"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆"
The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady
First Tale : Armored Beast
"Aku dah kata kan, kau isteri aku...
"Kan, dia tu dahla tak berapa hensem. Lembik. Bodoh. Buaya. Hah apa lagi ? Semua anasir buruk ada kat dia" cemuh Elysaine, tak jemu-jemu mengutuk Kio Macdonald iaitu bekas tunangnya di hadapan Hessa.
Hessabell tak dapat menahan diri, walaupun Elysaine mengadu padanya dengan perasaan marah. Tetap sahaja Elysaine nampak comel di mata Hessa, langsung tak menyeramkan.
"Saya tak buat lawak Hessa " cebik Elysaine. Raga di dalam pelukannya semakin dieratkan. Dia berjalan mendahului Hessa keluar dari rumah hijau itu, selesai mengumpul anggur.
"Ala janganlah marah" Hessa memetik lagi beberapa buah anggur lalu dimasukkan ke dalam raga. Terhegeh-hegeh dia berlari anak mengekori langkah Elysaine yang sudah berlalu.
"Ish yelah yelah "wajah masam Elysaine berubah sedikit, dia mengukir senyuman kecil.
"Tapi Harry tu kan, romantik pula saya dengar. Awak tak ada rasa apa-apa ke?" Elysaine telan liur mendengar soalan Hessabell.
"Eh ?" Elysaine angkat kening. Hayden tak masuk bilik ke semalam selepas berjumpa Puteri Adelene? Tapi tidak pula Elysaine menyoal hal itu.
"Awak dengan Hayden memang berpakat nak tidur asing ke?"
"Tak lah, tak pernah pula" Hessabell buat muka selamba depan Elysaine. Seakan tiada kerisauan sedangkan tuhan saja yang tahu bagaimana tak tentu arahnya dia semalam memikirkan Hayden yang tidak masuk menjenguknya dalam bilik sehingga pagi.
"Ouh.." Elysaine gigit bibir. Menyesal pula ajukan soalan begitu. Mesti dalam diam Hessabell makan hati dengan Hayden.
"Erm awak baca buku yang mana satu ?" Soal Elysaine.