Bab 38 : Wiston

7.1K 813 503
                                    

Sudah 2 minggu tak update 😭 im sorry. Busy sangat, alang-alang cuti seminggu mungkin boleh update banyak sikit? Hehe.

Sila tanda kehadiran boleh? Nak tengok siapa setia lagi tunggu cerita ni .
Tulis budak kepam tak mandi hadir 👉

Doakan esok boleh update ya? Komenla banyak sikit . Terima kasih 😍♥️

"Kau pasti Duke Wiston dalangnya ?" Hayden terdiam dengan soalan Harry. Wajah lelaki itu dikerling sekejap.

"Elysaine boleh tolong"

"Kau nak gunakan Elysaine ?" Tegang nada suara Harry. Rambut perangnya diraup ke belakang. Dia setuju untuk berbincang di dalam kereta kuda secara privasi bersama Hayden bukan untuk mendengar ini.

"Elysaine lebih dari kuat, setakat nak suruh dia sentuh Duke Wiston tu sekejap ja" jelas Hayden membuatkan Harry menghela nafas lega. Dia sangka Hayden mahu meletakkan Elysaine dalam posisi bahaya.

"Tapi kau pasti ayah Hessa--"

"Hessabell tak ada ayah" laju Hayden mencantas ayat Harry membuatkan lelaki itu terdiam. Tahulah dia Hayden memang sudah jatuh benci terhadap lelaki itu sehinggakan tidak mahu menggelarkan Duke Wiston ayah.

"Kau... Pasti Duke Wiston bersubahat dalam pembunuhan mendiang mama kau ?" Hayden diam.

"Walaupun dia berasal daripada Kerajaan Arantik, Duke Wiston itu bukan orang kanan Raja Arlan, dia hanya ditugaskan untuk mengawal keperluan perang dan hal militari" ujar Harry lagi.

"Dia bukan bertugas dalam hal politik sehinggakan dia sanggup berkomplot dengan Raja Arlan. Aku tahu kau berdendam dengan Raja Arlan atas kematian mendiang Duchess Ivyana tapi kau patut tegaskan bukti"

Bohonglah jika Hayden tidak tahu, sudah banyak kali Kerajaan Arthal dan Kerajaan Arantik berperang hanya kerana sifat egois dua pemimpin itu. Dan Hayden yang mengetuai perang dalam setiap peperangan, tak akanlah Hayden melempar tuduhan sewenangnya.

Sejak kedua ibubapa Hayden mangkat, Raja Marquez iaitu anak angkat dalam Keluarga kerabat Royce suatu ketika dahulu mengambil tindakan untuk mengambil alih kerajaan.

Walaupun Hayden yang layak mengambil alih takhta kerana dia pewaris yang sebenar, lelaki itu masih kecil waktu itu. Tidak tahu apa-apa tentang hal dunia, apa yang diharapkan?

Kerana itu juga Raja Marquez mengambil tindakan dengan memanipulasikan keadaan, Hayden sendiri tidak berapa tahu apa yang membuatkan Raja Marquez berjaya mengambil takhta sehingga sanggup menukar nama Kerajaan tersebut.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now