"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆"
The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady
First Tale : Armored Beast
"Aku dah kata kan, kau isteri aku...
Kalau banyak komen lagi. Maybe esok double lagi? Who knows? ╰(^3^)╯
Btw siapa kata Hayden kuda kat komen lepas. Jaga kau aku santau kau. Berani kudakan hayden seksi aku.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hessabell menatap wajah Hayden apabila tersedar dari lenanya, sekarang dia berbaring di atas katil manakala lelaki itu sedang tidur di sebelah birai katil.
Kakinya bersila di atas lantai manakala kedua belah lengannya menjadi alas untuk baringkan kepalanya atas katil.
"Kenapa dia tak tidur atas?" Bisik Hessabell perlahan. Dia diam, mungkin sudah sejam dia merenung wajah Hayden itu usai tersedar dari pengsan?
Bangun-bangun ja dia dah nampak Hayden sandar kepala di tepi birai katil dengan sebelah tangan berada di bawah kepala Hayden sendiri manakala sebelah lagi berada di atas perut Hessa.
Dia tersenyum tanpa sedar, tenang melihat lelaki itu tidur. Pandangan yang mengasyikkan. Kerana semalam mereka tidur berasingan. Tahun lepas pula lelaki itu sudah tiada sewaktu dia tersedar dari tidur.
Pemandangan yang bermakna.
"Mana mungkin ketua kesaktria masih mahukan wanita buangan seperti aku?" Desisnya dalam hati. Cuba membuang perasaannya yang semakin bercambah.
Teringat setiap kata-kata Hayden yang menikam perasaannya tadi membuatkan dia jadi semakin takut. Takut jika perasaan sayangnya terhadap lelaki itu bakal menyakitkan diri sendiri.
"Awak..." Hessabell beranikan diri untuk menegur. Dia berpendapat Hayden yang membawanya pulang memandang dia rebah di tengah bandar tadi ?
"Awak , tidurla atas" bisik Hessabell dengan nada suara yang lembut. Rambut lebat Hayden yang bewarna hitam pekat itu dielusnya perlahan. Juntaian rambut yang menutupi bahagian kelopak mata lelaki itu juga diselak ke tepi.
Lambat lambat mata lelaki itu akhirnya terbuka jua, tanpa menunggu lama Hayden terus menegakkan tubuhnya daripada terus baringkan kepalanya.
"Kau dah bangun?" Soal Hayden , tangan kanannya naik menyentuh pipi kiri isterinya.
Hessabell tidak berkelip merenung Hayden, dapat dia rasakan tangan kasar itu mula membelai pipi sebelum tapak tangan itu turun menyentuh pangkal lehernya.
"Tidurla atas" ujar Hessabell, dia pegang tangan Hayden di lehernya. Kemudian dia bangun dari pembaringan, kaki dilunjurkan.
Hayden menatapnya, langsung tidak berkata apa-apa. Hanya pergerakan tangannya yang berbicara. Kini kedua belah tapak tangannya naik menekup pipi Hessabell.
"Kau... Tak marah aku ?" Hessabell terpinga-pinga. Dia sendiri tidak tahu mahu rasa apa dengan amukkan Hayden tadi. Kerana dia sudah terbiasa dimaki dan dicaci.
"Aku maki kau tadi, aku terburu-buru tuduh kau macam-macam" ujar Hayden lagi. Perasan serba salah dalam jiwanya semakin meronta-ronta.