Bab 26 : Past

5.9K 578 437
                                    

Maaf kalau ada kesalahan bahasa dan typo dalam chap ni. Tak sempat cek.🤣

Disebabkan ramai setuju, jadi maybe cerita ni akan dipanjangkan lagi 😙♥️.

Btw, suka Hayden atau Harry?

Btw, suka Hayden atau Harry?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hayden.." Hessa ketap bibir, sedar yang darahnya sudah semakin banyak keluar dan membasahi pakaiannya. Tak mustahil jika baju lelaki itu juga tidak terkena tempias darah kotornya.

Saat itu Hayden sudah sampai ke bilik beradu mereka, tak tunggu lama lelaki itu meluru masuk ke dalam bilik itu tanpa menutup pintu bilik. Bilik mandi dituju.

"Stay still" arah lelaki itu seraya meletakkan isterinya ke atas ke atas bangku kayu di dalam bilik air peribadi mereka.

"Awak nak buat apa?" Perasan yang Hayden terus keluar dari bilik air tanpa menutup pintu , sepatutnya dia tutup sebelum keluar kerana Hessabell harus bersihkan diri.

Kalut wanita itu bangun dari bangku kayu, kot Hayden yang menyelubungi tubuhnya ditarik perlahan .

"Aish.." Hessa gigit bibir bawahnya, risau bila ada kesan basah pada bahagian kot itu. Ditekap jarinya pada tempat basah itu, jarinya yang bersih tadi terus tercalit dengan warna merah .

Macam mana kalau Hayden marah? Lagi kuat menggigit bibirnya,menahan perasaannya yang semakin tak tentu arah.

Pantas kot itu dicampak ke dalam bekas kayu yang paling hampir dengannya sebelum dia mencedok air dari bekas takungan untuk mengisi bekas kayu itu.

Sempat dia membelek gaun di kawasan punggungnya. Hessa ternganga luas, tak sangka kawasan itu sudah penuh dengan darah.

Kalut dia toleh balik dekat pintu bilik air yang masih terbuka luas, Hayden ni dah kenapa tak tutup pintu?

Kalau lelaki itu tiba-tiba masuk dengan keadaannya seperti ini memang Hessa akan terjun dalam tab mandi bersama baju kotornya.

Sedari yang Hayden sudah lama keluar dari bilik air itu dan tiada tanda lelaki itu akan kembali, tak tunggu lama Hessabell pantas menutup pintu bilik air. Sempat dia mengintai ke luar ,memang susuk tubuh lelaki itu sudah tiada.

Usai menutup pintu, Hessa berjalan balik ke arah bekas kayu tempat dia buang kot Hayden. Memang dia sendiri akan basuh kot itu sehingga bersih tanpa bantuan pembantu istana ini.

Tiga butang gaunnya dibuka sebelum gaunnya yang bewarna mustard itu dicabut dari tubuhnya, terus dia lempar gaunnya yang sudah kotor itu ke dalam bekas kayu bersama kot Hayden yang sudah direndam dengan air.

Kini hanya tinggal korset tali yang menutupi bahagian atas tubuhnya serta anak baju yang labuh hingga ke lutut.

"Macam mana aku boleh tak sedar ?" Membahang wajahnya saat dia menyelak hujung anak baju ke atas lutut. Darah kotornya sudah mengalir hingga ke paha dan terus ke betis.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now