Sorry sebab tak update semalam. Sebagai ganti rugi, qasha update malam ni jela.
Yang pm watt qasha tu, sorry sebab qasha jarang buka. Anything boleh ja whatsapp. Terima kasih (◕ᴗ◕✿)
"Hayden" tegur Harry terus saat dia masuk ke dalam ruangan kerja Hayden itu. Hayden tidak mengerling, tidak kisah dengan kehadiran Harry secara mengejut itu.
Sudahla tak ketuk pintu.
"Erm"
"Kau tahu sesuatu kan ?"
"Ha'ah" balas Hayden acuh tak acuh walaupun dia tak tahu apa yang Harry maksudkan. Fokusnya kepada satu surat di pegangan tangan kanannya.
"Pasal Elysaine" ujar Harry lagi.
"Hurm" Hayden bergumam. Tentang Elysaine, tiada apa yang harus dia risaukan. Selagi Elysaine kekal berada di dalam istana ini. Gadis itu akan baik baik sahaja.
"Aku tak pasti tapi aku rasa tekaan aku betul" bersungguh Harry berkata sambil mendekat. Di berdiri di sebelah Hayden yang setia duduk di hadapan meja kerjanya.
"Ha yela" Harry buat muka. Hayden ni dengar ke tak apa dia cakap ni?
"Ada berkaitan dengan succubus dan incubus" ujar Harry lagi. Sekadar mahu melihat reaksi Hayden seterusnya.
"Ha'ah ya" Harry ketap bibir dengan balasan Hayden.
"Eh cuba kau tu serius sikit ,kau tengok apa kusyuk sangat ?!" Bentak Harry seraya merampas surat dari pegangan Hayden. Tidak pula Hayden melarang, membiarkan dia membaca isi surat itu.
"Jemputan majlis perkahwinan?" Soal Harry Hayden tak menjawab. Dia angguk sahaja, sempat dia merenung ke luar di sebalik dinding kaca di bilik kerjanya itu.
"Siapa Maribell Hanese ni? Eh jap, macam kenal. Bukankah.."
"Kakak Hessabell" tukas Hayden , nada suaranya kedengaran agak tegang ketika menyatakan hal itu.
"Majlis tu 4 hari nanti, kenapa kau kat sini lagi? Bukan ke kau sepatutnya bersiap untuk pergi ke Bandar Guinevere bersama Hessabell? " Soalnya yang sememangnya tidak tahu menahu tentang latar belakang Hessabell.
"Kau ada nampak macam aku teringin nak pergi ?"
Terkebil-kebil kejap Harry.
"Tapi ini kan perkahwinan kakak isteri kau, kakak ipar kau. Sepatutnya kau pergi, nanti apa orang kata" jelas Harry dengan nada perlahan agar Hayden tidak naik angin dengan tegurannya.
"Lagipun Hessabell mesti nak pergi" tukasnya. Hayden menghela nafas beratnya, ikutkan hati mahu sahaja dia menjelaskan apa yang berlaku. Tapi Hessabell pasti tidak mahu sesiapa tahu tentang kisah silamnya.
"I don't think so" dingin Hayden membalas.
Dia memeluk tubuh sambil matanya kembali memandang ke luar. Kelihatan satu kereta kuda telah masuk ke ruang istana.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasy"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...