu menyedarkan Hessabell dari bayangan dia sendiri.
"Awak dah balik..." ujar Hessa dan menggigit bibir bawahnya , kepalanya direndahkan menyamai paras bawah bahu suaminya .
Kedua belah tangan ditekap ke dada,perasan akan tatapan tajam suaminya terus Hessa tidak berani kedipkan mata. Jika dia kedipkan mata, bila-bila sahaja air matanya bakal gugur kerana matanya yang sudah berair.
"Stop biting your lips !" Terhinjut bahu Hessa diherdik Hayden. Serta-merta dia lepaskan bibir bawahnya.
"What the hell were you doing upstairs?" Hessa kecilkan tubuh . Tak menyangka pertemuan mereka seperti ini.
"Kau memang nak mampus awal ?" Nada suara Hayden yang bengis itu semakin menambah rasa takut dalam dirinya. Tanpa dia sedari, air matanya laju turun dari pelupuk mata.
"Talk to me Hessabell !" Hessabell pejamkan mata apabila air matanya tak berhenti keluar. Dia menyorokkan wajahnya ke dada Hayden, disembam lama di situ.
"Kau memang nak sambut aku dengan kematian kau?" Soal Hayden lagi, tiada pergerakan darinya. Hanya suara bengisnya yang memainkan peranan besar.
"Isk..isk.." Hessabell tak mampu menghadapi amarah Hayden, dia tidak peduli jika lelaki itu mahu melepaskan amukannya. Yang penting lelaki itu sudah muncul di hadapannya.
"Maaf...maaf..." Bisik Hessabell perlahan, kedua belah tangannya naik menekup wajah. Kepala masih disandarkan pada dada bidang Hayden.
Hayden tak beriak, dia diam seketika apabila menyedari perbuatannya.
"Stand-up, you're heavy" Hayden kemudian turunkan Hessa ke bawah. Padahal setakat berat Hessa yang tak sampai 45 Kg tu sekali dukung dengan satu lengan pun dia mampu.
Alasan.
Hessabell tak membantah, dalam keadaan wajah tertutup dengan tapak tangan dia cuba seimbang tubuh ketika Hayden menurunkan kedua belah tapak kakinya ke bawah secara perlahan-lahan.
"Hessabell !" Hayden menoleh ke belakang apabila terdengar jeritan Elysaine. Sempat matanya memandang tajam kearah semua pembantu yang berdekatan dengannya dan Hessabell.
"Are you hurt?" Elysaine pantas mendapatkan Hessabell, tubuh perempuan itu dipeluknya erat. Dapat dia rasakan getaran dari tubuh Hessa.
"Hayden apa jadi ?" Soal Elysaine. Terkejut bukan main dia ketika dia menuruni tangga tadi, dia ternampak Hessabell jatuh dari tingkat empat. Kawasan terakhir dia lihat Hessabell tadi.
Bagai mahu pecah jantungnya saat itu, baru sahaja dia ingin menyelamatkan Hessabell dengan kuasa magisnya tadi dia ternampak kelibat Hayden yang sudah berlari laju untuk menyambut Hessabell yang menjunam ke bawah.
Percaya akan ketangkasan Hayden, Elysaine membatalkan hajat ingin menyelamatkan Hessabell.
"Kau kata kau akan iringi dia turun" terkelip-kelip Elysaine, boleh jangka yang api kemarahan Hayden bakal meletus dan melimpah kearahnya.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasía"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...