Bab 37 : Development

7K 709 568
                                        

Ramai eh buat ramalan kat chap lepas AHAHAH. Yakin ke Elysaine tu ? 🤣

Sedar tak sedar dah Bab 37. Kang aku buat sampai Bab50 kang. Baru ramai fedap 😭

Dan maaf sebab lambat update. Maaf sngat² •́ ‿ ,•̀

"Shopping !" Elysaine berteriak setelah keluar dari kereta kuda bersama Hessabell

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Shopping !" Elysaine berteriak setelah keluar dari kereta kuda bersama Hessabell. Sudah berminit-minit mereka berdua berada di dalam kereta kuda tersebut.

"Ugh lenguh, Hessa urut" arah Elysaine sesuka hati. Bahu kanannya dihala ke depan Hessa. Hessabell tergelak kecil, selamba dia mencubit bahu gadis itu sehingga Elysaine menjerit sekali lagi.

"Sebab ni lah tak suka naik kereta kuda, tak seronokla. Saya suka tunggang kuda ja"rengek Elysaine. Lengan Hessabell dipeluk dari tepi.

"Tunggang kuda?" Soal Hessabell, menuruti langkah Elysaine ke arah butik pakaian.

"Yela saya suka tunggang kuda, awak tunggang Hayd--" tak semena-mena mulut Elysaine dicepuk Hessabell. Terkebil-kebil gadis itu dicepuk oleh isteri abang angkatnya buat kali pertama seumur hidupnya.

"Hessa.." rengek Elysaine. Dalam diam tapak tangannya menekan lengan Hessa yang terdedah itu. Berkerut sedikit dahinya.

"Oh ya, majlis kakak Hessa malam ini kan?" Soal Elysaine. Berubah sedikit wajah Hessabell, matanya terpandang ke arah Hayden dari jauh yang berkumpul bersama ahli tenteranya yang turut ikut serta pulang ke Bandar Guinevere.

Untuk majlis perkahwinan Maribell Hanese.

"Ha'ah" Jawab Hessabell perlahan lantas berpaling ke arah lain. Elysaine memutuskan untuk singgah di butik untuk mencari busana yang sesuai bagi majlis itu.

Walaupun dia tidak berkenan dengan kakak Hessabell tetap sahaja imej harus dijaga. Manalah tahu terjumpa jodoh di sana?

"Sebab ni ke Hayden marah?" Soal Elysaine selamba memicit-micit lengan wanita itu. Hessabell mengeluh dan merenung tajam Elysaine yang sudah tersengih.

Sah sah gadis salju itu membaca mindanya dan apa yang berlaku sebelum mereka tiba di Bandar Clayton. Bandar yang paling dekat dengan Bandar Guinevere.

"Dah tahu tanya lagi" Hessabell tak dapat berbuat apa. Teruk juga dia dimarahi Hayden kelmarin sebelum lelaki itu bersetuju untuk pulang ke tempat asal Hessabell.

"Awak dengan kakak awak rapat tak ?"soal Elysaine. Pura-pura tanya sedangkan dia dah tahu segalanya melalui Puan Alice.

"Tak sangat, tapi dia okey"

"Oh" Elysaine mencebik. Penipunya Hessabell ni, tepuk dahi nanti baru tahu.

"Bayangkanlah, kalau Elys jadi kakak Hessabell. Mesti seronok, mesti kita selalu berdua. Hayden dengan Harry boleh buang dalam laut" Hessabell tergelak dengan seloroh Elysaine. Tanpa dia sedari, sedikitpun Elysaine tidak ketawa. Ada maksud yang tersirat di sebalik kata-katanya.

Tale : Armored Beast Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang