Bab 24 : Harder II

5.8K 602 590
                                    

Selamat Hari Raya awak semua (◕ᴗ◕✿)

"Alaa awak saya gurau ja" Hessabell mengejar langkah Hayden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Alaa awak saya gurau ja" Hessabell mengejar langkah Hayden. Tak tahu pula Hayden sentap dengan gurauan dia.

"Kau panggil aku kuda" Hayden sudah melajukan langkah menaiki tangga yang terdapat dalam perpustakaan itu.

"Saya gurau ja kan?"

"Alolo marahnya dia" Hessa tergelak, tidak pula dia rasa takut dengan cara Hayden naik suara padanya.

"Jangan alolo kan aku lah" Hayden jeling. Sampai sahaja di tingkat atas pantas Hayden meluru ke salah satu rak di sana. Hessabell pula masih setia mengikuti langkah suaminya.

Merajuk betul-betul ke ni?

"Erm awak" panggil Hessabell, cuba mencari topik agar rajuk Hayden hilang.

"Awak pernah tak rimas dan rasa meluat dengan saya ?" Soalnya, berkerut dahi dia sedikit. Dah tak ada soalan lain ke nak tanya? Tiba-tiba rasa menyesal, takut jawapan Hayden menyakitkan hati.

"Pernah" balas Hayden. Hessabell mengeluh, kan dah cakap?

"Oh..."

"Kau kenapa?" Hessabell ketap bibir, sah sah dia terasa hati dengan jawapan acuh tak acuh suaminya.

"Dah awak kata macam tu"

"Semua orang aku benci. Kau, Elysaine, Harry hah semua aku meluat" Hessabell menjuihkan bibir.

"Tuan puteri?" Soal Hessabell cuba mencuba nasib, Hayden mengerlingnya tajam. Jelas tak suka nama wanita itu disebut.

"Kenapa nama perempuan gedik tu muncul pula ni? Dia tak masuk dalam list, tak penting" Hessa tahan senyum, sukanya dengar. Nampak kat situ yang Puteri Adelene tiada tandingan dengannya.

Entah dari mana keyakinan sehingga Hessabell berfikiran begitu dalam diam. Sejak kenal dengan Hayden, dengan dia sekali berubah sikap.

"Dia kan pernah bertunang dengan awak... Manalah tahu awak ada perasaan ke dengan dia" ujar Hessabell, Hayden tergelak sinis.

"Kalau aku sayang dia, aku tak akan kahwin dengan kau" balas Hayden. Dia berdecit kasar bila Hessa berdiri di hadapan menghalang Hayden meneruskan langkahnya.

"Kau nak kena gomol dengan aku ke Hessa?" Nada suara Hayden seakan cuba mendesak Hessabell. Tapi Hessa kisah apa?

Kalau Hayden nak gomol dia kat sini pun dia okey ja, lagi bertambah suka adalah. Siapa ja tak suka bermanja dengan suami?

Hayden terdiam sejenak bila terpandang wajah Hessabell, merenungnya dengan mata yang membulat itu bagai anak kucing.

"Tengok saya " Hessa memegang lengan Hayden supaya tidak larikan diri. Hayden buat muka, eh Hessa ni cari nahas pula dengan muka comel dia tu.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now